Anda di halaman 1dari 5

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas. 1.

Ucapan Yang DiPertua PIBG SKTAR - En Hairul Anuar Bin Shafiai

Beliau mengucapkan kata-kata pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua terutama kepada Puan Hajah Zainab, Tuan Hj Hamzah Bin Hj Abu, Guru Besar Cemerlang SKTAR, En Kamaruddin Ismail, Penolong Kanan HEM, Puan Hajah Hazizah, Penolong Kanan KoKurikulum En Hamzah serta guru cemerlang iaitu Puan Hajah Eshah. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kesudian Puan Hajh Zainab untuk hadir di majlis Mesyuarat PIBG SKTAR. Beliau juga turut melahirkan rasa terharu dan gembira diatas kelapangan ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat ini. Untuk itu beliau sertakan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk turut hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-42 ini. Beliau mengharapkan agar Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman dapat mencapai kejayaan melalui komitmen serta pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak iaitu sekolah dan ibu bapa kerana sentiasa memberi kerjasama dan maklum balas diatas setiap program sekolah. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kesudiaan Tuan Hj Hamzah kerana kelapangan beliau untuk hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-42 ini walaupun beliau mendapat banyak undangan tetapi turut cuba hadir ke SKTAR. Beliau seterusnya menyampaikan ucapan terima kasih kepada individu yang menyumbangkan hadiah dan hamper bagi acara cabutan bertuah.

Beliau turut menyebut isu agar ibu bapa hanya menghantar anak-anak mereka sehingga ke pagar sekolah sahaja. Ini kerana ibu bapa diminta mengajar anak-anak lebih berdikari. Anak-anak boleh dihantar sehingga ke dalam hanya apabila hari hujan. Selain itu, ibu bapa juga diharapkan agar tidak cepat melatah dengan menghantar surat layang ke sekolah jika guru mempunyai kekurangan sebaliknya ibu bapa diharapkan datang ke sekolah berbincang dengan baik. Bagi mengakhiri ucapan beliau, sekali diucapkan ucapan terima kasih kerana ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat serta tidak dilupakan Dato Hjh Zainab dan Tuan Hj Hamzah kerana datang ke Mesyuarat PIBG kali ke-42.

2. Ucapan Tuan Guru Besar Selaku Penasihat PIBG Sktar - En Kamaruddin Ismail Beliau mengucapkan salam dan selamat serta mengalu-alukan kedatangan Dato Hjh Zainab, Tuan Hj Hamzah Bin Abu, En Hairul Anuar, YDP PIBG, Puan Eshah selaku guru cemerlang, guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan seterusnya kepada semua hadirin yang hadir. Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana mesyuarat PIBG ini dapat dilaksanakan pada hari ini bagi kali ke-42. Malah turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj Hamzah kerana sudi menerima jemputan sekolah untuk hadir ke mesyuarat PIBG ini. Beliau juga melahirkan memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana kesungguha para kaki tangan dan guru-guru dalam membuat persiapan bagi melaksanakan program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. Beliau menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk guru dan ibu bapa berbincang bagi menyelesaikan apa jua masalah mahupun perkara yang timbul. Guru Besar menyatakan bilangan guru di SKTAR ada 45 orang dan kakitangan sekolah adalah 8 orang serta bilangan termasuk murid aliran perdana mahupun program pendidikan khas integrasi berjumlah 365 orang murid. Guru besar menerangkan secara ringkas mengenai pencapaian UPSR 2012, yang mana terdapat 8 orang murid mendapat 5A, 10 orang murid mendapat 4A 1B. Turut diterangkan bahawa terdapat murid yang mendapat gred B dalam subjek Bahasa Melayu. Ini mungkin berikutan murid merasa terlalu yakin

untuk menjawab. Beliau berharap agar dapat membaiki peratusan UPSR pada tahun ini agar menunjukkan peningkatan. Beliau turut memaklumkan bahawa telah dilakukan perjumpaan awal sebelum mesyuarat PIBG ini dibuat. Selain itu, kelas bimbingan awal turut dilaksanakan oleh para guru. Ucapan terima kasih diberikan kepada guru yang

terlibat.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa telah dijemput

penceramah luar untuk memberi ceramah kepada murd pada bulan September nanti InsyaAllah. Beliau turut melahirkan harapan agar ibu bapa tidak terlalu mempercayai anak mereka 100%. Ini kerana murid-murid ini kadangkala dihadapan ibu bapa lain percakapan mereka di hadapan guru lain percakapannya. Selain itu, isu surat layang tidak bernama yang dihantar oleh ibu bapa yangmengatakan bahawa guru tidak mengajar dan anak mereka tidak belajar. menasihatkan ibu bapa agar bersikap rasional. Beliau

Jika ada masalah datang

sendiri berjumpa dengan guru besar dan ceritakan hal sebenar. Selain itu, ibu bapa juga dimohon agar menyemak hasil kerja anak-anak mereka. Perbezaan kurikulum dahulu dan sekarang menyebabkan guru-guru perlu menilai dan membuat pentaksiran terhadao murid di dalam kelas. Maka, jika guru-guru tdiak memberi kerja rumah kepada murid ini kerana murid telah dinilai di sekolah oleh para guru. Beliau turut menyatakan agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama di atas memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Sumbangan ini akan

digunakan untuk menyediakan kertas ujian dan kertas soalan. Malah, ibu bapa juga diseur agar sentiasa membantu dan memberi sokongan dan kerjasama bagi setiap aktivit yang dijayakan oleh pihak sekolah. Sebelum mengakhiri ucapan beliau, guru besar mengucapkan terima kasih kepada PIBG sekolah yang banyak membantu sekolah menjalankan program murid. Terima kasih juga kepada Dato Hjh Zainab dan Tuan Hj Hamzah di atas kesudiaan mereka untuk hadir ke mesyuarat PIBG SKTAR ini. Tidak

dilupakan juga buat ibu bapa dan hadirin yang hadir pada petang tersebut. Ibu bapa diingatkan agar tunggu sehingga mesyuarat PIBG selsai. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan buat penyumbang hadiah dan derma bagi menjayakan mesyuarat PIBG kali ke-42 ini iaitu Klinik Rafi,

Syarikat Saujana Impian, En Hairul Anuar, Program Pendidikan Khas yang memberikan hadiah derma, pembekal makanan serta lain-lain yang tidak disebuat namanya. Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih diatas sokongan moral serta memohon maaf jika ada tersalah kata tersilap bahasa.

Anda mungkin juga menyukai