Anda di halaman 1dari 9

SEE WEE SAN 3 PISMP BC/PJ/PM 2 ULANGKAJI

Soalan 1: Jelaskan 5 isu berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalam bidang ekonomi.

1. Pertumbuhan dan Agihan Di Malaysia isu agihan pendapatan dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu kelas social yang berbeza dan kelompok etnik yang berbeza. Orang Cina menguasai pelbagai bidang sewaktu British memerintah dan kini mereka bergiat hebat dalam perniagaan. Isu agihan pendapatan cuba diatasi oleh DEB pada tahun 1971. Apa yang diharapkan ialah jurang perbezaan pendapatan kaum Melayu dengan kaum Cina dapat dikurangkan. Orang Cina telah diakui oleh Sir Francis Light sebagai asset terpenting untuk menjana pendapatan Tanah Melayu ketika itu. Masyarakat India juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor perladangan getah dan kelapa sawit, bidang penyediaan prasarana dan tenaga professional.

2. Globalisasi Proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal. Pihak yang mempunyai modal besar, akan dapat manfaat proses globalisasi ini. Sikap sesuatu kaum telah mencorakkan proses globalisasi mengikut acuan dan kehendak masing-masing. Sebagai contoh, kaum Melayu dilihat menggunakan globalisasi untuk memiliki kehidupan yang penuh santai. Mereka menggunakan kecanggihan dunia tanpa sempadan seperti kemudahan internet untuk mencapai kepuasan diri dengan melakukan mendatangkan faedah. kerja yang tidak

Kaum Cina mengambil peluang globalisasi ini untuk menjana pendapatan dan memajukan ekonomi diri dan keluarga.

3. Equality dan Equity Merupakan isu kesamarataan dan keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia. Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Fasal(8) Perkara(1). Semua rakyat berhak dapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak harus dipertikaikan oleh kaum lain kerana sudah dipersetujui dalam Fasal( 153 ) Perlembagaan Malaysia. Timbul rasa tidak puas hati masyarakat lain semasa dan selepas DEB tentang serampang dua mata tetapi dapat ditangkis oleh kaum majoriti yang memerintah.

4. Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik Digubal ekoran dasar pecah dan perintah di zaman British. Dasar pecah dan perintah menyebabkan pembangunan tidak

seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan penempatan dan pengagihan sektor ekonomi dilakukan di bawah dasar tersebut. Jadual menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik 1970 Kaum Kadar (peratus) Kemiskinan Pendapatan Keluarga (RM ) Melayu Cina India Lain-lain 64.8 26.0 39.2 44.8 172.00 394.00 304.00 813.00 Purata Sebulan

Berdasarkan

jadual,

kadar

kemiskinan

yang

melanda

adalah

disebabkan oleh kadar pemilikan antara kelompok etnik yang tidak seimbang. Kaum Melayu mencatat peratus kemiskinan yang paling tinggi berbanding kaum-kaum lain. Pendapatan purata keluarga juga paling rendah iaitu sebanyak RM172.00 sahaja. Kadar kemiskinan kaum Cina hanya 26.0% sahaja dan pendapatan purata keluarga juga tinggi iaitu RM394.00 sebulan. Kemiskinan merupakan faktor yang mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Keadaan seperti yang terdapat dalam jadual boleh menggugat perpaduan antara kumpulan etnik.

Berdasarkan jadual di atas, pembahagian pekerjaan mengikut kelompok etnik menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6%, etnik Cina meliputi 19.9% manakala etnik India berjumlah 11.5%.

Kaum Cina mendominasi sektor perlombongan iaitu sebanyak 58.7% manakala etnik Melayu 32.1% dan India sebanyak 8.5%. Ketidakseimbangan tersebut menimbulkan sifat ketidakpuasan hati sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.

Maka DEB diperkenalkan pada tahun 1971. DEB bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan ekonomi yang sama rata tanpa mengira kaum melalui serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat..

Melalui DEB,kaum Melayu dibela dan diberi peluang membangunkan ekonomi yang tidak seimbang itu. Kerajaan telah menyalurkan bantuan, subsidi, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera, menambahkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup dan kualiti hidup.

Akhirnya DEB dianggap sebagai suatu dasar yang mencerminkan diskriminasi kaum.

5. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah menentukan bahasa kebangsaan. Bahasa penting kerana berkait rapat dengan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional dan identiti nasional. Usaha kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mendapat tentangan oleh sesetengah pihak terutama tahun 60-an. Mendapat tentangan kerana dirasakan bahawa bahasa Melayu boleh menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan etnik bukan Melayu. Akhirnya, majoriti penduduk Malaysia menerima Dasar Bahasa Kebangsaan kerana bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan bebas kecuali urusan rasmi kerajaan. Isu pendidikan semakin kompleks apabila kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Rasional PPSMI ialah bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mata dunia. Terdapat pihak yang bertegas hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang juga bernilai tinggi.

Akhirnya pertembungan dua bahasa ini dileraikan melalui dua dasar iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan.

Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sektor awam dan sektor swasta manakala bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sektor swasta.

Kini kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk melaksanalkan dasar MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.

Soalan 2: Huraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.

Malaysia mempunyai berbilang kaum dan pelbagai parti-parti politik. Perpaduan secara politik bermula sewaktu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha membina sebuah Negara bangsa akibat proses migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza-beza dan gabungan kerajaan yang berbeza. Dengan ini menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu Negara satu yang aman dan makmur.

Banyak program penghayatan ideology Negara serta penerapan dasar-dasar seperti DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 3: Jelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Negara Malaysia.

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955.

Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Soalan 4: Bincangkan 5 nilai sejagat yang dikongsikan bersama oleh agama dan ajaran anda anuti dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

1. Berkenal-kenalan Tidak batas kepada nama atau tempat tinggal seseorang, malah mengetahui kedudukan seseorang, corak kehidupan seharian, budaya bangsa atau etnik atau etnik asal dan sebagainya. Hal berkenaan hanya dapat diketahui apabila wujudnya kehidupan mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. 2. Persefahaman

Saling memahami antara satu sama lain. Mencapai kehidupan yang harmonis. Dilaksanakan melalui program kemasyarakatan seperti gotong-royong beriadah atau bersukan.

3. Bekerjasama Kearah kebaikan, mengelak musibat demi mencapai kepentingan bersama. Pertolongan dalam pelbagai bentuk iaitu tenaga, harta dan masa. Pertolongan juga wujud dalam bentuk pengorbanan masa seperti nasihat, tunjuk ajar, kuliah, ceramah dan sebagainya.

4. Persaudaraan Perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat seperti isi dan kuku. Dalam konteks hubungan etnik konsep persaudaraan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata tetapi juga dengan perasaan jujur dan ikhlas.

5. Berkasih Sayang Sifat yang sewajarnya disemai dan dibajai oleh setiap anggota masyarakat. Kesan lahirnya kasih saying akan timbul rasa cinta bukan sahaja terhadap diri sendiri dan anggota terdekat tetapi juga kepada seluruh masyarakat walaupun berlainan agama dan kaum.

Soalan 5: Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identity Malaysia. Jelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tadisi dalam kontek hubungan etnik di Malaysia.

Peranan: Menstabilkan sistem politik negara. Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Kepentingan: Mewujudkan identiti Malaysia. Memupuk persefahaman kea rah perpaduan. Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui. Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal.

Anda mungkin juga menyukai