Anda di halaman 1dari 18

1

RAMALAN SPM 2012 SOALAN 1 Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara. Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu. Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia. Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini. Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut. Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara. Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

2
sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara. Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu. Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Soalan:2

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotongroyong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

3
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayuke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu. Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

4
era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

SOALAN 3:Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahanprasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

5
tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada. Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan. Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional. SOALAN 4: LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

6
juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau

menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan
penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju? Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek

panas ditelan arus kemodenan.


Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju. Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

7
masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kehadiran pelancong dalam negara kita ini lagi. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada sektor pelancongan dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi. Minhaj yang lain adalah dengan mengadakan kempen secara giat dan efektif. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak langsung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen Cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan kehadiran pelancong di negara ini. Minhaj seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

8
telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurangkurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek

panasserta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan
negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa. Intihanya, peranan semua pihak sangat signifikan dalam memajukan industrI pelancongan desa di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur

dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita.
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-baiknya.

SOALAN 5:GEJALA SOSIAL 5.1 1. BULI DAN LANGKAH MENANGANI Menurut Kamus Dewan, perkataan buli bermaksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu. Membuli pula bermaksud mempermain-main orang, biasanya orang yang lemah, bertujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan. Oleh itu, buli dapatdiinterpretasikan sebagai satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan tidak secara langsung. Buli secara langsung termasuklah diugut, disepak atau membalas pukulan. Sementara buli secara tidak langsung melibatkan kata-kata (verbal) termasuklah memanggil atau ejek-mengejek, dikacau dan ditertawakan rakan lain. Sejak belakangan ini, masalah buli terutamanya dalam kalangan pelajar bukanlah masalah

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

9
baharu dan asing di negara kita. Gejala buli tidak mengenal tempat, usia, agama dan bangsa. Fenomena ini menunjukkan golongan pelajar kita semakin berani. Sebelum mencari jalan penyelesaian, kemelut sosial ini perlu dikaji hingga akar umbi dan punca-punca berlaku kemelut ini perlu diperincikan. Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi masalah. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohammad Afiq disebabkan terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah. Pengaruh media massa turut menjadi punca berlakunya kes-kes buli. Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya lalu mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya. Sebahagian besar penonton terdiri dalam kalangan remaja dan kanakkanak. Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filem-filem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Paparan aksi daripada filem-filem dan komikkomik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku remaja ini. Sambutan yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem atau cerita aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menyiar dan menerbitkan filem berkenaan. Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui FINAS menyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti filem Buli, Gengster KL Menjerit dan dari luar negara seperti drama Anak Metropolitan, Kiss Of The Dragon Gen X Cops dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik seperti Pedang Setiawan, Juara Wira dan lain-lain banyak dipasarkan secara berleluasa. Maka, izharlah bahawa pengaruh negatif media massa akan menjadikan kes buli semakin serius. Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli. Hal ini dikatakan demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak sehinggakan

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

10
mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain semata-mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Pada 20 Mac 2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota, Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya, seorang guru dan seorang pengawal keselamatan. Persoalannya, adakah tindakan ini berpunca sama ada daripada tekanan perasaan atau desakan hidup dalam keluarga yang bermasalah?. Sudah pasti, jawapannya ya. Tegasnya, desakan hidup yang semakin mencabar menyebabkan remaja menghadapi masalah tekanan emosi lalu kes buli semakin sukar dikawal. Setiap penyakit pasti ada penawarnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitu juga dengan kes buli. Kes buli dapat ditangani dengan keprihatinan ibu bapadalam mendidik anak-anak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. Janganlah sebab nila setitik,

rosak susu sebelanga. Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Penglibatan ibu bapa
dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin penting. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan pembentukan peribadi anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Malahan, ibu bapa juga insan yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa boleh memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil merupakan langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini. Pendidikan agama penting kerana boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia. Di samping itu, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbincang dengan guru jika didapati anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam atau kurang selera untuk makan. Janganlah kita jadi seperti sudah terhantuk baru tengadah. Ringkasnya, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh disangkal dan wajar bagi setiap ibu bapa menjadi role model kepada anak -anak. Selain itu , pihak kerajaan juga bertanggungjawab memastikan kejadian buli tidak menular dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan rakyat terpelihara terutamanya bagi insan yang kerdil lagi lemah iaitu golongan pelajar . Pihak kerajaan perlu memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat. Mereka akan mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini akan pudar ditelan masa. Hukuman yang boleh dilaksanakan ialah sebatan mandatori, penjara, dihantar ke pusat pemulihan dan dibuang sekolah. Hukuman-hukuman berat seperti ini akan menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di samping itu, pihakpihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga mengatasi gejala ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin di sekolah ditubuhkan ekoran kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004. Oleh itu, sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan hendaklah berusaha menjamin keamanan dan

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

11
keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat dan menjadi seperti api dalam sekam. Seperkara lagi, pihak sekolah juga memainkan peranan yang signifikan dalam menangani kes buli di negara kita. Sekolah atau dikenali dengan alma meter merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan olehFalsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman. Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain, isyarat tidak wajar, merosakkan harta sekolah, menentang pihak berkuasa atau terlibat dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan. Seterusnya, program yang memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam kelas ialah tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah sekolah di Kuala Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar sendiri menubuhkan kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan kejadian buli di dalam kelas dan di dalam sekolah. Implikasinya, pendekatan ini mampu mengurangkan 80 peratus kejadian buli dalam tempoh dua bulan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa institusi pendidikan yang merupakan tempat formal untuk menimba ilmu mampu menangkis gejala buli daripada berleluasa. Konklusinya, setiap masalah termasuklah kes buli pasti ada sebab musababnya dan jalan penyelesaiannya. Namun begitu, selagi masalah buli di negara kita masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan bak kata peribahasa Melayu, pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

5.2 2. PONTENG SEKOLAH Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran, kes ponteng sekolah tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Menurut beliau, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

12
pelbagai pihak mengenai pokok pangkal fenomena ini. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini? Apakah kepincangan sistem pendidikan kita? Adakah pihak ibu bapa lepas tangan dalam soal pendidikan atau, adakah gejala ini berpangkal daripada pengaruh rakan sebaya? Gejala ini dipandang berat kerana perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran, dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang negatif. Persoalannya, apakah penentu-penentu perdana yang menyumbang kepada gejala ponteng sekolah atau bolos yang kian meruncing dalam kalangan pelajar kita ini? Antara penyumbang utama kepada gejala ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Tegasnya, kurang kesedaran pelajar akan kepentingan menimba ilmu di sekolah akan menyebabkan minat pelajar ke sekolah semakin terhakis dan menjadikan masalah ponteng sekolah semakin meruncing. Selain itu, senario persekitaran rumah tangga yang tidak kondusif juga antara penyebab gejala ponteng sekolah. Rumah tangga yang porak-peranda ataupun institusi keluarga yang retak gara-gara perceraian ataupun tiadanya persefahaman antara ibu dengan bapa menyebabkan pelajaran anak terabai. Oleh sebab konflik dan tekanan jiwa, mereka langsung tidak mengambil berat tentang pelajaran anak mereka. Implikasinya, baik kerja-kerja rumah mahupun ulang kaji pelajaran tidak dipedulikan sehingga tercicir dalam pelajaran. Apabila terkandas dalam pelajaran, mereka akan memencilkan diri dan berjinak-jinak dengan rakan sebaya yang menghadapi masalah yang sama. Menurut Dr. Ting Chew Peh, segelintir pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan keruntuhan rumah tangga. Beliau mengatakan bahawa kepincangan keluarga mempengaruhi pencapaian akademik kerana ibu bapa bersikap acuh tak acuh terhadap prestasi akademik anak-anak mereka. Implikasinya, kecenderungan mereka terhadap pelajaran terbantut sekali gus mencari jalan keluar untuk menangani kemelut itu dengan ponteng sekolah. Pendek kata, kepincangan rumah tangga menjejaskan akademik anak sekali gus mendorong mereka ponteng sekolah. Selain keadaan persekitaran yang tidak kondusif, kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Hal ini menyulitkan lagi proses

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

13
untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini. Tegasnya, sikap ibu bapa yang bertunjangkan nawaitu materialistik menjadikan masalah ponteng sekolah semakin meruncing. Pengaruh rakan sebaya yang menyumbang kepada berleluasnya gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar tidak dapat dinafikan. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka; kawan yang baik boleh membimbing mereka ke arah kebaikan, namun jika tersilap langkah dalam memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk, terutamanya ponteng sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang terlalu mudah mempercayai rakan sebaya dan tidak dapat membezakan intan daripada kaca. Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya. Mereka terlupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Tegasnya, pengaruh rakan sebaya merupakan pokok pangkal berleluasanya gejala ponteng sekolah. Seperkara lagi, kepincangan sistem pendidikan turut mencetuskan masalah ponteng sekolah. Dalam konteks ini, sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan para pelajar, khususnya pelajar lembap dalam pelajaran, berasa tertekan. Misalnya, isi kandungn sukatan pelajaran, iaitu mata pelajaran yang mendesak pelajar supaya menghafaz fakta -fakta sejarah, geografi, pendidikan moral dan sebagainya. Mereka pun hilang kecenderungan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Implikasinya, mereka yang lemah semangat dan keimanan mudah berputus asa akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih tekun dan cerdas. Buktinya, kes ponteng banyak membabitkan pelajar yang lemah berbanding dengan pelajar yang cerdas. Mereka pun bertindak untuk ponteng sekolah bersama-sama dengan rakan kerana tertinggal atau tercicir dalam bidang akademik. Dengan erti kata lain, gejala ponteng sekolah bertitik tolak daripada kelemahan sistem pendidikan kita. Intihanya, masalah ponteng sekolah disebabkan oleh faktor keluarga, rakan sebaya, dan sekolah. Sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini. Dalam hal ini, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Unit Bimbingan dan Kaunseling haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha mencelikkan mata para pelajar bahawa gejala ponteng sekolah merupakan titik tolak kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, arak, seks bebas, laku musnah, dadah, budaya samseng, dan sebagainya. Pihak kerajaan haruslah merombak sistem pendidikan, bukannya memansuhkan peperiksaan awam, agar tidak terlalu mendera para pelajar dari segi mental dan emosi. Dengan wujudnya kerjasama ini, bukan sahaja kita dapat mencapai ponteng sifar bahkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan agar dapat bersaing di persada antarabangsa.

5.3

3. PEMBUANGAN BAYI
Hamka pernah mengungkapkan, Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya mengimpikan untuk mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan sebagai penyambung keturunan mereka di dunia ini. Anak yang dilahirkan

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

14
akan dijaga dengan penuh kasih sayang sehingga ada yang sanggup berjaga siang dan malam demi anak tersayang. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini kita selalu dihidangkan dengan berita pembuangan bayi yang dilakukan oleh segolongan manusia yang berjiwa binatang. Bayi yang dilahirkan dibuang bagaikan sampah di merata-rata tempat tanpa belas kasihan. Oleh sebab itu, punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Pada pendapat saya, punca utama yang menyebabkan pembuangan bayi ialah keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Ibu bapa yang merupakan ketua keluarga telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian mulia. Mereka sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga anak-anak terabai. Anakanak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka lebih cenderung untuk mencari keseronokan di luar rumah. Akibatnya, mereka terjebak ke kancah permasalahan sosial seperti melakukan seks bebas sehingga mengandungkan anak luar nikah. Pada masa itu, barulah mereka sedar bahawa mereka sudah terlanjur dan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah dengan membuang bayi yang dikandungkan. Mereka melakukan perbuatan terkutuk ini adalah untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu bapa. Jelaslah bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan punca perdana berlakunya masalah pembuangan bayi di negara kita. Seterusnya, masalah pembuangan bayi juga berlaku disebabkan golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sewaktu bercinta semuanya indah belaka sehingga si wanita sanggup menyerahkan segalanya untuk membuktikan kesetiaan dan cinta kepada pasangan mereka. Mereka mudah lemah kepada pujuk rayu kekasih hati yang kononnya berjanji mahu sehidup semati dengan mereka. Akhirnya, mereka rela bersekedudukan dengan pasangan bagaikan pasangan suami isteri walaupun tiada ikatan perkahwinan. Setelah si wanita hamil maka berlakulah konflik dalam kehidupan kerana si lelaki mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab. Wanita yang hamil tersebut dipaksa untuk membuang atau menggugurkan bayi dalam kandungan demi menutup aib kerana mengandungkan anak luar nikah. Sekiranya tidak mahu berbuat seperti yang diarahkan, mereka akan ditinggalkan. Dalam situasi sebegini, si wanita tiada pilihan lain selain menurut kehendak pasangan mereka, bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Selanjutnya, masalah pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita disebabkan bertambahnya pusat-pusat hiburan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Remaja lelaki dan perempuan biasanya berkumpul di pusat-pusat hiburan ini pada setiap hujung minggu. Mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sambil meminum minuman keras. Dalam keadaan separuh sedar, remaja perempuan biasanya mudah digoda oleh remaja lelaki. Golongan remaja sebegini tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu kerana bagi mereka yang penting ialah keseronokan. Perlakuan seks bebas yang berleluasa di pusat-pusat hiburan menyebabkan ramai remaja yang terpengaruh sehingga ada dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Apabila sudah mengandung barulah mereka sedar kesilapan diri, ibarat kata pepatah, sudah terhantuk baru nak tengadah. Walau bagaimanapun, segalanya sudah tidak berguna kerana nasi sudah menjadi bubur. Akibatnya, mereka mengambil keputusan mudah iaitu membuang bayi yang dikandungkan.

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

15
Bagi mengatasi masalah ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperluas dalam kalangan remaja yang bermasalah. Remaja perempuan yang sudah terlanjur sehingga mengandungkan anak luar nikah hendaklah dibantu bukannya disisihkan dan dicerca. Ibu bapa hendaklah membawa mereke berjumpa dengan kaunselor untuk memulihkan semangat dan keyakinan mereka sehingga anak yang dikandungkan dilahirkan dengan sempurna. Kita harus tahu bahawa setiap insan melakukan kesalahan, ibarat kata pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Jika kita prihatin terhadap permasalahan mereka, sudah pasti mereka tidak akan kehilangan arah dan hilang pertimbangan. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperhebat dan lebih mesra remaja agar mereka tidak segan-segan menceritakan masalah dengan kaunselor apabila mereka berhadapan dengan situasi sebegini. Selain itu, ibu bapa harus menilai semula peranan mereka sebagai ketua keluarga. Mereka tidak boleh terlalu materalistik sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu. Para ibu bapa harus sedar, wang ringgit yang diberikan kepada anak-anak tidak dapat dijadikan penganti diri kerana wang ringgit itulah yang boleh menghancurleburkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah ambil tahu segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah. Mereka tidak boleh lepas tangan kerana malang tidak berbau. Ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anakanak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jika kita mahu mengatasi masalah pembuangan bayi hingga ke akar umbi, peranan ibu bapa hendaklah diperkasakan semula kerana pendidikan seharusnya bermula dari rumah. Konklusinya, masalah pembuangan bayi merupakan masalah yang memerlukan komitmen semua pihak untuk mengatasinya. Kita hendaklah berganding bahu membenteras masalah ini sehingga ke akar umbi ibarat kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai program yang bermanfaat untuk golongan remaja agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang bermaslahat. Remaja tidak boleh dibiarkan sendirian mengemudikan kehidupan mereka kerana mereka bukanlah nakhoda profesional. Apabila dihempas gelombang, mereka pasti akan karam. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan masalah pembuangan bayi tidak lagi menghantui masyarakat kita.

SOALAN 6 Peranan Ibu Bapa 1. Peranan Ibu bapa Mendidik Anak-anak

Pernyataan keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanakkanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

16
dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon

pokok

tidak

akan

berliuk-lintuk

jika

tidak

ditiup

angin.

Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati

kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian
mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak. Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan

mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi
keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting. Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka keranabapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucukpucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu caracara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikapsikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara. Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

17
masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.

2. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial Remaja, Ingatlah masa depanmu, Kenanglah, Jasa ibu dan ayahmu, Susah payah mereka membesarkan kita. Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anakanak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain. Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

18

Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf t erkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini. Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak -anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja. Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka. Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak anak tercinta.

TWK 2012 PUSAT TUISYEN PIRAMID

Anda mungkin juga menyukai