Anda di halaman 1dari 23

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Sekapur Sirih

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Kesabaran dan ketabahan menjadi kunci utama semasa melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Maziah bt Mohd Rashid yang sentiasa memberi panduan dan curahan ilmu yang berguna untuk menjadi panduan kepada saya menempuh cabaran pendidikan masa kini dan masa depan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini sama ada rakan sekuliah mahupun disekolah.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, Wassallam.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Perkembangan PPBK, Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI PPBK

Computer Assisted Learning Computer Assisted Instruction Computer Based Instruction Computer Aided Learning Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar.

Jenis-jenis PPBK Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi. Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bilabila masa sahaja. Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama. Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan bahan PPBK Apabila hendak membina bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mulamula lagi.

CIRI-CIRI PPBK

Berasaskan individu Boleh diulang Bahan disediakan oleh guru Ramah pengguna Boleh diubahsuai mengikut tahap murid Interaktif

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK

MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN | V ------> CUBAUJI / UJICUBA <-------------| | | V | | | | |

!------> TAMBAHBAIKAN | V

LAKSANA PENGAJARAN <-----------!

Menurut Tay Vaughan (1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian akan terdiri dari : i) seorang ketua projek, ii) pakar pedagogi, iii) pakar pengaturcara, iv) pakar grafik, v) pakar audio dan vi) pakar video.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu : i) ii) bahasa pengatucaraan atau alat pengarangan.

Peringkat-peringkat pembinaan yang perlu di ambil kira ialah: i) Perancangan perlu dikenal dibuat seperti tajuk, anggaran perbelanjaan dan tarikh-tarikh mengikut jangkaan fasa yang perlu disiapkan. ii) Peringkat menyediakan rekabentuk skrin seperti skrip, storyboard . iii) Menjalankan pengaturcaraan di dalam komputer. iv) Apabila selesai dibina, bahan PPBK tersebut hendaklah diuji kesesuaiannya. Segala kekurangan perlulah diperbaiki semula. v) Membuat dokumentasi. vi) Seterusnya barulah ianya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar.

Penilaian tentang PPBK Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Saidin). PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu: i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk di salin ke borang penilaian. iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada. iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi. v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.
6

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah : i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap kognitif pelajar . ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas. iii) Penggunaan grafik yang menarik. iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi. v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas dapat diberi secara serta merta.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office) aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Teknik Pengajaran. 1. Tutorial Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

2.

Latih tubi Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia dapat memberi gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari. Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3. Permainan Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan. Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4.

Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran

Matematik bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari. Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2 Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni. ii) Counting With Arti Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik. iii) Matematik Metalogix1 Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan. iv) Cerdas IQ Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.

10

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penutup Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kegagalan menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan perisian kursus PPBK secara optimum (Shaifol,2003) Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf pengguna, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

11

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Soal Selidik Perisian Kursus Sekolah Rendah


Bahagian A
Sila tandakan pada jawapan anda. A1 A2 Nama Sekolah : Lokasi sekolah Bandar A3 Jenis sekolah SJK Cina SJK Tamil Sekolah Kebangsaan (Asli) A4 Tahun Tahun 1 Tahun 2 A5 Jantina Lelaki A6 Kaum Melayu Cina India Iban Kadazan Lain-lain Perempuan Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sekolah Rendah Kebangsaan Sek. Keb. Pendidikan Khas Luar Bandar

12

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Bahagian B
Sila tandakan pada jawapan anda. B1 Subjek yang anda pelajari dengan menggunakan perisian kursus: a) Matematik b) Sains c) Bahasa Inggeris d) Bahasa Melayu e) Kajian Tempatan f) Pendidikan Islam g) Kelahiran Hidup B2a) Adakah anda menggunakan perisian kursus tanpa bantuan guru? Ya B2b) Tidak

Jika ya, dimanakah anda menggunakan perisian kursus tersebut? i) Sekolah ii) Rumah iii) Lain-lain:.

B3

Berapa jam anda menggunakan perisian kursus dalam seminggu? Kurang dari 1 jam 1 hingga 2 jam 3 hingga 4 jam Lebih dari 4 jam

13

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Bahagian C (Kandungan)

Sila bulatkan respon anda mengikut skala berikut 1 sangat tidak setuju 1 2 2 tidak setuju 3 tidak pasti 4 setuju 1 1 2 2 5 sangat setuju 3 3 4 4 5 5

Saya seronok belajar menggunakan perisian kursus. Saya faham bahasa yang digunakan dalam perisian kursus.

3 4 5

Saya boleh menggunakan perisian kursus dengan mudah. Saya kurang faham kandungan perisian kursus. Saya boleh membuat aktiviti yang diberikan dalam perisian kursus.

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

Saya dapati latihan /ujian dalam perisian kursus membantu saya memahami pelajaran.

7 8

Saya dapat menggunakan perisian kursus bersama rakan. Saya dapat menggunakan perisian kursus tanpa bantuan orang lain.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

Saya dapati arahan dalam perisian kursus susah diikuti.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

10 Saya bebas memilih topic yang ingin dipelajari dalam perisian kursus. 11 Saya belajar sesuatu topik dengan cepat menggunakan perisian kursus 12 Saya dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian kursus. 13 Saya lebih suka guru mengajar dengan menggunakan perisian kursus. 14 Saya dapati gambar/ animasi / video dalam perisian kursus membantu saya memahami topik yang di pelajari. 15 Saya dapati kesan bunyi dalam perisian kursus mengganggu tumpuan saya terhadap pelajaran. 16 Saya dapati muzik dalam perisian kursus menganggu tumpuan saya terhadap pelajaran.

14

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

17 Saya dapati pengetahuan yang saya peroleh daripada perisian. 18 Saya dapat menghasilkan idea baru selepas menggunakan perisian kursus. 19 Saya mendapat maklum balas segera kepada jawapan yang saya berikan

Bahagian D Aspek Teknikal


Sila bulatkan respon anda mengikut skala berikut 1 sangat tidak setuju 1 2 tidak setuju 3 tidak pasti 4 setuju 1 2 5 sangat setuju 3 4 5

Saya dapati paparan perisian kursus pada skrin computer adalah jelas.

Saya dapati persembahan perisian kursus adalah menarik.

Saya dapati saiz huruf pada perisian kursus adalah mudah dibaca.

4 5

Saya dapati bentuk huruf adalah sesuai dan jelas. Saya dapati gambar / animasi / video yang dipaparkan adalah menarik.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

Saya dapati bunyi / muzik di dalam perisian kursus adalah jelas.

Saya dapati ikon atau butang dalam perisian kursus senang difahami.

Saya dapati warna yang digunakan dalam perisian kursus adalah menarik.

15

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Bahagian E Dokumentasi
Sila bulatkan respon anda mengikut skala berikut 1 sangat tidak setuju 1 2 tidak setuju 3 tidak pasti 4 setuju 1 2 5 sangat setuju 3 4 5

Saya dapati perisian kursus membolehkan saya mencetak maklumat.

Saya dapati setiap kali saya klik, saya mendapat maklum balas segera.

Saya dapati ikon atau butang dalam perisian kursus berfungsi dengan baik.

Saya dapati perisian kursus menbolehkan saya menamatkan pelajaran pada bila-bila masa.

Saya dapati perisian kursus menyebabkan komputer saya selalu tergendala / tidak berfungsi (hang).

Bahagian F Rumusan
Sila bulatkan respon anda mengikut skala berikut 1 sangat tidak setuju 1 2 tidak setuju 3 tidak pasti 4 setuju 1 2 5 sangat setuju 3 4 5

Saya dibimbing oleh guru setiap kali menggunakan perisian kursus.

Guru menggalakkan saya menggunakan perisian kursus semasa di sekolah.

Guru membantu saya setiap kali saya mengalami masalah menggunakan perisian kursus.

Guru saya cekap mengurus pembelajaran menggunakan perisian kursus.

Pengajaran guru saya lebih menarik dengan menggunakan perisian kursus.

16

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENULISAN ILMIAH
Saya telah menjalankan kaji selidik ini keatas 20 orang murid tahun 2 Gigih di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1. Tajuk yang dipilih ialah nombor 1 hingga 10. CD ini dikeluarkan oleh Unik iaitu syarikat penerbitan buku kerja untuk murid. Tajuk yang di pilih pula ialah Nombor sehingga 1000. Sekolah saya terletak dikawasan luar bandar iaitu kawasan berdekatan dengan lapangan terbang. Sosio ekonomi murid saya terdiri dari berbilang tahap dari yang mewah kepada yang susah. Kebanyakan murid telah biasa menggunakan computer sedari kecil. Jadi guru-guru tidak menghadapi banyak masalah apabila ingin menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran ataupun pihak-pihak lain. Murid-murid sekolah saya biasa menggunakan perisian untuk subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mereka juga menggunakan perisian tersebut bersama guru di sekolah manakala di rumah pula mereka menggunakan komputer mereka sendiri. Kebanyakan murid menggunakan komputer 1 hingga 2 jam seminggu. Manakala murid yang kerap pula menggunakan computer 3 hingga 4 jam seminggu.

2 5

3 1 JAM 1-2 JAM 3-4 JAM 10 4 JAM

Saya telah menggunakan 5 skala untuk mendapat respon dari murid. Skala yang digunakan ialah no 1 untuk sangat tidak setuju, 2 untuk tidak setuju, 3 untuk tidak pasti, 4 untuk setuju dan 5 untuk sangat setuju.

17

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Paparan skrin mula

18

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Kandungan
Secara keseluruhannya murid memilih respon 4 dan 5 untuk aspek kandungan yang dinilai iaitu seronok, kefasihan bahasa, penggunaan perisian, aktiviti yang diberikan. Murid juga mengakui bahawa perisian ini membantyu mereka lebih memehami pelajaran yang diajar. Murid juga seronok melakukan aktiviti sama ada secara sendiri atau bersama rakan. Arahan yang dberikan juga mudah difahami oleh mereka. Topik nya juga bersesuaian dengan tahap murid. Gambar, animasi, kesan bunyi, muzik yang digunakan adalah bersesuaian dan tidak mengganggu murid. Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini. Ianya sesuai dengan kebudayaan dan agama murid. Maklumat yang sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop topic yang hendak diajar. Murid juga boleh menggunakan perisian tersebut untuk menghasilkan idea baru dan berguna kepada mereka.

SETUJU SANGAT SETUJU 15

19

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Aspek Teknikal
Untuk aspek teknikal, murid memberi respon yang baik kerana perisian boleh dilihat dengan mudah dan jelas. Mereka juga mendapati cara persembahan perisian adalah menarik. Saiz dan bentuk huruf yang digunakan juga adalah sesuai untuk murid tahun 2. Gambar dan animasi yang digunakan juga sangat menarik minat murid. Bunyi dan muzik yang digunakan juga adalah bertepatan dengan topik yang diajar. Ikon yang perlu digunakan juga adalah senang untuk difahami. Gabungan warna yang di gunakan juga adalah menarik dan memberangsangkan murid untuk meneruskan aktiviti mereka. Murid dapat mencari maklumat dengan mudah. Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah dengan kreatif.

SETUJU 16 SANGAT SETUJU

20

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Dokumentasi
Murid memberikan respon yang baik untuk bahagian dokumentari. Mereka boleh mencetak maklumat yang disediakan. Mereka juga boleh mendapat maklum balas dengan segera setiap kali mereka klik. Ikon dan butang dalam perisian kursus berfungsi dengan baik ini akan memudahkan proses pembelajaran mereka. Mereka juga boleh menamatkan pelajaran pada bila-bila masa dan perisian ini tidak menganggu komputer mereka dari tergendala ataupun tidak berfungsi (hang). Murid yang menjawab tidak pasti pula ialah kerana mereka tidak menggunakan perisian secara kerap.

5 8 TIDAK PASTI SETUJU 7 SANGAT SETUJU

21

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rumusan
Murid-murid lebih suka menggunakan perisian dengan bimbingan guru kerana mereka akan dibantu sekiranya menghadapi masalah. Mereka juga sukakan guru yang cekap dan dapat menarik perhatian murid apabila mengajar menggunakan perisian yang dipilih.

SETUJU SANGAT SETUJU 17

22

HBEF 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rujukan
Ismail Zain (2002) Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad, Azman Abdullah. HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Tengku Zawiah Tengku Zainal (2000). Internet dalam pendidikan matematik, Maktab Perguruan Kuala Terengganu

23