Anda di halaman 1dari 33

KEMAHIRAN ASERTIF

Nur Imana Agnes & Syalviana

DEFINISI KEMAHIRAN ASSERTIF


Peneguhan atau ketegasan diri. Suatu tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang selesa dan tidak cemas menyatakan perasaannya dengan cara yang jujur. Mereka yang dalam golongan ini amat menghormati hak orang lain. Mereka menghormati idea, perasaan dan keperluan orang lain. Di waktu yang sama juga, mereka merasakan mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN ASSERTIF


Pencapaian dan kebolehan kita akan dihargai dan diakui. Meningkatkan nilai diri. Mengenalpasti tanggungjawab di atas tingkahlaku, perasaan dan fikiran kita. Kurang menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan (excuses). Setelah menyinggung perasaan seseorang, ia tidak akan menggunakan masa dan tenaga yang lama untuk memikirkan hal tersebut tetapi mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Model Pengurusan Disiplin


Model Modifikasi Tingkah Laku

Model Disiplin Asertif


Model Akibat Logikal Model Pengurusan Kelompok Model Terapi Realiti

Model Disiplin Asertif (Lee & Canter, 1976)


Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang

diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Guru mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten.

Menekankan hak guru dan murid dalam pengurusan bilik

darjah.
Hak murid: belajar dalam persekitaran yang kondusif. Hak guru: mengajar tanpa gangguan.

Dicapai melalui pengurusan bilik darjah yang asertif.

Mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam

bilik darjah.
Murid mematuhi peraturan: peneguhan positif (penghargaan dan

pujian) Murid tidak mematuhi peraturan: peneguhan negatif.

Guru sentiasa memberikan perhatian yang positif kepada

murid-murid. Berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan salah laku. Mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

3 jenis guru:

Guru yang Asertif

Guru yang Agresif

Guru yang tidak Asertif

Guru yang Agresif


Berpendapat guru mesti menunjukkan kuasa,

menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Arahan perlu diikut tanpa bantahan. Ekspresi muka serius dan tegas. Selalu menggunakan arahan-arahan tegas.
duduk!, diam!, dengar sini!. Tidak menunjukkan kemesraan. Membuat murid berasa terancam dan tidak diperlakukan adil.

Ciri-ciri: Autokratik Menunjukkan kuasa Tidak bertolak ansur Garang Kasar Tidak mesra Tidak bertimbang rasa

Guru yang tidak Asertif


pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.

gagal membantu murid untuk membuat jangkaan tingkah

laku yang diingini. Tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di dalam bilik darjah, tetapi pada masa lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut.

Kelihatan kelam kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan

akhirnya murid tidak menghormati guru jenis ini. Guru menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang. Menyebabkan murid keliru dengan tindakan guru. Selalu menggunakan frasa:
berapa kali cikgu cakap, tolong diam! tolonglah berkelakuan elok sikit!

Guru yang Asertif


Jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas

dalam menetapkan peraturan. Membina hubungan saling mempercayai dengan muridmurid. Membimbing murid-murid mengenai cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru asertif tahu apa yang diingini daripada murid-murid. Menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini. Membantu murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan.

Memberi arahan dengan jelas dan tegas: peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak.

Menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid.


kesalahan Nama murid Jamel Syafiq Akmal / A // //// /// B C

PETUNJUK: A: menjerit di dalam kelas B: bercakap semasa guru sedang mengajar C: tidak hantar kerja rumah. / : bilangan kesalahan yang dilakukan

Menggunakan sistem kad warna. Kuning = kesalahan pertama Oren = kesalahan kedua Merah = kesalahan ketiga

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah


1. Penerangan peraturan
2. Cara perlaksanaan peraturan 3. Semak kefahaman murid 4. Maklumkan tentang ganjaran 5. Penerangan tentang tindakan pembetulan 6. Cara tindakan pembetulan dikenakan 7. Semak kefahaman murid.

Langkah-langkah untuk mengenakan tindakan pembetulan


1.

Kenakan tindakan pembetulan ke atas salah laku yang

ditunjukkan dengan tenang.


2.

Konsisten; tindakan yang sama untuk semua murid yang melakukan kesalahan.

3.

Apabila telah menunjukkan tingkah laku yang baik, berikan peneguhan.

4. 5. 6.

Berikan peluang untuk meluahkan perasaan. Peringkat kanak-kanak: teguran secara langsung. Murid dewasa : teguran secara individu

Murid yang memerlukan pertimbangan tambahan


Kelakuan distruptif, senang memberontak, memerlukan

perhatian dan tidak bermotivasi.


Mencabar guru: Melanggar peraturan sekolah Membuat guru stress, marah dan putus asa. Cara menangani: Dekati murid-murid dan cuba dapatkan kepercayaan mereka terhadap guru. Berikan perhatian dan keperluan yang diperlukan. Cari jalan utk berkomunikasi lebih kerap dengan murid.

SOALAN TOTURIAL
Pelajar diminta melaksanakan aktiviti seperti Lampiran 3 iaitu Developing Assertiveness Skills (Aktiviti Membina Kemahiran Asertif).

Nyatakan kenyataan yang mengambarkan masalah secara jelas atau sesuatu yang mendesak hak kamu untuk dihormati.

Banding dan bincang kenyataan anda dengan peserta lain.

Semak semula kenyataan jika kamu mahu.

Menggunakan main peranan untuk mengambarkan situasi contohnya berlakon.

Anda memainkan peranan sebagai guru manakala orang lain sebagai murid

Semasa main peranan, gunakan bahasa badan yang sesuai termasuk kontak mata dan ekspresi muka untuk menyokong penglibatan anda.

Dapatkan maklum balas daripada pemerhati berdasarkan kemahiran asertif yang digunakan Gunakan skala kemahiran asertif pada penghujung tajuk untuk menilai sikap anda sendiri.

Semak semula persepsi melalui banding beza pemeringkatan diri kepada semua pemerhati.
Pastikan anda berbincang mengenai mana-mana pencanggahan dan sebarang masalah sepanjang pengalaman anda melakonkan watak asertif.

Tidak perlu meneruskan kaedah main peranan sematamata untuk melengkapkan penyelesaian situasi tersebut.

Tujuannya hanya untuk menghasilkan pengalaman dalam melakonkan sikap asertif.

SITUASI A

Sejak akhir-akhir ini dia kurang memberi komitmen dan tidak mengendahkannya. Pada akhir kelas scott bertanya sama ada dia boleh menghantar projeknya lambat dalam beberapa hari. Dia tahu bahawa kamu sudah memberi keizinan yang sama yang menghadapi masalah mendapatkan bahan yang diperlukan.

SITUASI

Alyson dan Maria sepatutnya meletakkan semula peralatan tetapi meninggalkannya berselerak di gimnasium. Sekarang mereka perlu tiba awal sebelumnya berakhirnya waktu rehat.

SITUASI C

Victor tidak menyiapkan tugasannya. Anda telah melihatnya tetapi dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, kemudian dia meneruskan perbualan nya dengan pelajar berhampirannya. Sebaik sahaja kamu meninjau perkembangan pelajar lain. Dia juga mula membuat kapal terbang kertas.

SITUASI D

Sebaik sahaja kamu berjalan diperkarangan dewan, kamu mendengar dua orang pelajar sedang menghina (Mak kamu )

SITUASI
E

Ketika anda memulakan kelas, Daphne sedang memakan Twinkie. Dia menyedari bahawa anda melihat dia, namun dia terus memasukkan Twinkie ke dalam mulutnya dan mengambil satu lagi Twinkie.

SITUASI F

Semasa perbincangan dalam kelas, Susan dan Kris ketawa dengan kuat. Perhatian pelajar lain tertumpu kepada mereka. Anda mula marah dan perlu bersaing dengan mereka untuk mendapatkan perhatian murid lain.

SITUASI G

ketika anda tidak hadir, kelas keempat anda berkelakuan tidak baik terhadap guru ganti tersebut. Ramai yang tidak mahu membuat kerja, empat atau lima orang pelajar pergi ke tandas dan tidak masuk ke kelas sehingga waktu makan tengahari. Setelah loceng berbunyi keesokan harinya, anda memasuki kelas tersebut untuk memberi nasihat / marah / seumpama