Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MRSM KUALA KLAWANG 2011

Perasmi : Yang Berusaha Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang 06 September (Selasa), 02.50pm-04.40pm Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang

Tarikh Tempat

: :

ATURCARA Ketibaan tetamu kehormat

SKRIP PENGACARA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang. Hadirin dipersilakan berdiri. # pengetua akan masuk ke dlm dewan, kemudian terus melawat tapak pameran hadirin terus berdiri tunggu sehingga pengetua selesai lawatan tiba di tempat duduk vip berdiri MC umumkan agenda seterusnya #

(___________)

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Maktab

Hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan seterusnya lagu rasmi Negeri Sembilan. # nyanyian lagu Negaraku & lagu rasmi Negeri Sembilan #

(___________)

(Setelah nyanyian lagu) Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Pantun 1 : ___________ Bersyukur menjadi rakyat Malaysia, Bumi bertuah indah permai, Lima Puluh Empat tahun kita merdeka, Rakyat hidup aman damai. Pantun 2 : ___________ Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat, Bersama kita menyambut merdeka, Bersatu berazam penuh semangat, Mari pertahankan kemerdekaan kita. 1

(___________)

Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kemerdekaan, Salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri.

Yang Berusaha, Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua, MRSM Kuala Klawang, Yang Dihormati, Puan Awaliah binti Samsudin, Timbalan Pengetua Ko Kurikulum, MRSM Kuala Klawang. Yang Dihormati, En. Che Wahab bin Che Man, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, MRSM Kuala Klawang. Yang Dihormati, En. Roslan bin Haji Mohamed Salleh, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Kuala Klawang. Puan Jalilah binti Ruslani, selaku Penyelaras Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat MRSM Kuala Klawang, 2011. Yang dihormati, ketua-ketua jabatan, guru-guru, serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, maka dapatlah kita sama-sama berkumpul di petang yang berbahagia ini untuk menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat MRSM Kuala Klawang, 2011. Terlebih dahulu, majlis dengan penuh sukacitanya, sekali lagi mengalualukan kehadiran Yang Berusaha, Tuan Haji Shahrome bin Daud, serta hadirin hadirat ke majlis yang penuh keberkatan ini.

Info Hari Kemerdekaan

Untuk makluman Yang Berusaha Tuan Haji dan hadirin sekalian, Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah 1 Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

(___________)

Kini, kita telahpun merdeka selama 54 tahun. Pada usia 54 tahun kemerdekaan negara, pelbagai peristiwa pahit manis telah negara kita lalui. Pelbagai cubaan dan cabaran telah kita berjaya rempuhi dengan semangat Satu Malaysia. Malaysia telah membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdekaan yang telah dilalui. Hadirin sekalian, Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah dengan didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Bacaan Doa

Pantun 3 : (___________)

(___________)

Tetak buluh panjang 10, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tgn jari 10, Doa diminta biar selamat. Hadirin hadirat yang dimuliakan, bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan saudara ______________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(_______________membacakan doa)

Bacaan Ikrar Rukun Negara

Terima kasih diucapkan kepada Saudara _________________________ atas bacaan doa itu tadi. Hadirin hadirat, kini tibalah kita ke acara seterusnya.

(___________)

Bagi menyemarakkan lagi majlis sambutan kemerdekaan kita pada petang ini, marilah kita bersama-sama melafazkan Ikrar Rukun Negara bagi melambangkan wujudnya kesatuan hati, perpaduan dan permuafakatan di kalangan kita rakyat Malaysia. Untuk itu, hadirin sekalian dipersilakan berdiri. # tunggu sehingga semua orang berdiri # Dengan ini, dijemput saudara __________________________________ untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara. Dipersilakan. # ikrar dibaca bacaan ikrar selesai # Hadirin dipersilakan duduk.

(___________)

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini, dijemput _______________________________________________ dan _____________________________________________________ untuk medeklamasikan sajak yang bertemakan Pengkisahan Sejarah Negara. Dipersilakan.

Ucapan Aluan Pengetua

Sesungguhnya, bergetar atma apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan oleh ______________dan ______________sebentar tadi. Semoga semangat yang dipancarkan melalui sajak itu tadi mengalir mesra disungai hati kita semua. Kini, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan MRSM Kuala Klawang, 2011. . Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(___________)

# Pengetua menyampaikan ucapan alu-aluan & perasmian #

Tayangan Video Klip & Persembahan Sajak

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyempurnakan majlis perasmian penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan MRSM Kuala Klawang, 2011 sebentar tadi. Semoga dengan itu, akan bersemaraklah semangat cintakan negara di sanubari setiap warga MRSM Kuala Klawang. Hadirin hadirat yang dihormati, Meskipun telah jauh kita berjalan , namun janganlah kita melupakan sejarah perjuangan generasi terdahulu. Sebagai tanda kita mengingati dan menghargai perjuangan generasi lama marilah kita saksikan dan menghayati tayangan dokumentari Detik Kemerdekaan 1957 sebagai pembuka majlis. # tayangan video klip berlangsung # Begitulah tadi tayangan dokumentari Detik Kemerdekaan 1957 sebagai pembuka minda. Semoga kita dapat menghayati dan menghargai detik tersebut sebagai detik penting dalam sejarah negara. Hadirin hadirat yang dimuliakan, Selesai tayangan klip video, mari kita sekali lagi dengarkan alunan sajak bertajuk ______________________________________________ yang akan disampaikan oleh _______________________________________ Ayuh kita sama-sama dengarkan.

(___________)

Penyampaian Hadiah

Seterusnya, tibalah kita pada saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar iaitu pengumuman keputusan pertandingan yang telah diadakan bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan peringkat MRSM Kuala Klawang ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Awaliah binti Samsudin, Timbalan Pengetua Ko Kurikulum, MRSM Kuala Klawang untuk menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(___________)

Kita akan mulakan dengan pemenang-pemenang untuk pertandingan Mengenali Tokoh.


Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan ___________________________. Diminta ketua kumpulan untuk naik ke pentas. Tempat kedua pula jatuh kepada kumpulan ______________________. Dan johan pertandingan Mengenali Tokoh adalah kumpulan _____________________________ .

# ikut list dalam senarai keputusan pertandingan # 5

(___________)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Shahrome bin Daud atas penyampaian hadiah kepada para pemenang sebentar tadi. Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat MRSM Kuala Klawang. Sebagai penutup majlis, hadirin dipersilakan berdiri untuk kita samasama menyanyikan dengan penuh semangat 3 buah rangkaian lagu patriotik. Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah Lagu Warisan, Tanggal 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang. Semua hadirin diminta untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat. # nyanyian lagu # Dengan berakhirnya nyanyian rangkaian 3 buah lagu patriotik sebentar tadi, maka lengkaplah majlis Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat MRSM Kuala Klawang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan rakan pelajar atas kehadiran dan kerjasama anda.

Pengumuman MC (___________)

Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, Timbalantimbalan Pengetua dan Ketua-ketua Jabatan untuk ke Bilik VIP bagi menikmati sedikit jamuan ringan. Manakala guru-guru pula dijemput ke sebelah kiri dewan untuk jamuan ringan Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai