Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN SJKC CHUNG HWA TENGHILAN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGACARA MAJLIS, CIKGU VOO, SELAKU PK 1 SJKC CHUNG HWA TENGHILAN. SELAMAT PAGI, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA KEPADA YB. DATUK JAHID JAHIM, PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH, MERANGKAP ADUN N.9 TAMPARULI. YBHG. DATUK WILFRED MADIUS TANGAU, KETUA UPKO P.170 TUARAN. YBHG. DATUK WILLIAM CHU FUI KHIN, PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA SJKC NEGERI SABAH SERTA TIMBALANNYA, EN. ALEX LO. PENASIHAT-PENASIHAT LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH, EN. GUI KHIAU LEONG, EN. T.Y.YAP. YANG BERUSAHA GURU BESAR SJKC CHUNG HWA TENGHILAN, EN. YAP WING FOH. YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH, EN. RAYMOND KARAU. PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH DARI TAMPARULI DAN TUARAN. KAPITAN-KAPITAN TAMPARULI DAN TUARAN. PARA JEMPUTAN KHAS. AHLI-AHLI LEMBAGA SEKOLAH. AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR. GURU-GURU, IBUBAPA, MURID-MURID. SETERUSNYA KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.

HARI INI MERUPAKAN HARI BERSEJARAH UNTUK SEKOLAH, SATU LAGI BANGUNAN BARU DUA TINGKAT YANG MEMPUNYAI 8 BILIK DARJAH DAN SEBUAH DEWAN SERBAGUNA SETELAH SIAP DIDIRIKAN NANTI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YB DATUK JAHID JAHIM ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN SELAMA INI.

UNTUK MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA, SEKOLAH INI MENDAPAT PERUNTUKAN SEBANYAK RM200,000.00 DARIPADA KPM PADA 22 NOVEMBER 2012 UNTUK TAMBAHAN DANA BANGUNAN BARU SJKC CHUNG HWA ADALAH ATAS SOKONGAN DARIPADA YB DATUK JAHID JAHIM. SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YB DATUK JAHID JAHIM, YBHG. DATUK WILFRED MADIUS TANGAU DAN PARA JEMPUTAN KHAS KERANA SUDI DATANG UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN KITA PADA HARI YANG BERSEJARAH INI. UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN JUGA DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA ATAS SOKONGAN PADU YANG DIBERIKAN SAMADA DALAM BENTUK KEWANGAN DAN TENAGA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM PADA HARI INI.

SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN PADA KALI INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBUBAPA KERANA TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA KEPADA PIHAK SEKOLAH SEHINGGA KINI JUMLAH MURID DITAMBAH MENJADI 132 ORANG. 88 ORANG DARI SEKOLAH RENDAH DAN 44 ORANG DARI PRA SEKOLAH. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN ATAU MENGUNDUR DIRI, TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MEMOHON MAAF DAN AMPUN JIKA TERDAPAT KATA-KATA SAYA YANG SILAP ATAUPUN KURANG SOPAN. SEKIAN DAN TERIMA KASIH.