Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN KESELAMATAN (BENGKEL)

Buka semua tingkap dan pintu untuk memudahkan pengudaraan. Jangan masuk bengkel tanpa kebenaran guru. Bersihkan bengkel selepas menggunakannya. Letakkan beg atau buku-buku di luar bengkel. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Jimatkan penggunaan sumber air dan elektrik.

PERATURAN KESELAMATAN (ALATAN)


Jangan gunakan alatan yang telah rosak. Simpan peralatan di tempat khas selepas digunakan. Dilarang membawa peralatan keluar dari bengkel. Elakkan dari membiarkan terlalu banyak alatan di atas meja. Gunakan alatan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat. Laporkan kepada guru jika terdapat alatan yang hilang atau rosak dengan segera.

PERATURAN KESELAMATAN (DIRI)


Laporkan segera sebarang kemalangan kepada guru yang bertugas. Murid hendaklah meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum menggunakan mana-mana peralatan atau mesin. Pakai pakaian yang sesuai atau apron. Lakukan kerja dengan cara yang betul, sentiasa berhati-hati dan tidak lalai. Murid mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bengkel. Jangan bermain atau bergurau dengan kawankawan. Jangan memakai barang hiasan semasa di dalam bengkel. Fahami langkah kerja sebelum memulakannya. Tanya guru sekiranya terdapat sebarang keraguan. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai