Anda di halaman 1dari 6

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Perkembangan KanakKanak

Terdapat

beberapa

faktor

yang

boleh

mempengaruhi

pertumbuhan

dan

perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut adalah seperti pengaruh genetik, pengaruh persekitaran, kebudayaan dan kepercayaan sebuah masyarakat, guru dan sekolah serta sumber teknologi.
1.

Faktor Baka

Faktor pertama yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ialah faktor baka. Perkataan baka berasal daripada perkataan Latin" Heres". Perkataan ini bermaksud sifat-sifat fizikal, personaliti, pembawaan daripada ibu bapa diturunkan kepada anak-anak. Ia juga dikenali sebagai gen. Baka adalah terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan ciri keturunan. Ia tersimpan di dalam lokus kromosom. Kromosom mengandungi bahan DNA dan RHA ( sifat baka). Setiap individu yang normal mmempunyai 23 pasang kromosom. Apabila proses persenyawaan antara sperma ( telur lelaki ) dan ovum ( telur perempuan ) berlaku, kromosom-kromosom ini akan terjalin dan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pa da seseorang individu . Hai ini akan diwarisi oleh bayi yang lahir pada masa depan.

Gen ibu bapa diturunkan kepada anak-anak. Ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa. Misalnya, warna dan bentuk mata, warna dan jenis rambut, warna kulit dan serta jenis darah adalah sama dengan ibu bapa. Baka juga menentukan potensi seseorang individu. Bagi ibu bapa yang mempunyai bakat seperti melukis, menyanyi atau menari, bakat tersebut akan diwarisi oleh anak-anak melali gen. Selain itu, baka boleh menentukan struktur organ seseorang individu. Anak akan sihat sekiranya baka yang diwarisi daripada ibu bapa adalah sihat. Penyakit-penyakit seperti diabetes dan hemofilia adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh baka. Dalam sel badan kita terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus tersebut terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen ini berfungsu untuk mengawal sifat kita. Sebagai contoh, ia mengawal rambut seseorang sama ada kerinting atau tidak. Gen juga merupakan bahan baka yang

membawa maklumat genetik yang terletak dalam kromosom. Jika didihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel. Gen yang terkandung dalam kromosom adalah pembawa baka kanak-kanak. Seseorang individu membawa 23 pasang kromosom yang diwarisi dari ibu bapa mereka. Kromosom yang ke-23 dikenal dengan kromosom gender atau yang menentukan jenis jantina. Apabila seseorang ayah menurunkan kromosom x maka akan menghasilkan kombinasi XX dan jenis kelamin anak akan menjadi anak perempuan. Apabila menurunkan kombinasi XY dan jenis kelamin anak akan menjadi anak lelaki. Genetik memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, ketinggian, paras rupa dan bentuk. Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam. Ibu bapa yang berambut kerinting akan melahirkan anak yang berambut kerinting. Genetik juga menyimpan sifat-sifat intelektual ibu bapa masing-masing. Ia termasuk potensi, bakat, pemikiran dan tabiat semulajadi ibu bapa masing-masing. Contohnya bakat bermain bola sepak yang ada pada bapa kanak-kanak turut ada pada kanak-kanak tersebut. Ini berlaku terhadap pemain veteren terbaik dunia, Madonna dari Argentina anaknya juga turut berbakat dalam sukan bola sepak. Genetik juga diwarisi melalui proses mutasi. Mutasi merupakanperubahan organisasi materi genetik yang berupa gen atau kromosom dari suatu individu dan diwariskan kepada generasi yang berikutnya.Bahan-bahan yang menyebabkan mutasi terjadi disebut mutagen. Terdapat tiga jenis mutagen iaitu mutagen kimia, mutagen bahan fisika dan mutagen bahan biologi. Kolkisin dan zat digitonin ialah mutagen bahan kimia. Sinaran ultraungu, sinaran radioaktif dan sinaran gamma merupakan mutagen bahan fisika. Manakala mutagen bahan biologi ialah virus dan bateria. Terdapat 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom. Mutasi gen adalah perubahan yang terjadi pada susunan molekul DNA atau gen. Mutasi gen terjadi pada susunanan kimianya (DNA). Apabila strukstur kimia gen berubah maka fungsinya pun akan berubah. Gen yang mengalami mutasi terdapat pada sel-sel tubuh se ( sel somatis) maka perubahan diturunkan ke sel anak melalui pembelahan mitosis. Apabila gen yang mengalami mutasi terdapat pada sel kelamin (gamet) maka perubahan akan diwarisi pada keturunannya. Mutasi kromosom ialah

perubahan yang terjadi pada struktur dan susunan kromosom. Mutasi kmromosom juga disebut sebagai mutasi aberasi. Mutasi ini dapat ditemui apabila kromosom hilang atau bertambah sehingga terjadi perubahan pada jumlah kromosom. Mutasi dapat mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti Polidaktil, Anemia Sel Sabit, Albino, Sindrom Down, dan Sindrom Turner. Polidaktil ialah bilangan jari tangan dan kaki lebih daripada 5 pada satu tapak. Kanak-kanak Polidaktil mengalami kecacatan dari segi fizikal sahaja. Tahap kecerdasan kanak-kanak Polidaktil adalah normal seperti kanak-kanak yang lain. Jadi, mereka boleh mengikuti pembelajaran seperti biasa.

Penyakit Anemia Sel Sabit terjadi ketika sel-sel darah merah tidak berfungsi cekap dan tidak dapat mengangkut oksigen ke seluruh badan. Sel-sel darah merah musnah sebelum tempoh hayat. Penyakit Anemia Sel Sabit yang teruk boleh membawa maut. Kanak-kanak yang berpenyakit Anemia Sel Sabit berasa pening kepala, tidak bersemangat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar. Ini dapat mempengaruhi dan menjejaskan perkembangan kanakkanak.

Sindrom Down terjadi ketika perubahan berlaku semasa proses meiosis. Bilangan kromosom bertambah 1 pada kromosom yang ke-21. Kanak-kanak Sindrom Down mengalami kecacatan dari segi fizikal seperti kepala lebar dan pendek, mata sempit miring ke samping, bibir tebal, lidah besar dan menjulur serta air liur selalu menetes keluar. Selain itu, tahap kecerdasan mereka juga terjejas seperti mengalami terencat akal. Penyakit ini mempengaruhi dan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa manakala perlu mengikuti pendidikan khas.

2.

Faktor Pengaruh Persekitaran Faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak ialah pengaruh persekitaran. Pengaruh persekitaran termasuk faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya.Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Selain daripada

mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana

mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai self -esteem yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang anak. Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mesra dan penuh dengan kasih sayang, mereka akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah seperti keganasan, ibu bapa yang berjudi atau berkaki botol maka ini boleh mempengaruhi dan menjejaskan pemikiran serta kelakuan seseorang kanakkanak. Kanak-kanak tersebut akan berfikiran dan berkelakuan negatif .

3.

Faktor Rakan Sebaya Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang

kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanakkank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanakkanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

4.

Faktor Kebudayaan Dan Kepercayaan

Faktor

seterusnya

ialah

kebudayaan

dan

kepercayaan

sesuatu

masyarakat. Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza juga boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan

nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan kanak-kanak, perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia, sebuah masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna, masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap kanakkanak yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik serta mengabaikan nilai-nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Bagi kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan aspek keagamaan akan melahirkan kanak-kanak yang beriman. Misalnya Bhutan merupakan sebuah negara Buddha. Bhutan terletak di antara negara China dan India. Bhutan menitikberatkan aspek keagamaan. Ibu bapa di negara tersebut menghantar kanak-kanak mereka ke tokong untuk menuntut ilmu keagamaan. Hal ini menyebabkan kebudayaan masyarakat Bhutan melahirkan kanak-kanak yang beriman.

5.

Sumber Teknologi

Perkembangan kanak-kanak pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, luncah atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

6.

Faktor Sekolah Dan Guru

Sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti seseorang kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. kanak-kanak juga didedahkan kepada guru yang sentiasa

menekankan pencapaian akademik, motivasi untuk belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan, dan autoriti. Selain itu, guru dan sekolah juga merupakan agen perubahan dan diberi tugas untuk memperkembangkan potensi kanak-kaanak secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

http://psikologimuzik.blogspot.com/2012/08/prinsip-prinsip-dan-faktor-faktor-yang.html

Anda mungkin juga menyukai