Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap

satu daripada 200 bahasa yang dituturkan. Di antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu adalah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit. Di antara faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bermula di situ. Faktor yang mempengaruhinya ialah peranan pendakwah; Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal; dan peranan golongan istana serta pedagang. Ia bermula dari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511, bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya mempengaruhi golongan aristokrat. Rakyat biasa dan sebilangan kecil cerdik pandai masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, pusat perkembangan Islam beralih ke Riau, Palembang dan Acheh. Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka ada semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan sosiopolitik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan. Persatuan Penulis ASAS 50, para pelajar Sekolah Inggeris, para pelajar SITC, para pelajar di semenanjung Tanah Arab meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British. Persoalan tentang bahasa terus dibincangkan sampai kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah satu sukatan pelajaran yang sama; bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib; dan pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas Merdeka bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara; perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu; Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, perkataan bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di
1

kalangan rakyat. Dan selepas itu, perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu. 2.0 2.1 PERANAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini. Perkara ini mestilah menjadi perhatian semua pihak terutama di sekolah dan di universiti tidak mengira apa juga peringkat dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam membentuk perpaduan di negara ini. Perkara ini sepatutnya tidak berhenti sampai di sekolah membabitkan para pelajar dan guru-guru sahaja. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan mampu selama-lamanya jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia. Bahasa Melayu juga berkembang apabila adanya pelbagai suku kaum Melayu merebak hingga ke Sri Lanka, China, Arab Saudi dan Afrika Selatan. Menurut cendiakawan Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-16, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat pengajian Melayu di pelbagai universiti luar Negara. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik kegemilangan terutama pada zaman Melaka. Pada waktu itu, fungsi bahasa Melayu menjadi penghubung dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.

Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam Perlembagaan negara Malaysia, Indonesia, dan negara Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan. Di Malaysia, bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Selepas negara merdeka pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu telah pesat berkembang seiring dengan kepesatan pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunapakai di seluruh dunia global. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi dan ini membuktikan yang bahasa Melayu juga berupaya menjadi bahasa ilmu seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Latin dan lain-lain. Za'ba ada menyatakan bahawa anak-anak Melayu yang bernasib baik mendapat pelajaran tinggi di universiti, gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin, mengajar anak bangsa kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan pengajian Melayu. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan diperkembangkan berdasarkan berbagai akta. Secara ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di semua sekolah, maktab dan universiti. Dugaan besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan di antara kaum, Laporan Penyata Razak telah mencadangkan beberapa aspek antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah. Malahan di sekolah menengah jenis kebangsaan dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan. Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua peringkat persekolahan. 2.2 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI
3

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan. Entah mengapa sehingga lebih lima puluh tahun merdeka, penggunaan istilah bahasa Melayu masih dibincangkan sejak dahulu sehingga kini dengan nama bahasa Malaysia. Bagi sesetengah individu perkara diperkecilkan dan diremehkan dan tidak perlu diperbesarkan. Malangnya jika betul remeh dan kecil sahaja hal ini, makanya tak perlulah kita bersusah payah dan beria-ria untuk menegakkan penggunaan istilah bahasa Malaysia yang sebenarnya tidak betul dan lain maksudnya. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasa bahasa Melayu. Apabila bahasa Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya Malaysia) itu bererti bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai bahasa kebangsaan BANGSA Melayu kepada bahasa kebangsaan NEGARA Malaysia. Peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara merentas sempadan dan kepentingan etnik; fungsinya ialah sebagai alat pembangunan negara, bukannya sebagai alat pembangunan dan kepentingan bangsa Melayu sahaja. Fungsinya juga bukan hanya bersifat simbolik atau sebagai alat perpaduan kaum sahaja tetapi bersifat instrumental atau functional, pragmatik dan developmental. Bermula daripada nama bahasa yang sah lagi sahih iaitu bahasa Melayu maka sebagai dasar, nama tersebut perlu dikuatkan dan digunakan di samping perkara-perkara yang lain. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebenarnya bukan nama gantian bagi bahasa Melayu tetapi taraf dan peranan yang diberi kepada bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu mesti digunakan dalam setiap acara rasmi seperti mesyuarat, taklimat, kursus, segala urusan bertulis atau surat-menyurat (khususnya dalam negara), hebahan atau pengumuman rasmi seperti iklan jawatan dan seumpamanya melalui media elektronik dan media cetak, pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan peringkat rendah, menengah (Tingkatan Enam dan Matrikulasi) dan pengajian tinggi. Di antara fungsi Bahasa Melayu dari aspek Bahasa Rasmi ialah:
4

1. 2. 3. 4. 5. 2.3

Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan. Digunakan dalam semua rekod kerajaan. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .

BAHASA MELAYU SEBGAI BAHASA PENGANTAR DAN AKADEMIK Bahasa pengantar ialah bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai

bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, dan bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, serta bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa di atas telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar. Berikut merupakan beberapa fungsi bahasa pengantar: 1. Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan 2. Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbezabeza. 3. Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu. 4. Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. 5. Antara orang Cina, Melayu, India dan kaum lain, komunikasi adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu kaum tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah dimulakan perancangannya sejak sebelum negara merdeka lagi. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu telah diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996. Bahasa akademik atau bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan. Bahasa Melayu juga pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara. Bahasa Melayu mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh tersebarnya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme. Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Ini disebabkan oleh muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah alFansuri. Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah : 1. Abdul Samad al-Falambani di Palembang. 2. Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin 3. Mohd Ismail Daut Pattani di Patani 4. Raja Ali Haji di Riau Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal situasi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Manakala bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983. Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu adalah seperti: 1. Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu. 2. Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
6

3. Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh sesiapa yang membacanya, tanpa menimbulkan keraguan dalam penafsiran Bahasa Melayu. 4. Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu. 2.4 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERDAGANGAN DAN

KOMUNIKASI Sejarah telah membuktikan bahawa di alam Melayu atau kepulauan Melayu di Asia Tenggara, bahasa Melayu telah digunakan berabad-abad dahulu lagi oleh semua pedagang yang berurusan di sini sama ada dari Eropah, India, Gujerat, China, Portugis, Belanda dan lain-lain negara dalam perdagangan rempah-ratus, kain, sutera, herba, ubat-ubatan, garam dan sebagainya. Melihat Melaka sebagai sebuah empayar perdagangan pada suatu ketika dahulu bukanlah untuk tujuan nostalgia tetapi mengambil pengajaran mengapa Melaka maju sebagai pusat perdagangan dan bahasa Melayu berkembang dengan penggunaannya sebagai bahasa perdagangan di samping bahasa perhubungan diplomatik. Bahasa merupakan identiti penting bagi sesebuah negara. Malahan bahasa memainkan peranan penting dalam proses perkembangan negara. Dari aspek sejarah, bahasa Melayu telah terbukti menjadi lingua franca dan bahasa perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15M. Perkara ini memperlihatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang pernah memiliki nilai ekonomi yang tinggi. Melalui peranannya sebagai lingua franca, bahasa Melayu juga digunakan untuk menggubal undang-undang. Di antara undang-undang dalam peradaban Melayu yang terawal termasuklah Hukum Kanun Melaka (HKM). HKM atau Undang-undang Melaka didapati lebih tua daripada Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Perak, malah menjadi contoh bagi membuat undang-undang yang lain di negeri-negeri Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca pada zaman kegemilangannya pada sekitar abad ke-15 telah menampakkan kedudukannya sebagai bahasa yang menonjolkan peradaban bangsa Melayu selain berfungsi sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi. Kini tidak dapat dinafikan penyebab globalisasi dan kepelbagaian kemajuan sains dan teknologi telah menimbulkan persaingan sehingga kita tiada pilihan lalu terpaksa memilih
7

satu bahasa bersifat antarabangsa, iaitu bahasa Inggeris, di mana sekali gus mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, bahasa ekonomi dan bahasa komunikasi dunia. Walau begitu, sekiranya diteliti, sebenarnya faktor globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi juga dapat memberi ruang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa yang mempunyai nilai ekonomi sekiranya dimanfaatkan dalam konteks negara Malaysia. Mengimbau kembali zaman kesultanan Melaka, para pedagang berdagang ke Melaka untuk berniaga. Komoditi utama dalam dunia perdagangan ketika itu ialah rempah ratus dari Kepulauan Maluku, Indonesia. Kemeriahan perdagangan di Melaka ini terbukti melalui catatan perdagangan bangsa Portugis, iaitu Tome Pires yang menyatakan di pelabuhan Melaka biasanya terdapat 84 bahasa yang dituturkan oleh para pedagang yang datang. Selari dengan itu, bahasa Melayu mengambil tempatnya sebagai lingua franca kerana operasi perdagangannya terletak di kawasan geografi bahasa Melayu. Kehadiran pendagangpedagang yang dikatakan pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal yang kecil ke pelabuhan Melaka adalah disebabkan kemudahan yang disediakan oleh pemerintah Kerajaan Melayu Melaka ketika itu. Perkara ini membuktikan faktor geografi dan kuasa pemerintah memainkan peranan penting dalam menentukan nilai ekonomi bahasa Melayu ketika itu. Didapati kini masih ramai orang khususnya dalam kalangan mereka yang berkecimpung dengan dunia perniagaan percaya dengan persepsi bahawa bahasa kebangsaan negara ini iaitu bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang nilai komersl. Oleh sebab itu, tidak digunakan bagi tujuan iklan dan perhubungan rasmi dan tidak rasmi dalam urusan perniagaan atau perdagangan sekalipun di peringkat dalaman syarikat sahaja termasuk urusan dalam negeri, malahan di peringkat antarabangsa. 3.0 LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Antara langkah yang perlu diambil dan dilaksanakan serta diterapkan termasuklah: 1. Menguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu. Misalnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
8

Kebangsaan. Semua peruntukan berkenaan bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua peringkat pemimpin negara hingga ke peringkat penjawat awam serta masyarakat umum. Diharapkan janganlah ada sebarang unsur tindakan yang membelakangkan undang-undang tersebut, sama ada ia melalui pengenalan dasar-dasar baru, kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan undang-undang itu. 2. Meminda dan meluaskan peruntukan akta yang berkaitan. Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang akan memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu, pindaan akta-akta tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu seperti Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain perlu dicepatkan. Selain daripada itu, akta yang sedia ada misalnya Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-Undang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas. 3. Memperbanyakkan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu. Usaha ini perlu dipertingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa berbudaya tinggi, melalui penerbitan bahan-bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). 4. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa - usaha ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan berbagai program . Tindakan ini perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang.

4.0

KESIMPULAN Bahasa Malaysia ataupun lebih tepat lagi Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara

Malaysia. Dan Malaysia terdiri pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai bahasa ibunda kaum masing-masing. Oleh sebab itu amatlah penting mempunyai satu bahasa yang seragam untuk persefahaman di antara pelbagai etnik ini. Bahasa Rasmi ialah Bahasa Melayu menjadi medium segala aspek kaum di Malaysia.
9

Sejak mencapai kemerdekaan malahan sebelum merdeka lagi bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan sehari-hari antara kaum yang ada di Tanah Melayu pada waktu itu. Cuba lihat paparan watak seperti yang digambarkan oleh Seniman Agung P.Ramlee lewat filemnya. Watak Apek, Cheti, Benggali begitu bersahaja menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja dalam bentuk bahasa pasar dan bahasa yang begitu baik semasa berbual. Inilah jati diri bagi negara ini dan yang perlu dipertahankan semenjak dahulu dan selama-lamanya. Ia bukannya mengambil satu bahasa dari negara lain untuk bersama-sama memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan apatah lagi jika untuk mengambil alih peranan bahasa Melayu tersebut sebagai bahasa ilmu di samping bahasa pengeratan. Kemungkinan sebelum kemerdekaan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan orang-orang Melayu. Namun, selepas merdeka ternyata bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia dan pastinya bagi semua warganegara tanpa mengira bangsa atau kaum. Berdasarkan sejarah negara ini, tidak ada bahasa lain yang lebih layak dan mampu menjadi bahasa perpaduan selain bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang merakyatkan dari Sabah hingga ke Perlis. Bahasa Melayu difahami oleh Roziah di Bukit Damansara, Pak Ndak di Gua Musang dan adik Balang Singg di Kapit Sarawak berbanding bahasa Inggeris yang dijadikan bahasa asing yang terpenting di negara ini. Justeru bahasa Melayu perlu kita junjung dan bahasa Inggeris perlu dikendung. Janganlah pula kita jadikan sebaliknya terutama dalam amalan seharian.

Bibliografi A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim Bakar & Awang Sariyan. 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
10

Awang Sariyan. 1996. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins, James T., 1998. Malay, World Language: A Short History , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Ahmad. 1997. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara Di Malaysia . Kertas yang dibentangkan sempena sambutan DBP yang ke-43 tahun. Noresah Baharom. 2006. Lima Dekad Merancang dan Meredah Samudera Bahasa. Klik Jun 2006. Petaling Jaya : Berita Harian.

11

Anda mungkin juga menyukai