Anda di halaman 1dari 10

6.0 6.

Kaedah Inkuiri Penemuan Pengenalan Kaedah inkuiri penemuan adalah suatu kaedah yang digunakan bagi

membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial. Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaedah Heuristik. Secara amnya, inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling seseorang individu. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Ia merupakan satu pendekatan pembelajaran yang lebih menekankan aktiviti untuk memupuk kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam diri setiap murid tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain. Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini adalah berpusat kepada murid. Murid-murid diberi suatu situasi atau bahan atau perkara yang bermasalah untuk diselesaikan dengan bimbingan guru. Kaedah ini adalah menarik serta

merangsangkan

murid-murid

kerana

mereka

perlu

menggunakan

kreativiti,

pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan. 6.2 Konsep Kaedah Inkuiri Penemuan

Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).

Kaedah inkuiri adalah berdasarkan falsafah John Dewey yang menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan. Guru akan membentuk dan menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan sivik, murid dapat memahami dan menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah dengan membuat penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata. Murid belajar pendidikan sivik melalui pemahaman dan bukan penghafalan semata-mata. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid memainkan peranan penting dalam aktiviti gerak kerja seperti bertanya, membaca, berbincang, mencatat, meneliti, dan menganalisis data atau maklumat, menghujah, melaporkan, menulis esei dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Interaksi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kaedah ini juga dapat merangsang murid mengkaji dam mengetahui sesuatu peristiwa secara dengan lebih mendalam dan dapat mengembangkan naluri ingin tahu dalam diri murid.

Kaedah inkuiri melibatkan proses mental yang sentiasa berkembang. Semasa mengamati sesuatu masalah, mengklasfikasikan masalah tersebut, seterusnya membuat andaian atau membina hipotesis, menguji hipotesis dan akhirnya membuat kesimpulan. Ini adalah cara mendapatkan penemuan dan membuat kesimpulan berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan melalui pemerhatian, pengumpulan data dan sebagainya.

6.3

Kaedah Dalam Inkuiri Penemuan

Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktif dan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968) : 1. Cadangkan masalah yang mencabar 2. Bantu murid-murid menganalisis masalah 3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh dipertimbangkan 4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid 5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya. 6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri. 7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah.

Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada data - data yang terkumpul kepada generalisasi. Pendekatan ini memerlukan kita membuat sesuatu generalisasi daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara yang berbeza. Pendekatan induktif adalah selaras dengan pemikiran pendidikan sivik yang terdapatnya suatu covering laws yang berupaya menerangkan fenomena yang berupaya seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza. Langkah langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi berikut : 1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan 2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian 3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak 4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik. 5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan 6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan 7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama

6.4

Fasa Kaedah Inkuiri Penemuan

Fasa 1: Guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.

Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya. Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

6.5

Aspek Aspek Kaedah Inkuiri Penemuan

Banyak isu-isu sains sosial dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan dalam pengajaran terutamanya berkaitan dengan konsep-konsep dan kebolehankebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kaedah ini bertujuan mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan menyusun data serta menganalisis data (maklumat). Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, bersyarat

(conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebabmunasab dan sebagainya (Abd Rahim Abd Rashid, 1989). Penekanan terhadap aspek ini akan membolehkan murid-murid mengembangkan kebolehan menilai pelbagai corak generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-masalah serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

6.6

Kelebihan Dan Kelemahan Inkuiri Penemuan

Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka peroleh daripada sumber rujukan yang sahih. Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat penaakulan aktif. Apabila murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih supaya menentukan sesuatu masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan. Kaedah inkuiri dalam subjek Pendidikan sivik memerlukan proses penyiasatan. Murid akan diminta menyiasat dan mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau jawapan mengenai sesuatu persoalan yang dikemukakan. Melalui pengalaman murid dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat dan murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka melakukan proses pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.. Pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri ini akan membantu murid melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.

Pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan

kaedah

ini

juga

dapat

mengembangkan bakat dan kebolehan murid untuk merancang dan mengelolakan sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap berani, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan membuktikan pendapat atau hipotesis yang mereka kemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa halangan dan kekangan yang menyebabkan kaedah inkuiri ini dikatakan gagal atau tidak sesuai diguna pakai dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan sivik. Hal ini timbul apabila subjek Pendidikan sivik hanya dijadikan subjek tulis dan ingat oleh guru-guru dalam pengajaran Pendidikan sivik semata-mata tanpa membabitkan murid berfikir secara berfikrah. Oleh itu, proses pengajaran hanya tertumpu kepada penulisan nota-nota dan menghafal segala nota yang diberi. Murid-murid tidak digalakkan untuk mencetuskan persoalan-persoaln yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan ini memungkinkan kaedah inkuiri digunakan dalam pengajaran.

KELEBIHAN Oleh sebab murid-murid memperoleh jawapan dengan usaha sendiri, ingatan mereka adalah lebih kukuh. Ganjaran yang diperoleh adalah dalam bentuk motivasi Minat murid dalam tajuk atau bidang yang disiasat itu akan bertambah. Strategi ini berperanan di domain aras kognitif tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian. 5. Murid memperoleh kemahiran

KELEMAHAN Ia mengambil masa yang panjang dan pemesongan topik kerap berlaku. Murid-murid biasa mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang. Rumusan yang salah setelah banyak masa dan tenaga telah dicurahkan amat melemahkan semangat murid-murid. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta mendalamn tentang satu-satu mata pelajaran supaya dapat memberikan bimbingan yang berkesan. Ia adalah lebih sesuai bagi muridmurid yang telah mencapai peringkat operasi formal (11-15 tahun ke atas) di mana mereka boleh menggunakan logik untuk memahami kebanyakan perkara serta menyelesaikan masalah secara logik.

serta sikap yang perlu untuk pengajaran kendiri.

6.7

Kesimpulan

Kaedah inkuiri penemuan memberi banyak manfaat dan faedah kepada guru dan murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, namun perbezaan tahap kognitif murid dan keupayaan guru untuk menjalankan kaedah ini menjadi penghalang kepada penggunaan kaedah ini di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai