Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN PENULISAN SEPARA TERKAWAL

Terbahagi kepada tiga jenis :

Penuh terkawal :

100% terkawal; hampir menyerupai peringkat menyalin semula; bertujuan latihan mekanikal semata-mata.

Separa terkawal :

peringkat menghasilkan semula tetapi tidak sepenuhnya; misalnya, mengisi tempat kosong dalam karangan pendek.

Kurang terkawal : peringkat menggabungkan ayat-ayat; berdasarkan garis panduan atau arahan guru.

PENULISAN SEPARA TERKAWAL


Merujuk kepada aktiviti penulisan murid masih dikawal tetapi tidak sepenuhnya penulisan terkawal Murid diberikan peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka dalam latihan yang diberikan.
Penulisan jenis ini dianggap masih pada peringkat rendah memandangkan murid masih belum berupaya untuk meluahkan idea dan pendapat dalam susunan ayat yang gramatis Latihan yang diberikan pada tahap ini hampir sama seperti terkawal dengan sedikit kelonggaran dan pengubahsuaian

PENULISAN SEPARA TERKAWAL

Bentuk latihan karangan separa terkawal :

Melengkapkan tempat kosong dalam karangan pendek menggunakan perkataan sendiri; Menyusun semula perenggan mengikut urutan bagi menghasilkan karangan yang bermakna Membina ayat menggunakan rangkai kata yang diberikan bagi menghasilkan perenggan Membina saoalan atau ayat mudah berdasarkan teks yang dibaca atau gambar tunggal; Menyusun semula ayat bagi menghasilkan perenggan dan seterusnya karangan yang lengkap;