Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Contoh soalan dan latihan (m/s 90) 1. A) Terangkan pembinaan dan prinsip kerja penjana AC dengan bantuan gambarajah Arus ulang-alik AC/AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang sentiasa berubah-ubah arah alirannya mengikut masa, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Perubahan arah aliran ini disebabkan oleh perubahan kutub punca voltan penjana AU yang silih berganti. Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif. Kemudian nilai arus naik kembali ke sifar.
Binaan penjana AC Apabila gegelung pengalir diputar dalam medan magnet, pemotongan urat daya ( fluks magnet) berlaku. Proses ini akan menghasilkan arus aruhan. Maka d.g.e akan teraruh pada pengalir. Arus aruhan yang terhasil ini akan disalurkan melalui sepasang berus yang disambung ke galvanometer
14 Oktober, 2012
Jarum galvanometer akan memesong ke kiri pada setengah pusingan yang pertama dank e kanan pada setengah pusingan yang berikutnya apabila gelung dipusingkan secara perlahan-lahan. Arus aruhan itu bertukar arah bagi setiap separuh pusingan gelung. Ini menunjukan bahawa arus yang terhasil adalah arus ulang alik.
14 Oktober, 2012
KEDUDUKAN
SIFAT
A,C,E
-Gelung pengalir selari dengan urat daya -Tiada pemotongan fluks yang berlaku
B,D
-Gelung bersudut tepat dengan urat daya magnet -Kadar pemotongan urat daya adalah maksimum -Arus aruhan yang terhasil adalah maksimum
-Kedudukan pusingan separuh pertama -Arah arus aruhan adalh bertentangan dengan arus pada kedudukan D
-Kedudukan pusingan separuh kedua -Arah arus adalah bertentangan dengan arus pada kedudukan B