Anda di halaman 1dari 16

STRES

Muhd Mursyid Bin Zulkefli Mohammad Amir Bin Udin

DEFINISI STRES
Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Walter Cannon (1920), menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari ( fight or flight ). Stres juga merujuk kepada perasaan negatif yang dialami oleh individu dari masa ke semasa tetapi berbeza intensitinya bergantung kepada ketahanan individu.

Definisi stres sebagaimana yang dinyatakan oleh Schafer (1996), stres ialah kebangkitan minda dan tubuh badan sebagai tindak balas kepada kehendak-kehendak yang diperlukan ke atasnya. Definisi yang dikemukan oleh tokoh ini juga adalah hampir sama dengan definisi yang dinyatakan oleh Selye (1983) yang menyatakan bahawa stres adalah tindak balas tubuh badan yang tidak spesifik terhadap kehendak-kehendak ke atasnya.

PUNCA STRES
Punca stres dikenali sebagai stressor adalah rangsangan yang bertindak terhadap seorang individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk mengawal, menurut Nariah (1994). Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. Tugas Kuantitatif (jumlah banyak kerja dilakukan) ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakantugas).

Stres boleh berlaku disebabkan : Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan, kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai. Struktur organisasi. Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang Peraturan organisasi yang mengongkong. Perhubungan di tempat kerja.

JENIS STRES
Terdapat dua jenis stres yang utama iaitu yang terdiri daripada stres positif dan juga stres negatif. Stres positif disebut sebagai eustres manakala stres negatif pula disebut sebagai distres. Eustres akan wujud apabila berlakunya perubahan yang diakibatkan oleh stres memberikan kebaikan kepada individu.

Distres pula akan wujud apabila berlakunya perubahan yang disebabkan oleh stres membawa kepada keburukan yang seterusnya mengakibatkan kemurungan dan kebimbangan. Terdapat pelbagai jenis stresor mengikut situasi tertentu seperti : Stresor Normatif Stresor normatif juga disebut sebagai daily hassels iaitu peristiwa stres yang sering berlaku dalam kehidupan seharian seperti aktiviti rutin seharian yang adakalanya memberikan tekanan.

Stresor Non-Normative Stresor ini pula merujuk kepada peristiwa yang jarang berlaku contonhnya seperti bencana alam, kematian orang yang disayangi atau terlibat dalam perkara yang tidak diingini. Stresor Luaran Punca stres yang berpunca daripada faktor persekitaran luaran contohnya adalah seperti gangguan yang diterima daripada orang lain. Stresor Dalaman Punca stres ini adalah daripada dalaman diri individu itu sendiri di mana individu tersebut gagal dalam proses mengadaptasi dirinya dengan suasana yang baru.

Stresor Akut Stresor jenis ini pula adalah berpunca daripada perkara yang memberi kesan kepada individu tersebut namun kesan yang diperoleh hanya kekal dalam sementara waktu sahaja. Stresor Kronik Stresor jenis ini juga adalah berpunca kepada perkara yang memberikan kesan kepada individu namun kesan yang diterima adalah kekal dalam jangka waktu yang panjang contohnya menghadapi penyakit yang serius.

TANDA STRES
Simptom stres boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Tindak balas fisiologi terhadap stres ialah menimbulkan simptomsimptom seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, dan loya (Fatimahwati, 2002) . Tindak balas psikologi terhadap stres pula ialah perubahanperubahan emosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, sedih, gelisah, merasa kecewa dan berputus asa dan murung.

. Menurut Kasmini (1992), antara tanda-tanda psikologi akibat stres ialah tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, suka bersendirian, mudah cemas, cepat marah dan mengalami kemurungan.

CARA MENGATASI STRES


Kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu. seseorang itu perlu tahu mengesan tanda-tanda awal tekanan, memperoleh kemahiran-kemahiran interpersonal dan mengamalkan teknik-teknik mengurangkan tekanan seperti latihan untuk meregangkan otot dan merehatkan minda.

Selain itu guru-guru juga boleh mengamalkan suruhan agama sebagai strategi yang paling berkesan dalam menangani tekanan. Selain itu, tidur juga merupakan cara digunakan oleh pelajar kemahiran hidup untuk melegakan stres kerana dengan tidur guru dapat melupakan sekejap masalah stres yang dihadapi. Seorang guru perlu bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar dengan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan cuba melakukan yang terbaik di dalam sesuatu perkara.

ISU STRES/DATA SAHIH


Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa inventori stres guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Satu laporan dari New Straits Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan bahawa, seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang kebanyakkannya mengajar di sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis atau neourosis).

CARA MENGELAK STRES


Bagi seorang guru, adalah penting bagi mereka untuk memperoleh pengetahuan mengenai pengurusan stres. Menggunakan informasi daripada bahan bacaan mengenai cara pengurusan stres. Mengelak daripada terjerumus ke dalam persengketaan. Mengadaptasi diri sendiri ke dalam suasana stres tersebut.

KESIMPULAN
Pemantauan perlu dibuat ke atas tahap tekanan dari semasa ke semasa. Sebarang peningkatan pada tahap tekanan guru perlu diberi pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh memainkan peranan dalam aspek ini dengan memberikan pendedahan kepada para guru di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai