Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) SIFAT KIMIA BAHAN

Bidang

: Alam Bahan

Tajuk

: Sifat kimia bahan ( asid, alkali dan neutral )

Tahun

: Tahun 5

Masa

: 60 minit ( 2 waktu )

Standard Kandungan

: 2.2 Memahami sifat bahan asid, alkali dan neutral.

Standard Pembelajaran : 2.2.1 mengenalpasti bahan berasid, alkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus. 2.2.2 mengenalpasti rasa bahan makanan berasid, beralkali dan neutral.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyatakan sifat-sifat bagi bahan makanan dan bahan keperluan rumah sama ada berasid, beralkali atau neutral dengan menggunakan kertas litmus atau merasainya.

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, mengeksperimen, membuat kesimpulan, mengelas.

Kemahiran Manipulatif Sains : Menggunakan alatan sains dengan betul, mencuci dan menyimpan alatan sains dengan cara yang betul dan selamat.

Nilai dan sikap: Bekerjasama,mengamalkan kebersihan dan berjimat cermat, berhati-hati.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan ( set induksi )

Guru menyediakan 4 jenis bahan makanan seperti kopi, garam , jus limau dan gula. 4 orang murid dipilih secara rawak untuk merasa bahan tersebut dengan menutup mata.

i Apakah rasa ( kopi / garam /jus limau / gula ) ?

5 minit

ii Apakah perbezaan rasa antara 4 jenis makanan tersebut

Langkah 2

Murid memberikan contoh makanan lain Yang rasanya manis / masam / masin/ pahit / tawar.

i Berikan contoh makanan yang mempunyai rasa masam / masin / manis / pahit / tawar.

Imaginasi

10 minit

Murid membuat hipotesis awal dengan bantuan guru. Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru ke merah Bahan beralkali menukarkan warna kertas litmus merah ke biru. Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru.

ii. Apakah fungsi kertas litmus? iii Ramalkan apakah perubahan yang berlaku kepada kertas litmus apabila diuji pada bahan tersebut?

Langkah 3 Perkembangan

Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas litmus biru dan merah, piring petri, Jus limau, cuka, air gula, air garam, bahan penaik dan air sabun.

i Bahan makanan manakah rasanya masam?

20 minit Guru mengarahkan murid merasai bahan makanan dan bahan keperluan rumah sama ada dengan lidah atau tangan. ( langkah-langkah keselamatan perlu

ii Bahan manakah rasanya Pahit?

iii Bahan manakah rasanya masin, manis dan tawar?

dititikberatkan ) iv Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa masam?

Murid menguji setiap bahan makanan dan bahan keperluan rumah dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah.

Murid mencatatkan hasil keputusan di dalam jadual yang disediakan ( LAMPIRAN 1 )

v. Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa pahit?

vi Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa tawar, masin dan manis? Murid menyatakan perkara yang perlu diubah dalam penyiasatan. vii Apakah yang perlu diubah? Murid menyatakan perkara yang diperhati dalam penyiasatan ini.

vii Apakah yang diperhati ?

Langkah 4 Pelaksanaan

Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka.

berasid

beralkali neutral

15 minit

Guru menerangkan konsep pelajaran hari ini dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat sama ada betul atau salah. Hipotesis yang betul diterima sebagai kesimpulan.

Berdasarkan pemerhatian, murid membuat pengelasan bahan berdasarkan sifat kimia

bahan.

Langkah 5 Penutup

Murid memberi contoh bahan lain yang bersifat asid, alkali dan neutral.

i Berikan contoh bahan lain yang bersifat asid.

10 minit

ii. Berikan contoh bahan lain yang bersifat alkali.

iii Berikan contoh bahan lain yang bersifat neutral.

Murid menyatakan kesimpulan berdasarkan hasil ujikaji.

Murid mengemas dan mencuci alatan yang telah digunakan.

Refleksi

LAMPIRAN 1 Lengkapkan jadual di bawah

PERUBAHAN BAHAN RASA WARNA KERTAS LITMUS SIFAT BAHAN

Kelaskan bahan makanan dan bahan keperluan rumah yang telah diuji mengikut sifat kimia bahan.

BERASID

BERALKALI

NEUTRAL