Anda di halaman 1dari 11

MURID DAN ALAM BELAJAR

EDU 3103

VIDEO KANAK-KANAK BERMAIN

Soalan 1 : Apakah jenis main yang anda perhatikan ?


Kategori-kategori Main :1. Main Occupied 2. Main Solitary 3. Main Onlooker 4. Main Parallel 5. Main Associative

Soalan 2 : Siapakah kanak-kanak yang terlibat ?


Kanak-kanak berumur dalam lingkungan 4 5 tahun. Terdiri daripada 10 orang kanakkanak :- 5 kanak-kanak perempuan dan 5 lelaki.

Soalan 3 : Di manakah aktiviti ini berlangsung ?


Di kawasan taman permainan di sebuah Pusat Penjagaan Kanak-kanak.

Soalan 4 : Apakah perasaan kanakkanak yang sedang bermain dan bagaimana ia dikenal pasti ?
Teruja dengan permainan kereta kecil dan lori yang diberikan oleh guru mereka kanak-kanak masing-masing ingin bermain dengan kereta kecil tersebut. Bosan = Mula hilang tumpuan terhadap permainan kereta kecil tersebut dan lebih tertarik untuk bermain dengan pasir hitam tersebut terdapat kanak-kanak yang meninggalkan kereta kecil mereka dan mula bermain dengan bermain pasir.

Sifat ingin tahu yang tinggi curiosity Seorang kanak-kanak yang ingin merasa pasir tersebut namun dilarang oleh cikgu. Cikgu memberitahu kanak-kanak itu bahawa dia akan sakit sekiranya dia merasa pasir tersebut.

Soalan 5 : Faedah aktiviti main kepada kanak-kanak dari segi fizikal, intelek dan sosio-emosi?
1. Fizikal
Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, deria sentuh, kemahiran motor halus, motor kasar, lokomotor dan nonlokomotor disamping penerokaan alam semula jadi.

2. Intelek Dapat mengembangkan pengetahuan kanakkanak mengenai ciri-ciri pasir secara langsung dan sifat pasir tersebut. Membina kemahiran sosial Membantu mengembangkan sifat inkuiri dalam diri kanak-kanak.

3. Sosio-emosi

Kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain yang berada disekeliling mereka dengan bertanyakan soalan dan bercerita. Belajar berkongsi alatan. Kanak-kanak akan dapat memahami sekaligus melayani keperluan orang lain kerana alatan yang terhad. Akan dapat mempelajari nilai menghargai alam sekitar dan menghormati nilai budaya.

Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai