Anda di halaman 1dari 5

ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat.

Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan. Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah. Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celahcelah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.