Anda di halaman 1dari 1

Bacaan dibaca 100 kali setiap hari pada bulan Ramadhan

Asyhadu al laa ilaaha illalLaah, astaghfirullaah. Nasalukal jannata wa nauuzubika minan naar. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah, aku bermohon keampunan kepada Allah. Kami memohon kepadaMu akan syurga dan kami memohon perlindungan denganMu dari api neraka. Keterangan: Amalan ini berdasarkan hadith yang panjang dari Sayyiduna Salman al-Farisi yang mengatakan: Rasulullah telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir dari bulan Syaban..sehinggalah Baginda bersabda:

Perbanyakkanlah padanya (pada bulan Ramadhan) 4 perkara: 2 perkara yang menyenangkan Tuhanmu dan 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya. 2 perkara yang boleh menyenangkan Allah adalah (i) syahadat (naik saksi) bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah dan (ii) kamu bermohon keampunan (istighfar) kepadaNya. Dan adapun 2 perkara yang sangat kamu memerlukannya adalah (i) kamu memohon Allah akan syurgaNya dan (ii) kamu memohon perlindungan denganNya dari api nerakaNya. Dan sesiapa sahaja memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan member minum kepadanya dari air kolamku yang dengan suatu minuman, dia tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga . (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya, Al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

Semoga Allah menjadikan kita di kalangan mereka yang berpuasa dalamnya dan membangunkan malamnya dan menjadikan kita di kalangan mereka yang diterima amal mereka, Amin

Silakan untuk disebar luaskan


Al-Faqir ilalLahil Qadir, Muhadir bin Haji Joll Sabru, 1 Ramadhan 1433H/ 21 Julai 2012M Petaling Jaya, Selangor