Anda di halaman 1dari 2

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam.

Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis: "Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya r osak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani] Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manf aat kepada kita, insya Allah... 1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka teru s duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan be rjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perka ra ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk b erdiri 2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ?? di mulut, dan ???? di dalam hati. Walhal, l afaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulu t tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ?? ???? . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik). 3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan ma khraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggu nakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat. 4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Mak sud hadis: "Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertan ya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?" "Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad] 5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak ta ngan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya y

ang bermaksud: "Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih] 6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai ya ng tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul k erana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suar a angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterang kan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak. 7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan sa lam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ????????????????? (assalaamu'alaikum warahmatullaah). S ekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ? kepada ?, huruf ?kepada ?, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ??????????????? ?? , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. 8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahu lah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu. 9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk. 10. Dada berpaling dari kiblat

Anda mungkin juga menyukai