Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN KEPADA SENI ORIENTAL INDIA Seni oriental india telah lahir dan berkembang dalam benua India itu sendiri. Kesenian India boleh dibahagikan mengikut zaman kebudayaan, pemerintahan serta

kepercayaan. Ia juga dalpat dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu Harappa,Zaman Vedik,Zaman awal Buddha serta Zaman India Islam. Kesenian India yang sangat unik dari segi sastera,seni bina dan seni arca ini sentiasa biasanya dikaitkan dengan keagamaan dan dikatakan mampu menyumbang kepada pembangkitan spiritual dan keinteklual melalui proses meditasi.Ini menjelaskan kepada seni bina India yang banyak berkisar kepada pembinaan kuil dan tempat-tempat meditasi serta tempat untuk melaksanakan upacara keagamaan.Sejarah ringkas mengenai seni India adalah seperti berikut, pada tamadun Harappa,kebayakan seni yang dihasilkan adalah lebih kepada ukiran batu dan juga seni arca yang dihasilkan daripada tanah liat.Seterusnya pada zaman Vedik,kesenian India berkembang dan dipelopori oleh Kaum Aryan yang menfokuskan kesenian agama yang menjurus kepada ukiran keagamaan dan juga lukisan mengenai kehidupan masa itu.Pada zaman agama Hindu Buddha,hasil seni tampak lebih terserlah dan juga seni tamapk yang terkenal pada masa itu adalah arca arca Buddha yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan juga lukisan kehidupan Buddha serta penganutnya pada masa itu.Bukan itu sahaja, pembinaan stupa-stupa iaitu tempat meditasi Buddha dan juga penganutnya juga giat dijalankan pada era ini. Stupa serta kuil yang dibina melambangkan keagungan seni bina India pada masa itu.Walaubagaimanapun,seni India ini tidak merujuk kepada upacara keagamaan semata-mata. Karya kesenian India juag mempamerkan mengenai keindah flora dan fauna negara tersebut , misalnya karya yang memperlihatkan keindahan gajah dsan juga bunga teratai. Cara hidup , landskap dan percintaan juga seringkali dijadikan tema oleh artis India.

1.1 PENGENALAN SENI UKIRAN GUA AJANTA Gua Ajanta yang terletak di Maharashtra, India merupakan monument gua yang berusia abad ke-2SM telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia (UNESCO). Gua yang berbentuk ladam kuda di sepanjang sungai Waghora ini telah ditemui pada tahun 1819. Pada awalnya, khazanah ini telah ditemui pada tahun 1817 apabila beberapa orang askar British yang pergi memburu di kawasan Sungai Waghora. Sejurus selepas itu, kerajaan British telah menghantar pasukan arkeologi untuk memulakan ekspedesi meneroka gua dan mereka telah berusaha selama 50 tahun untuk meneroka kesemua artifak-artifak yang terdapat di dalam gua gua tersebut. Gua Ajanta tersebut teRdiri daripada lukisan, ukiran serta arca batu yang banyak berkisarkan kepada ritual

keagamaan Buddha. Sekiranya diperhatikan dari luar,Gua Ajanta ini menyerupai gua yang biasa di kawasan pergunungan,namun begitu di dalam gua ini ia menghubungkan 30 buah gua yang sangat luas serta mempunyai ukiran serta lukisan yang sangat tinggi nilai artistik dan estetika.

Gua Ajanta dari pandangan atas Terdapat 30 gua di dalam gagasan gua Ajanta ini dan setiap satu mempunyai keindahan artifaknya yang tersendiri, namun terdapat beberapa gua utama yangdi kenalpasti sebagai gua menyimpan artifak-atrifak utama ataupun tempat yg dikenali 2

sebagai star attraction . Gua 1-16 dikatakan mengandungi lukisan dinding gua yang diperbuat daripada fresco dan juga ukiran- ukiran batu mengenai kehidupan Buddha, jelmaan ataupun kehidupan semula Buddha dan juga mengenai upacara keagamaan serta ritual meditasi yang diamalkan pada masa tersebut.

Ukiran batu di Gua Ajanta

Lukisan fresco di dinding Gua Ajanta

Sesungghnya, pengaruh Hindu Buddha pada masa ini telah banyak menyumbang kepada kesenian dan kesusasteraan seni oriental pada masa itu.Kesemua monument yang dibina untuk tujuan memperingati peristiwa peristiwa yang beraku pada masa masa itu, dan ia mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.Misalnya terdapat lukisan fresco yang menggambarkan kehidupan penganut Buddha dan juga pengikutnya masa itu,bukan itu sahaja uapcara ritual yang dijalankan juga dinaratifkan mengikut knrologi masa pada zaman tersebut. Sesungguhnya ukiran batu pada diding gua tersebut adalah sangat menakjubkan keranan dengan kemudahan yang kurang seperti alatan memahat yang berteknologi tinggi dan juga keadaan gua yang kurang pencahayaan mereka dapat menghasilkan ukiran-ukiran yang sangat atristik.

1.2 APRESIASI SENI MENGIKUT PRINSIP DR EDMUND FELDMAN

Stupa Buddha di Gua Ajanta Peringkat Deskripsi Merujuk kepada hasil karya tampak yang dipilih, seni bina India ini mempunyai nilai artistik yang sangat tinggi. Mandira Sharma dalam penulisannya yang bertajuk Disquisitions on the Paintings of Ajanta menjelaskan bahawa karya serta seni bina yang terdapat pada monument di dalam gua Ajanta terutamanya Stupa ini adalah mengenai representasi kebudayaan dan kepercayaan pasa masa tersebut. Stupa Buddha in bina daripada batu,ataupun diukir daripada batu kapur yang terdapat dalam gagasan Gua Ajanta ini. Elemen utama yang ditekankan dalam penghasilan Stupa ini adalah patung Buddha yang terdapat dalam ruangan yang berbentuk khubah itu, di 4

sekitar stupa utama tersebut terdapat tiang-tiang yang juga berperanan sebagai sebahagian daripada hasil seni bina yang mempamerkan keindahan seni ukiran oriental India pada masa tersebut. Melihat pada unsur jalinan sentuh yang digunakan dalam menghasilkan ukiran pada permukaan stupa, atap gua dan juga tiang-tiang disekitar stupa tersebut,boleh dikatakan bahawa jalian yang terdapat itu bermotifkan flora, fauna dan juga figura. Sekiranya diperhatikan dengan lebih mendalam, dapat dilihat pada bahagian bawah Stupa, terdapat dua ukiran figura yang berperanan sebagai penjaga Buddha. Ini menjelaskan mengenai kehidupan Buddha dan juga masyarakat pada masa tersebut yang sangat mementingkan upacara serta ritual keagamaan. Justeru, apabila stupa ini dibina sebagai tanda peringatan, turut dimasukkan unsur kepercayaan tersebut disana. Dari segi penggunaan ruang pula, pembinaan ini telah mengeskplotasi penggunaan ruang sebaikanya. Ini kerana, struktur stupa terbebut berada di posisi yang strategik dimana ia mempamerkan keseimbangan di dalam

ruang tersebut. Stupa didirikan dari dasar gua,iaitu lantai gua dan dibina meninggi keatas, kearah bahagian atas gua, dihiasi dengan ukiran dan arca batu diatas kubah stupa tersebut. Disekitar stupa tersebut, terdapat beberapa tiang yang besar yang juga diukir dengan ukiran serta arca naratif yang menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang zaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa pengkarya telah memasukkan unsur kepelbagaian dalam karyanya dengan mempelbagaikan contoh arca dalam ukiran pada tiang tersebut. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan variasi contoh arca dan ukiran, pengkarya tetap menitikberatkan elemen kesatuan dan keharmonian. Ini dapat dibuktikan melalui keindahan dan kesatuan yang digambarkan oleh stupa tersebut apabila dilihat secara menyeluruh. Bentuk binaan pada stupa ini adalah olahan bentuk 3 dimensi iaitu bentuk yang dapat dilihat daripada pelbagai sudut,serta mempunyai bentuk timbul. Contohnya, pada ukiran pada bahagian atas tiang yang terdapat disekitar stupa serta arca Buddha yang menjadi penegasan dalam karya ini sendiri. Melihat pada gaya karya pada masa tersebut boleh dikatakan sebagai gaya yang menyerupai gaya realistik dan juga bersifat naratif. Ini kerana merujuk kepada Himanshu Prabha Ray dalam bukunya Questioning Art History : Locating Religious Identities dalam konteks kajian arkeologi dan seni bina dalam Asia,kebayankan 5

monument yang dibina adalah untuk menceritakan keindahan dan urutan peristiwa yang berlaku pada zaman tersebut. Peringkat Analisis Prinsip-prinsip seni yang digunakan oleh pengkarya dalam

pembinaan stupa ini sangat berkait rapat dengan komposisi stupa tersebut. Pertama sekali, jalinan sentuh yang terdapat pada hampir kesemua permukaan stupa ini dan juga pada tiang mempunyai fungsi dan dapat menyampikan mesej yang tertentu, Ini bermaksud, jalinan yang terdapat dapat ukiran di atas tiang stupa yang menyerupai motif flora, fauna dan figura ini menyimpan maksud yang tersendiri. Dari aspek pengolahan bentuk, penggunaan bentuk tiga dimensi telah diberikan keutamaan dalam penghasilan karya dengan memasukkan unsur bentuk timbul. Ini dapat dilihat pada arca Budhha yang menjadi penengasan dalam karya ini dan juga sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, ukiran pada bahagian atas tiang juga dihiasi dengan arca naratif yang menceritakan tentang kisah hidup Buddha. Arca ini dikenali sebagai arca relief dan ianya dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Selain itu, dari aspek penggunaan ruang pula, pengkarya telah menggunakan imbangan bagi memberikan timbangan yang nyata kepada keseluruhan karya tersebut.Jenis ruang ini dipanggil sebagai ruang konkrit dan kedalaman ruang boleh dirasa kerana ia terdapat dalam ruang sebenar. Jarak antara objek yang diagambarkan adalah jauh dan ketara. Misalnya,ruang anatara stupa utama dan tinang-tiang disekeliling adalah nyata dan dapat dirasai. Di sini, imbangan simetri gunakan bagi memberikan persamaan ruangan kedua belah kiri dan kanan stupa utama dengan mengambil kira titik perspektif dihasilkan melalui aturan tiang tersebut.Mengambil kira kedudukan aras mata dalam ruang aspek perspektif, pengkarya telah menentukan titik lenyap pada kedudukan yang betul iaitu pada bahagian belakang stupa. Ini dapat memberikan stupa Bukan itu sahaja, penggunaan imbangan simetri pada stupa ini menunjukkan bahawa walaupun terdapatnya kepelbagaian dalam bentuk dan arca ukiran yang diketengahkan dalam karya ini, pengkarya tetap memasukkan unsur imbangan bagi memerikan satu komposisi formal kepada karya ini.

Peringkat Interpretasi Tafsiran mengenai pembinaan stupa ini mempunyai pengaruh keagamaan yang sangat tinggi. Ini kerana,secara dasarnya agama memainkan peranan yang sangat penting dalam kesenian oriental di Asia, terutamanya dalam seni India.Oleh itu,apabila didalami maksud yang cuba disampaikan melalui pembinaan Stupa ini,faktor kebudayaan merupakan makna dan maksud yang cuba disampaikan oleh pengkarya melalui pembinaan dan juga ukiran yang dibuat pada stupa dan juga di bahagian tiang yang terdapat disekeliling stupa. Bukan itu sahaja dalam sejarah seni, kebudayaan dalam sesebuah masyarakat dapat membentuk satu tamadun. Ia terbentuk melalui falsafah dan pandangan sesebuha masyrarakat. Ini bermaksud,dalam mengembangkan seni oriental dan juga kesenian pertukangan pada masa tersebut pengkarya yang menghasilkan dan membina stupa tersebut. Stupa ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu falsafah dan pandangannya yang tersendiri mengenai kehidupan pada masa itu. Pengkarya telah menghasilkan stupa dan membuat ukiran pada arca tersebut berdasarkan kepada pengalaman hidupnya, falsafah, serta ia adalah gambaran kepada kehidupan yang berbentuk spiritual dan fizikal. Maksud yang ingin disampaikan oleh pengkarya adalah jelas dan tersurat, iaitu kronologi peristiwa keagungan ajaran Buddha,kemahsyuran Buddha itu sendiri. Bagaimana Buddha dilihat sebagai satu pengaruh yang sangat kuat pada masa tersebut. Stupa yang mempamerkan monument Buddha dibina dalam satu gua yang sangat luas dan diletakkan di kawasan lapang di runagan gua tersebut dan diberikan keutamaan yang sangat tinggi. Apabila melihat karya ini, audiens secara langgung akan dapat memahami makna yang cuba disampailkan oleh pengkarya berdasarkan penyusunan inej tampak yang sangat jelas Terdapat dua kaedah pengolahan karya melalui representasi dapat dilakukan,iaitu kaedah dialong dan juga kaedah naratif. Persolan yang dikemukakan dalam seni bina Stupa ini adalah tujuan serta maksud ukiran dan juga pembinaan arca pada Stupa ini. Secara ringkasnya, apakah tujuan monumen ini dibina dan analisis mengenai pembinaanya. Menurut kajian Walter M. Spink dalam bukunya Ajanta: The End Of Golden Age, Stupa ini dibina oleh pengikut Budhha yang kebanyakkannya 7

terdiri daripada rakyat biasa,sami-sami Buddha dan juga pemerintah pada masa tersebut untuk mengekalkan ajaran dan urutan peritiwa yang berlaku sepanjang kehidupan Buddha. Ini kerana, pengajaran Buddha telah memberikan impak yang besar dalam penyebaran agama Buddha dan kepercayaan tunggak keagamaan dalam masa itu. Oleh yang demikian, kesemua pengajaran-peritiwa ketika Budhha masih hidup, pengajarannya dinaratifkan dalam bentuk ukiran dan arca agar ianya dapat dikekalkan buat selamanya. Pada ukiran diatas tiang yang mengelilingi Stupa ini, gaya penampilan yang ditonjolkan oleh pengkarya ialah kemahiran pertukangan yang sangat mahir dan agugng. Ini kerana, walaupun terdapat kekangan dalam kecanggihan pengguanna bahan ukuran dan juga pendedahan teknologi mengenai ukiran batu dan pembuatan arca,mereka tetap dapat menghasilkan monument daripada batu dan juga mengukukir dinding gua tersebut dengan artistik. Bersifat realistik, kebanyakan arca tersebut dapat menyampaikan emosi dan maksud pengkarya mennerusi karyanya.Ini bermaksud, meneliti arca dan stupa tersebut, kita dapat merasa nilai keagamaan yang cuba dilahirkan oleh pengkarya dan juga memahami pertalian dalam keindahan dan keagungan kepercayaan dalam agama Budhha dan kepentingan menghayati dan mengikuti serta mengamalkan ajaran tersebut.Secara ringkasnya, dalam penghasilan karya ini pernytaan serta mood pengkarya adalah sangat eksplisit dan bersifat sangat fokus,terarah iaitu ingin menonjolkan keindahan Buddha pada masa tersebut. Peringkat Pertimbangan Setelah, meneliti kesemua elemen yang dibicangkan dalam tiga elemen yang digariskan oleh Dr Edmund Feldman,apa yang dapat diputuskan melalui perhitungan daripada pemerhatian dan analisis terhadap pembinaan Stupa yang merupakantanda perigatan keagungan Buddha adalah seperti berikut. Dari aspek ekspresif,pengkarya telah berjaya menyampaikan tujuan penghasilan karya kepada umum,iaitu audiens. Oleh itu,stupa yang dibina dengan mengambil kira kesemua aspek seni dan juga bahasa visual yang menjadi kunci utama dalam penghasilan karya seni ini bukan sahaja bersifat artistik tetapi juga mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Stupa ini bukan sahaja bahan hiasan yang sangat halus pembuatannya namun 8

menyimpan makna yang mendalam dan juga konkrit yang perlu disebarkan kepada umum.Justeru, apabila ditimbang dari segi instrumentalismenya,ia boleh dikatakan sebagai satu hasil seni yang berjaya menjadi satu alat dalam konteks masyrakat dan negara,lebih luas lagi dalam konteks agama,kebudayaan serta kepercayaan. Ia berjaya membawa kita kembali ke satu tamadun yang sangat berbudaya pada masa lampau.

2.0 PENGENALAN KEPADA SENI PERIBUMI SARAWAK Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan. Pengkarya seni primitif adalah pengkarya yang mengikut kehendak masyarakat. Mereka disuruh mendamaikan kuasa hidup.

supernatural atau memberi kegemilangan

kepada orang yang masih

Kadangkala, mereka juga disuruh menghalang penyakit daripada merebak. Di dalam masyarakat yang mengamalkan Animisme, leluhur dan kuasa supernatural dipercayai boleh mempengaruhi perubahan dan kesejahteraan fizikal dan ekonomi

masyarakatnya. Maka, penghasilan karya kemungkinan dapat menolong membetulkan suasana kehidupan manusia. Mereka secara halus cuba sedaya upaya untuk memanipulasi kuasa-kuasa yang mengelilingi mereka. Interpretasi kesenian ini jelas sekali dilihat dalam penghasilan kesenian kraf penduduk pribumi Sarawak sehinggalah datangannya pengaruh baru yang memperkenalkan kepentingan lain kepada keperluan diwujukan kerja seni yang mempunyai makna dan kegunaan yang berbeza. Bukan atas dasar seperti yang disebut sebelum ini tapi semata-mata atas keperluan pribadi atau secara suka-suka. Rakaman pemandangan dan dan interpretasi terhadap alam semulajadi menjadi subjek-subjek yang diminati atas dasar yang jauh berlainan dengan pemahaman falsafah pribumi Sarawak. Dalam konteks baru ini alam tidak lagi digambarkan untuk menenangkan elemenelemen spirtiual dan leluhur. Penghasilan sesuatu yang indah dan menarik keinginan untuk menguasai sesuatu yang baru selagi tidak bercanggah atau mencabar kepercayaan, dengan mudah diterima oleh masyarakat yang sudah sedia ada punya falsafah keindahan tersendiri dan memahami nilai estatik yang membawa kebaikan.

10

2.1 PENGENALAN PASU SARAWAK Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari. Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin. Malah di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa. Cara untuk menghasilkan barang-barang tembikar tradisional ini pada dasarnya sama seperti cara yang digunakan di Semenanjung. Yang berbeza cuma corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Pada awal abad kesembilan belas, seni Mengukir pasu Sarawak tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan

pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.

11

2.2 APRESIASI SENI MENGIKUT PRINSIP DR EDMUND FELDMAN

Pasu Sarawak

Peringkat Deskripsi

Merujuk kepada hasil karya tampak yang di pilih, dapat dilihat bahawa pengkarya telah memasukkan banyak elemen unsur seni dan prinsip rekaan. Sekiranya dikupas dari aspek bahasa visual,dapat dilihat bahawa pengkarya telah memasukan banyak elemen yang digariskan dalam penghasilan karya tampak yang bersepadu. Unsur seni yang dapat dilihat dengan jelas disini ialah unsur garisan.Beberapa jenis garisan telah digubah dan dimasukkan di dalam karya ini,garisan melengkung,melintang dan juga garisan titik telah digunakan untuk menimbulkan corak dan menghasilkan motif pada permukaan pasu sarawak ini.Rata-rata garisan juga bersifat tegas, kerana pengkarya ingin menimbulkan jalinan yang jelas dan konkrit pada pasu tersebut.Selain, sifat 12

garisan yang licin juga terdapat pada bahagian lekuk pasu ini. Kualiti garisan yang digunakan akan menimbulkan ilusi visual ruang pada sesuatu karya,oleh itu,pengkarya telah menggunakan garisan ini dengan sebaiknya bagi menyampaikan apa yang

terdapat pada karya ini. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek,dan terdapat dua jenis jalinan. Pada permukaan pasu Sarawak ini, pengkarya telah menimbulkan jalinan sentuh.Jalinan ini dapat dirasa dan dikesan menggunkan deria sentuhan.Sifat jalinan yang diketengahkan pada hasil karya ini ialah jalinan tiruan dan juga jalinan rekaan. Misalnya pada motif yang diukir pada pasu tersebut,pengkarya telah memasukkan elemen jalinan tiruan, iaitu motif sarawak yang telah wujud bertahun-tahun lamanya. Pasu Sarawak ini berbentuk tiga dimensi dan ia wujud dalam ruangan yang nyata ataupun sebenar.Pasu ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan berbentuk seperti pasu yang biasa dihasilkan oleh masyarakat Sarawak yang juga dikenali sebgai tajau.Penggunaan warna kroma wujud dalam hasil karya ini.Pengkarya telah menggunakan campuran warna penggenap untuk menghasilkan nilai ukuran warna tersebut.Dari segi imbangan,pengkarya telah menimbulkan imbangan tidak simetri yang bersepadu dengan bahagian atas pasu yang lebih kecil.Kepelbagaian corak dan motif telah dimasukkan bagi menimbulkan vasriasi pada permukaan pasu Sarawak ini. Peringkat Analisis Komposisi yang terdapat pada karya ini adalah sangat bersifat artistik. Prinsipprinsip seni telah digunakan bagi menghubungkan imej dan bentuk dalam mencari pertalian dalam sesuatu karya. Dalam pasu ini,pengkarya telah menggunakan pelbagai jeni sgarisan untuk menimbulkan imej pada pasu tersebut. Penggunaan garisan seperti garisan melengkung pada motif gelung nunga tapang bubur dan juga motif gelung bekaul telah diolah bagi menunjukkan keindahan motif-motif tradisional kaum Sarawak. Selain itu,penggunaan garisan yang melintang digunakan bagi meberikan saru sempadan pada setipa bahagian pada pasu tersebut, ini memberikan satu kemasan pada permukaan keseluruhan pasu ini. Motif-motif tersebut telah diukir pada

permukaan tembikar ini ketika tanah liat tersebut masih basah dan boleh dibentuk. Seterusnya,tembikar tersebut dibakar pada suhu yang tinggi bagi mengekalkan unsur 13

motif timbul itu. Bukan itu sahaja, dari aspek penggunaan jalinan pengkarya telah mengukir motif -motif bagi menimbulkan jalinan sentuh apabila dirasa pada permukaan pasu itu. Jalinan yang konkrit dibuat melalui penggunaan teknik mengukir tanah

liat,pengarkya telah mempamerkankan kemahirannya yang tinggi dalam aspek ini. Selain itu, dari aspke bentuk tembikar, bentuk labu tela teh dipilih . Labu tela ini merupakan tembikar yang pada asalnya digunakan untuk menyimpan air. Labut tela ini berbentuk kecil pada bahagian atas dan membesar pada bahagian dasarnya.Namun begitu,tembikar yang dipiilih ini bersifat kontemporari dan digunakan untuk dijadikan hiasan dalam ataupun luar rumah.Bukan itu sahaja, melihat kepada penggunaan ruang pula, pengkarya telah menggunakan imbangan bagi memberikan timbangan yang nyata kepada keseluruhan karya tersebut.Jenis ruang ini dipanggil sebagai ruang konkrit dan kedalaman runag boleh dirasa kerana ia terdapat dalam ruang sebenar. Motif-mtof yang diukir itu berjaya menimbulkan ruang di dalam permukaan tembikar tersebut. Akhir sekali,merujuk kepada penggunaan warna korma, warna in imerupakan warna yang sangat sesuai kerana warna asal tanah liat yang bersifat kroma itu, menimbulkan lagi pemilihan warna coklat kehitaman oleh pengkarya.Keseluruhannya, pengkarya telah mengolah ilmu bahasa tampak dalam penghasilan karya ini dengan baik dan teliti. Peringkat Interpretasi Sekilas pandang, dapat dikatakan bahawa tembikar ini membawa pengaruh kesenian tradisional sarawak yang sangat tinggi nilai budayanya. Ini kerana, apabila didalami motif dan corak yang banyak digunakan dalam barangan kehidupan seharian masyarakat sarawak.Tujuannya adalah nyata, iaitu sebagai satu objek perhiasan samada boleh dijadikan sebagai perhiasan kontemporari ataupun

tradisional.Walaubagaimanapun,pada asalnya tembikar ini mempunyai fungsi dan makna yang lain iaitu sebagai bahan utama dalam ritual tradisional.Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakkan bekas seramik sarawak ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Namun begitu, dalam hal ini tembikar tersebut dikenali sabagai kraft tembikar dimensi baru dan pengkarya telah menghasilkan tembikar yang mempunyai garisan dan lorek yang terang dan tersusun selaras dengan elemen14

elemen yang terdapat pada kraft kontemporari. Malah, sekiranya diperhatikan kesan tekanan pada motif corak yang ingin ditimbulkan juga adalah nyata dan teratur. Ini menunjukkan kemahiran mengukir dan memebentuk yang tinggi pada pengkarya. Pasu ini bersifat realistik, kebanyakan ukiran pada tembikar tersebut dapat menyampaikan emosi dan maksud pengkarya mennerusi karyanya. Ini bermaksud, meneliti ukiran tersebut, kita dapat merasa nilai kebudayan yang cuba dilahirkan oleh pengkarya dan juga memahami pertalian dalam keindahan dan keagungan dalam budaya masyarakat Sarawak. Peringkat Penilaian Tembikar Sarawak ini merupakan satu kraft tradisional yang mempunyai nilai kebudayaan dan kesenian yang sangat tinggi nilainya. Oleh itu, setelah

mempertimbangkan ketiga-tiga elemn yang dibincangkan oleh Dr. Edmund Feldman dapat disimpulkan bahawa penghasilan tembikar ini adalah sempurna dan holistik dari segi formalism,ekspresivisme dan juga intrumentalisme. Keindahan kebudayaan jelas terpamer pada permukaan tembikar ini, oleh itu dari segi formalism,dapat dikatakan bahawa ianya mempunyai kesemua elemen keindahan ukiran yang mempamerkan budaya serta sempurna pembuatanya jika dinilai dari sudut bahasa tampak. Unsur seni dan prinsip rekaan telah ditimbangkan dalam pembuatan tembikar ini. Menilai dari aspek ekspresif, pengkarya telah berjaya menyampaikan niat mengenai keindahan kebudayaan pribumi Sarawak.Motif-motif seperti gelung nunga tapang bubur dan juga motif gelung bekaul telah diolah dan disusun dengan cantik untuk melambangkan kecantikan dan keunikan masyarakat pribumi di Sarawak. Bukan itu sahaja, ketelitian pengkarya mengukir permukaan tembikar juga terserlah dengan wujudnya jalinan yang sangat kemas dan teratur pada tembikar tersebut. Akhir sekali, tembikar ini mempunyai nilai instrumentalisme kerana ia bukan sahaja bersifat artistik malah memepunyai nilai estetika. Ia berfungsi sebagai bahan hiasan dimana ia boleh digunakan sebagai pasu bunga ataupun sebagai satu lambang kepada kebudyaan Sarawak. Sekiranya seseorang melihat pasu ini, secara langsung mereka dapat tahu bahawa ia adalah tembikar Sarawak berdasarkan ukiran motifnya. Justeru, kesimpulannya dapat dikatakan bahawa pasu Sarawak ini adalah sangat bersepadu pembuatannya. 15

3.0 RUMUSAN

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining .Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni perlu beranggapan bahawa Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja tetapi juga mementingkan aspek apreasiasi dan kritikan seni. Apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka . Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga boleh dilihat sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Guru seni mestilah menerapkan kualiti mengetahui dan menghayati betapa pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni. Bukan itu sahaja,sebagai bakal guru seni saya telah mempersiapkan diri saya dengan ilmu meneliti dan menhayati karya seni dari pelbagai sudut pandangan. Dengan itu saya akan dapat kesan positif kepada masyarakat kita akan mempunyai satu pandangan perspektif yang baru terhadap keindahan seni. Masyarakat harus faham bahawa menghayati dan mengapresiasi sesuatu karya seni mmerlukan satu disiplin yang khusus. Kesimpulannya, semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Menilai sesuatu karya yang tidak mengikuti etika yang sebenarnya menjuruskan pengemar seni kepada satu garis pemisahan yang besar.

16

4.0 REFLEKSI KENDIRI

Tugasan sejarah dan apresiasi seni ini telah mengajar saya banyak ilmu baru. Sepanjang saya memembuat kajian sebelum menghasilkan penulisan ini dan juga ketika saya membuat kerja kursus ini saya telah pelajari bahawa apresiasi seni merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dalam seni. Apresiasi seni bukan sahaja membantu dalam memantapkan perkembangan seni dari aspek pengkarya dan audiens malah ia membantu dalam penyuburan kendiri.

Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada membuat kerja kursus ini,dan saya akan memanfaatkan ilmu tersebut sebaiknya ketika saya mengajar kelak. Pertama sekali, saya dapati bahawa dengan mendalami ilmu mengenai apresiasi dan pendekatan sejarah seni visual saya dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna yang terseurat dan tersirat dalam sesuaru karya. Ini akan membantu saya apabila saya mengajar disekolah kelak,saya dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang lebih dinamik dengan mengaplikasikan ilmu ini di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, dengan membuat kajian yang mendalam mengenai seni oriental India dan juga seni peribumi sarawak,saya telah memahami dan menghayati perubahan-perubahan persepsi,fungsi mahupun makna yang berlaku terhadap sesuatu karya.

Malah saya telah menikmati keindahan karya yang dihasilkan pada zaman keagungan seni oriental dan ia telah mendorong dan memberikan saya inspirasi untuk berkarya. Selain itu, dengan membuat kajian mengenai latar belakang kesenian peribumi sarawak saya mendapati bahawa rakaman pemandangan dan interpretasi terhadap alam semulajadi menjadi subjek-subjek yang diminati dalam penghasilan 17

karya sarawak. Ini menjelaskan mengenai keindahan dan keunikan khazanah alam yang terdapat di negara kita. Secara tidak langsung, saya telah dapat menanamkan semangat cintakan tanah air dan juga menghargai alam sekitar.

Terdapat beberapa kelemahan yang telah dapat di kenalpasti sepanjang penghasilan kerja kurus ini. Antaranya ialah masalah kekurangan bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat. Rata-rata maklumat yang saya perolehi untuk kerja kurus ini adalah daripada internet, walaupun saya ada membuat rujukan buku daripada buku yang di dapati dari pusat sumber,ia tidak mencukupi. Bagi membuat kajian mengenai seni oriental India, saya menghadapi masalah untuk mencari buku-buku serta jurnal yang berkaitan dengan maklumat tersebut. Selain itu,hampir kebanyakan maklumat yang didapati adalah dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, saya terpaksa menterjemahkan satu per satu maklumat yang saya perolehi itu. Proses tersebut melambatkan progress penghasilan kerja kursus.Saya juga menghadapi masalah untuk mencari suber rujukan yang mantap,misalnya saya sukar untuk mencari buku yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan masyarakat Sarawak. Maklumat tersebut adalah sangat penting bagi saya untuk membuat kajian latar belakang mengenai motif-motif yang terdapat pada Pasu Sarawak serta maksud tersurat dan tersirat. Kesemua kelemahan yang telah diketengahkan ini diharapkan dapat dibaiki untuk meningkatkan lagi kualiti datang. kerja kursus pada masa yang akan

Bagi

meningkatkan beberapa

lagi

kualiti

kerja

kursus

pada

masa

yang

akan dibuat.

datang,terdapat

cadangan

penambahbaikan

yang

boleh

Antaranya,perancangan yang lebih rapi bolehlah dibuat untuk proses pencarian maklumat sebelum memulakan penulisan kerja kursus. Maksudnya, sekiranya maklumat dan rujukan untuk menghasilkan penulisan yang smepurna dalah 18

kurang,sebaiknya topik yang lebih mudah dan banyak rujukan serta maklumatnya bolelah dipilih. Dalam hal ini,sekiranya saya telah memilih seni oriental Islam, bahan rujukan dan maklumat adalah lebih mudah didapati dan saya bolehlah menghasilkan satu kerja kurus yang mantap dan baik.

Disediakan oleh , ........................................... (S Shantene Silvasarathy Naidu )

19

BiBLIOGRAFI Rujukan Internet 1. http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_art 2. http://www.indiaartfair.in/ 3. http://en.wikipedia.org/wiki/Ajanta_Caves 4. http://ajantacaves.com/ 5. http://ajantacaves.com/html/ajanta%20caves%20detailed.asp Rujukan Buku 1. Mitter, P. (2001).Indian Art. United Kingdom: Oxford University Press, Incorporated. 2. James,C. (1994). The Art and Architecture of the Indian Subcontinent.United Kingdom: Yale University Press.

3. Vijay Vindara . (1990). Indian Art. Kerala: Johara Publications . 4. Rajesh Sigh ( 2012). An Introduction to Ajanta Caves with Examples of Six Caves. Mumbai: Hari Sena Pressd

20

Anda mungkin juga menyukai