Anda di halaman 1dari 11

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun ( Melayu, Cina, India dan Jepun )

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - JEPUN

Berlaku melalui Korea semasa zaman Raja Pakche. Penghantaran penasihat dan tukang mahir menyalur kemahiran tulisan Cina dan peleburan logam. Pemberian doktrin dan patung Buddha. Shotoku Taishi ialah tokoh penting yang telah memperkukuh kedudukan agama Buddha di Jepun

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - JEPUN


Penyebaran ajaran Konfusiansme ke Jepun berlaku kira-kira pada abad ke-3 masihi. Sistem pentadbiran berpusat Dinasti Tang menjadi model pentadbiran Jepun. Struktur pembinaan bandar di Jepun dipengaruhi oleh struktur pembinaan bandar di China.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - INDIA


Berlaku kira-kira pada abad ke-2 SM. Hasil interaksi tidak jelas. Penyebaran agama Buddha ke Negara China pada masa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak interaksi.

Agama Buddha yang berkembang di China ialah agama Buddha Mahayana.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - INDIA


Selain itu, beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam Tamadun China. Teknologi membuat gula juga diperolehi. Semasa Dinasti Sui, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Kesusasteraan turut terhasil daripada interaksi Tamadun India dan China. Contohnya Kitab ajaran agama Buddha.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - INDIA


India memperolehi beberapa ciptaan sains dan teknologi China seperti teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - MELAYU


Hubungan berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-3 masihi. Hubungan berlaku dengan dua suasana: aman dan peperangan. Kemuncak hubungan ialah semasa zaman kesultanan Melaka (1400-1511). - Perutusan wakil - Perkahwinan

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA - MELAYU


Kesan interaksi lebih kepada : 1. Pengenalan beberapa barangan (sutera, porselin, tembikar) 2. Makanan (taugeh, tauhu, kicap, sayuran)

3. Teknologi (bahan letupan, pembuatan gula, perlombongan dan pertukangan logam)

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU - INDIA


Berlaku secara aman sejak awal abad masihi. Penyebaran agama Hindu dan Buddha. Konsep devaraja iaitu meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU - INDIA


Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Undang-undang Hindu juga digunakan dalam undang-undang Melaka dan Perundangan Palembang.

Rujukan Perpustakaan dan internet


Catatkan maklumat tentang: 1. nilai-nilai universal antara tamadun. 2. persamaan dan perbezaan antara tamadun Melayu, tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Jepun dari aspek Teologi, Etika, Politik dan negara dan Institusi.

Anda mungkin juga menyukai