Anda di halaman 1dari 2

Jessica Bongsam 4 PISMP SAINS

Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pada era globalisasi kini, teknologi banyak digunakan dalam bidang pertanian, perindustrian termasuklah dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan diguna pakai oleh guru dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia digabungjalin bersama kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan teknologi pendidikan ialah ia dapat meningkatkan tahap kognitif pelajar daripada pemikiran konkrit ke abstrak. Ia membantu pelajar dalam keupayaan untuk membuat pemerhatian serta menghasilkan kepelbagaian idea-idea dalam subjek khususnya Matematik dalam berbentuk nombor, grafik dan simbol . Sebagai contoh, pelajar dapat menggunakan perisian geometri untuk menyiasat hubungkait antara lilitan dan diameter sebuah bulatan. Mereka boleh mengukur beberapa objek bulat dan merekodkan lilitan dan diameter (perwakilan berangka). Di samping itu, teknologi juga penting dimana ia dapat memberikan gaya pembelajaran yang berbeza dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Tamsilannya, pelajar yang bekerja dalam persekitaran pembelajaran secara kolaboratif dapat menghasilkan produktiviti yang baik apabila teknologi diterapkan dalam pengajaran. Teknologi juga penting apabila digunakan untuk menyediakan peluang-peluang pembelajaran jarak jauh kepada pelajar yang tidak dapat mengakses kepada kursus yang ditawarkan. Teknologi pendidikan juga penting dimana ia dapat meningkatkan keupayaan intelek dan kreativiti pelajar. Sebagai contoh, komputer mampu mengaktifkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan pengguna. Komputer memberikan persekitaran pembelajaran berasaskan masalah iaitu problem solving dimana ia dapat membantu pengguna untuk memohon diri mereka dengan cara yang kreatif dan memperoleh aktif bukannya pengetahuan pasif. Kesimpulannya, penggunaan teknologi amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya.

Jessica Bongsam 4 PISMP SAINS


Dr. Ede O.S. Iyamu,Dr. S.E. Aduwa Ogiegbaen. (n.d.). ASSESSMENT OF THE USE OF EDUCATIONAL TECHNOLOGY BY SOCIAL STUDIES TEACHERS IN SECONDARY SCHOOLS IN WESTERN NIGERIA. Retrieved from http://www.ascilite.org.au/ajet/ejist/docs/vol8_no1/commentary/assess_ed_tech.htm

Valdez, G. (2005). Critical Issue: Technology: A Catalyst for Teaching and Learning in the Classroom. Retrieved from North Central Regional Educational Laboratory: http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/methods/technlgy/te600.htm