Anda di halaman 1dari 1

1.

2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Semasa menjalani praktikum fasa 1, saya telah diberikan peluang untuk mengajar murid tahun 3 dan tahun 4 bagi subjek Sains. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati kurangnya penglibatan murid. Hal ini jelas dilihat semasa saya mengajar tajuk ciri-ciri khas haiwan. Murid kelihatan bosan semasa saya sedang mengajar. Perkara yang sama juga terjadi semasa pengajaran topik magnet bagi murid tahun 3. Kebanyakan murid saya bermain dan berbual dengan rakan semasa saya sedang mengajar. Semasa praktikum fasa tiga, saya telah diberi peluang untuk mengajar murid Tahun 4 Cerdik. Kelas 4 Cerdik merupakan kelas terakhir bagi tahun empat. Masalah yang dihadapi semasa praktikum fasa satu berulang kembali semasa praktikum fasa ini. Semasa kali pertama mengajar murid kelas ini bagi topik keperluan asas tumbuhan, saya dapati murid kurang memberikan tumpuan. Ada di antara mereka yang berkhayal semasa saya sedang mengajar. Ada juga di antara mereka yang berbual-bual dengan rakan. Ada pula yang memandang saya dengan pandangan kosong. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi ini, timbul pelbagai pertanyaan dalam diri saya berkenaan mengapa perkara ini berlaku, Saya cuba merefleksi diri saya. Apakah yang menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya? Adakah cara saya mengajar tidak bersesuaian dengan tahap murid saya? Adakah kaedah yang saya gunakan tidak bersesuaian dengan cara belajar mereka? Adakah mereka berasa bosan dan tidak seronok semasa saya mengajar? Semasa menjalani praktikum sebelum ini, saya mendapat kelas pertama atau kelas kedua. Ini merupakan pengalaman pertama mengajar kelas terakhir. Saya berandaian masalah yang saya hadapi ini mungkin berpunca daripada kaedah penyampaian saya yang kurang berkesan. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk berbincang dengan guru Sains mereka tentang masalah yang dihadapi. Hasil daripada perbincangan tersebut, saya dapati murid Tahun 4 Cerdik ini merupakan murid berpencapaian sederhana dan lemah. Lebih merumitkan lagi, saya mendapati terdapat beberapa orang murid pemulihan dalam kelas tersebut

Anda mungkin juga menyukai