Anda di halaman 1dari 7

Tajuk: Negara kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara.Terangkan kebaikankebaikan yang terjelma melalui langkah kerajaan ini.

Sememangnya negara kita telah memberi penekanan yang ketara terhadap aspek perindustrian terutama sejak awal tahun 80-an yakni era pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed. Penekanan ini sejajar dengan dasar kerajaan kita untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Namun, perindustrian memang membawa pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat tanpa sebarang pertikaian lagi. Kebaikan yang dibawa oleh perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor industri negara telah berjaya menghasilkan produk tersebut pada harga yang lebih murah. Situasi ini turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana kurang wang diperlukan untuk membayar harga barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor lain. Jadi, sumber kewangan negara yang berlebihan itu digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Selain itu, penubuhan kilang menjadi antara intipati perindustrian. Kilang terpaksa dibina untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat antarabangsa. Justeru, permintaan terhadap bahan mentah negara akan meningkat. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi negara itu sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat negara ini. Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang panjang. Lantaran itu, semua perkara yang dinyatakan di atas telah menyebabkan imej negara turut meningkat. Masyarakat antarabangsa melihat negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai aktiviti ekonomi yang kukuh dan stabil. Pada mata mereka, negara kita telah berjaya menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih baik daripada negara-negara jiran atau negara di benua lain yang masih berada di tahap yang menyedihkan. Imej yang baik di persada dunia ini sudah pasti memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara kita yang berasa bangga tinggal di Malaysia. Kesimpulannya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang ini, semua pihak harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat sektor ini. Mungkin kita harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini sebelum impak yang buruk menjadi ketara menjelang alaf mendatan

Tajuk: Kerajaan berharap agar generasi muda mempu menjadi modal insan yang berkualiti.Huraikan kriteria-kriteria yang ingin anda capai untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

Kebelakangan ini, kebanyakan generasi muda terjebak dalam kegiatan gejala sosial. Contahnya, merokok,melepakdan juga merempit. Hal ini menyebabkan masyarakat tempatan takut anak-anak remaja mereka akan terjebak dalam gejala sosial ini.Pihak Kerajaan berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkaliber agar negara kita Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik pada masa akan datang,dan melonjakkan nama Malaysia di persada dunia,bak kata pepatah "Bagamana acuannya,begitulah kuihnya". Kita haruslah mencapai beberapa criteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Kriteria yang harus ada pada generasi muda untuk menjadi modal insan yang berkualiti ialah, berpelajaran tinggi dan berfikiran terbuka. Hal ini dapat, menyelesaikan banyak kemelut di dalam negara kita. Antara masalah-masalah yang dapat diselesaikan ialah,kemelut rasuah, pencemaran alam,dan juga gejala sosial. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan nama negara kita. Jadi,kita sebagai generasi muda masa kini haruslah,berusaha untuk menuntut ilmu agar kita berfikir dengan lebih kritis dan menjadi modal insan yang lebih berkualiti. Selain itu, kita juga harus mempunyai didikan agama sempurna dan betul. Hal ini kerana,didikan agama amat penting agar seseorang itu lebih tenang dan tidak terburu-buru mengambil sesuatu keputusan. di samping itu, mereka juga akan lebih berdisiplin. Contohnya, mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur dan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Negara kita juga akan aman dan damai tanpa tipu daya,bak kata mutiara "Agama tiang Negara". Oleh itu, kita haruslah mengukuhkan keimanan kita untuk mencapai modal insan yang berkualiti. Di samping itu, kita juga haruslah bersikap bertanggungjawab,agar kita tidak bersikap seperti?melepaskan batuk di tangga?.Kita Haruslah memupuk sikap bertanggungjawab mulai sekarang. Contohnya, kita haruslah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar sekolah. Sikap bertanggungjawab ini juga dapat melancarkan pentadbiran negara,jika setiap individu bersikap bertanggungjawab. Oleh itu, kita haruslah menanam sikap bertanggungjawab di dalam diri kita, agar generasi muda masa kini dapat menjadi modal insan yang berkualiti. Tambahan pula, kita haruslah teliti dengan keadaan sekeliling kita. Hal ini agar, kita tidak menjadi seperti ?katak didalam tempurung?. Kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Sesuatu kerja yang dilakukan dengan teliti, kesilapannya juga akan kurang. Negara kita juga dapat ditadbir dengan baik jika generasi muda masa kini teliti dan bertindak secara rasional dengan keadaan sekeliling mereka. Jadi, kita haruslah peka dengan keadaan semasa. Kesimpulannya, semua pihak haruslah saling berganding bahu untuk melahirkan generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti. Selain itu, kita sendiri haruslah berusaha untuk mencapai kriteria-kriteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Jadi, harapan kerajaan untuk menjadi generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti akan dapat dicapai.

Langkah-langkah Mengekalkan Institusi Keluarga


Tajuk: Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula.?Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan institusi keluarga ini.

Contoh Karangan: Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula. Tindakan media massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu pelbagai pendapat pula kedengaran pula. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga di negara ini terus utuh? Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini. Selain itu, kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna. Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan juga boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat kea rah sasarannya. Tindakan seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu

mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan. Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula. Kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu menghasilkan satu institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya. Kegagalan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala sosial yang melanda negara ini terus bertambah saban tahun. Slogan Rumahku, Syurgaku membuktikan betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan keluarga itu buat pendidikan generasi masa depan negara ini.

Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang


Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang. Tulis suatu rencana yang lengkap berdasarkan cogan kata di atas.

Contoh Karangan: Cogan kata dicipta dengan pelbagai tujuan dalam kehidupan manusia kini. Pada satu peringkat cogan kata berperanan untuk menggambarkan tujuan sesuatu tindakan itu. Ada juga cogan kata yang dihasilkan dengan niat untuk menarik perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara pula. Jadi, Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang merupakan satu cogan kata yang mempunyai pelbagai tafsiran kepada pelajar, masyarakat dan sekolah itu sendiri. Cogan kata ini bermaksud jika sekolah itu cemerlang dalam semua aspek maka sekolah itu akan mampu untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan terkenal. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah merupakan tempat paling lama pelajar menghabiskan masa mereka yakni hampir 8-10 jam sehari dalam tempoh lima hari seminggu. Jumlah masa yang panjang di sekolah membuktikan bahawa semua perkara yang berlaku dalam hidup pelajar itu banyak bergantung atau berkait dengan pihak sekolah itu sendiri. Jelaslah, sekolah yang baik berupaya melahirkan pelajar yang lengkap daripada semua aspek kehidupan terutama peribadi dan kejayaan akademiknya. Pemilikan cogan kata sebegini memberikan satu maksud yang jelas kepada mana-mana sekolah jua. Semangat warga sekolah pasti mampu ditingkatkan kerana semua sedar kepentingan sekolah dan penghuninya saling berkait. Guru-guru akan memastikan diri mereka berdedikasi untuk menjalankan tugas manakala pelajarnya pula mengingatkan diri sendiri agar lebih berdisiplin untuk memudahkan urusan pengajaran guru mereka kelak. Sesungguhnya, kewujudan cogan kata memberikan satu semangat yang tinggi kepada semua pihak untuk berusaha mencapainya. Malah, cogan kata ini seolah-olah cuba membutkikan bahawa suasana sekolah yang baik perlu diwujudkan dahulu sebelum pelajarnya mendapat kejayaan pula. Sekolah yang cemerlang mampu melahirkan lebih banyak pelajar yang baik peribadi dan kejayaan akademiknya. Masyarakat akan mengenali seseorang pelajar itu belajar di sekolah yang tertentu berdasarkan karektor dan pencapaiannya dalam kehidupannya. Sebenarnya, suasana sekolah yang baik berupaya menentukan kejayaan pelajarnya pula. Usaha untuk memiliki sekolah yang cemerlang dan pelajar yang terbilang bukanlah satu usaha yang mudah. Semua warga sekolah harus menyedari kenyataan ini lalu sanggup berganding bahu untuk menjalankan tugas masing-masing dengan baiknya. Semangat kerjasama sebeginilah yang bakal menyaksikan semua masalah yang dihadapi baik oleh sekolah atau pelajar ditangani dengan berkesan pula. Maka, cogan kata sebegini memberikan satu kefahaman kepada semua tentang usaha gigih yang menanti mereka jika mahu memperoleh kejayaan. Selain itu, cogan kata ini turut membabitkan istilah pelajar terbilang yang seolah-olah memberitahu bahawa setiap pelajar tidak wajar melupakan sekolah lama mereka. Pelajar harus tahu menghargai sekolah mereka dalam pelbagai cara atau bentuk tertentu. Penghargaan dalam bentuk pemberian sumbangan kewangan untuk pihak sekolah

menjalankan aktiviti pelajar menjadi satu contoh mudah buat pelajar. Jelaslah, pelajar yang memahami cogan kata ini akan terus menerus membantu sekolah mereka. Kesimpulannya, cogan kata merupakan satu istilah yang sesuai digunakan di semua sekolah di negara ini. Pada masa yang sama cogan kata juga berupaya untuk menaikkan semangat guru dan pelajar untuk bergerak bersama-sama ke arah satu matlamat yang diidamkan. Ketiadaan cogan kata seolah-olah memberikan satu bayangan bahawa sekolah itu tidak mempunyai satu tradisi yang harus dipertahankan oleh pelajar dan gurunya. Bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya membuktikan sekolah juga ada peranan tertentu dalam mendidik pelajar.

Rancangan Hiburan Televisyen Menyebabkan Masyarakat Lupa Tentang Budaya Seni Tradisional
Tajuk: Ada pihak yang berpendapat bahawa rancangan hiburan yang disiarkan melalui televisyen menyebabkan masyarakat lupa tentang budaya seni tradisional. Beri pendapat anda.

Contoh Karangan: Televisyen sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa kebaikan kepada manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan berbentuk hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula meminggirkan budaya seni tradisional pula. Keadaan ini diperkuatkan menerusi kenyatan demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini menghancurkan kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya, penyiaran rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan kebudayaan tradisional mereka. Kalau kita kaji secara mendalam kebanyakan rancangan hiburan yang disiarkan itu memaparkan cara berpakaian yang langsung tidak berunsur tradisional. Ada artis terutama dari Barat yang memakai pakaian yang mencolok mata kerana pada mata mereka pakaian sebegini mampu meninggikan lagi populariti seseorang artis itu. Generasi muda yang menonton rancangan hiburan sebegini sudah pasti akan tertarik lalu menganggap cara berpakaian artis itu sahaja yang betul lalu cuba memakainya dalam kehidupan seharian mereka tanpa memikirkan kesan sampingannya. Jelaslah, program hiburan yang disiarkan itu menyebabkan masyarakat kita melupakan cara berpakaian yang seiringan dengan kebudayaan tempatan. Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang menganggap bahasa alam televisyen itu lebih betul berbanding dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita pada jangka masa panjang pula. Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan pemaparan kesopanan yang bertentangan dengan kebudayaan tradisional kita. Sudah banyak kali kita mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat kita semakin melupakan adat sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula. Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang panjang. Namun, penyiaran program hiburan di televisyen berupaya untuk menghalang pemikiran yang positif dalam diri seseorang itu. Pandangan yang melihat kebudayaan negara itu sendiri sebagai satu kebudayaan yang lemah dan tidak sesuai dengan peredaran zaman dipengaruhi menerusi sikap melihat program hiburan yang keterlaluan itu. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan satu perasaan yang menolak kewujudan kebudayaan tempatan dalam jiwa seseorang tersebut. Jelaslah, program hiburan di televisyen menyebabkan pemikiran seseorang akan berubah lalu memandang rendah kebudayaan tradisional mereka sendiri. Pada masa yang sama, tindakan menyalahkan televisyen seratus peratus bukanlah satu tindakan yang bijak kerana berlakunya sesuatu perkara itu sudah pasti banyak berkaitan dengan faktor yang lain juga. Pinggiran kebudayaan tradisional kita turut disebabkan sikap generasi muda kita yang tidak begitu memandang tinggi kebudayaan tempatan sehingga sanggup meniru kebudayaan lain pula. Kita menganggap kebudayaan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Barat itu lebih moden dan praktikal lalu segera menirunya tanpa merujuk dahulu aspek menghargai kebudayaan sendiri. Maka, kegagalan menghargai negara, bangsa dan kebudayaan sendiri turut menyebabkan kebudayaan tradisional itu semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen itu memang menyebabkan kebudayaan tradisional kita mengalami kemerosotan daripada segi imejnya. Semua pihak terutama pihak berkuasa hendaklah lebih peka untuk membuat peraturan yang mengehadkan penayangan rancangan berbentuk hiburan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kebudayaan tradisional kita itu. Kegagalan berbuat demikian dengan segera akan menyebabkan kebudayaan kita terhakis sedikit demi sedikit lalu hilang akhirnya. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih membuktikan semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.