Anda di halaman 1dari 9

ALAT MUZIK TRADISIONAL

GONG
Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi.

Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang, gendang dan serunai. Ia dimainkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.

GENDANG
Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang anak.

Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.


Kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.

Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendang boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk memainkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.

SERUNAI
Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.

Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini.
Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat, wayang kulit dan sebagainya.

KOMPANG
Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekeliling. Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di sekeliling yang mempunyai bunyi yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan antara alat muzik yang paling popular di Malaysia.

Kompang dimainkan dengan mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari. Kompang dimainkan secara berkumpulan. Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai