Anda di halaman 1dari 15

HBEF3103 PRINSI P TEKNOLOGI PENGAJARAN

report title: KONSTRUKTIVISME

Name Matric number NRIC Telephone number E-mail address

: MOHD AMIN BIN JINGGA. : 630821125449001 : 630821-12-5449 : 014-3517319 : Jinggona@oum.edu.my

Tutors name: Mr. Samsuddin Bin Sulaiman Learning Centre: Tawau Learning Centre

[1]

SEPTEMBER 2012 Semester

KONSTRUKTIVISME
Pengenalan Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membua t ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Definisi Teori Konstruktivisme McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya mempercepatkan

[2]

secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan. Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. KONSEP Idea asal konstruktivisme berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) Vygotsky
[3]

(1896-1934).

Oleh

yang

demikian,

konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008) Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Terdapat beberapa andaian yang dibuat oleh Von Glaserfeld. Pertama adalah, ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Kedua, tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Terakhir adalah, proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. (Mok Song Sang, 2008) Ciri Ciri Kaedah Pengajaran Konstruktivisme Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri. Pertama adalah, murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan. Kedua adalah, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya. Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, murid merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Ketiga adalah, berpusatkan murid. Guru cuma berperanan sebagai pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Selain itu juga, kaedah pengajaran ini bersifat hands-on dan minds-on. Keempat adalah, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta
[4]

proses kognitif (proses metakognitif). Oleh yang demikian, tindakan rasionalisasi amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid. Ciri-ciri yang kelima pula adalah, renungan kembali proses pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Guru hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada proses pemikiran dan aktiviti yang dijalankan. Keenam adalah, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara terpenting dalam kaedah pengajaran dengan konstruktivisme baru adalah, murid mesti menghubungkaitkan murid akan

pengalamannya

maklumat

yang

diterimanya.

Seterusnya,

mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri yang selanjutnya adalah, prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru. Ini bermakna, kaedah pengajaran ini mengutamakan keupayaan guru dalam penyampaian ilmu dan minatnya supaya murid dapat mengaplikasikan teori berdasarkan pengalaman masingmasing. Lagipun pentafsiran murid terhadap apa yang diajar guru, berlainan antara satu sama lain. Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru akan membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan masing bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam kumpulan akan diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mengwujudkan kerjasama dan perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008) Kelebihan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme Antara kelebihan-kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara & perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar adalah peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Libatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

[5]

Kedua, terapkan nilai koperatif & kolaboratif dalam diri murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis mereka sendiri (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda bukannya yang wujud dalam luar minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai, membuatkan murid mudah faham dan berasa seronok. Keempat, penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid. Ini bermakna, guru dan murid ada menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIVISME

Bidang: Menyiasat Alam Kehidupan Tahun : 4 Tajuk: Haiwan melindungi diri daripada musuh Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 3.1 Mengenalpasti ciri-ciri khas pada haiwan untuk melindungi diri daripada haiwan Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 3.1.1 Menyenaraikan cirri-ciri khas yang ada pada haiwan untuk melindungi diri daripada musuh 3.1.2 Menyenaraikan cara haiwan melindungi diri daripada musuh

Objektif : Di akhir P&P murid dapat

a) Mengenalpasti sekurang kurangnya 2 ciri khas yang ada pada haiwan b) Menyatakan sekurang-kurannya 2 cara haiwan melindungi diri daripada musuh c) Murid dapat memadankan ciri-ciri khas haiwan dengan cara melindungi diri dari musuh.
[6]

Fasa

Masa: 60 minit (2 waktu) Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan. 2. Imaginasi Sintesis Idea 2.2.5 Membincangkan

a) Guru menayangkan slaid 1. Apakah yang dapat kamu video / gambar haiwan. b) Murid pemerhatian. a) Guru sekeping mempunyai haiwan rawak. b) Murid menyenaraikan ciri ciri khas yang ada pada haiwan berdasarkan murid mengedarkan - Apakah ciri ciri khas kad yang yang ada pada haiwan lihat dalam slaid video /

membuat gambar haiwan tadi ?

kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau yang kepada

gambar tersebut ? secara

kekurangan menjurus keputusan akhir

kepada gambar yang di beri c) LAMPIRAN 1 3. Perkembangan 1. Murid kepada Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.1 idea 3.1.4 Memberi pelbagai Menokok tambah kumpulan. 2. Guru mengedarkan kertas manjong dan maker pen kepada setiap kumpulan. 3. Murid membuat lakaran haiwan mengikut ciri ciri khas yang pada di bahagikan beberapa 1. Nyatakan ciri ciri khas haiwan tersebut melindungi dirinya

daripada musuh 2. Menyatakan cara-

cara haiwan tersebut melindungi daripada musuh 3. Murid memberi diri

contoh berkaitan dengan tugasan

haiwan 4. 4.1 Tindakan Pelaksanaan a) Setiap wakil kumpulan hasil

contoh haiwan lain a) adakah anda berpuas hati dengan hasil

membentangkan dapatan.
[7]

Indikator Amalan

kerja anda ?

4.1.2 secara

Menyusun tersusun

idea dan

b) Guru untuk

membuat

ulasan setiap

b) Apakah pengetahuan baru dapat? yang anda

mudah difahami 4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain

pembentangan

mengenai

ciri-ciri khas dan cara haiwan melindungi diri daripada musuh. c) Pengayaan

Pentaksiran

a) Guru

mengedarkan

lembaran kerja. b) Murid menyiapkan

lembaran kerja. c) LAMPIRAN 2

Refleksi Nilai dan Sikap - Kerjasama

FASA PESEDIAAN Fasa persediaan ialah langkah pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia sama dengan fungsi set induksi. Pada fasa ini murid dipertontonkan tayangan klip video mengenai tajuk yang akan diajar. Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang perbuatan Singa menyerang Zirafah. Minat pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah peristiwa sebenar dalam kehidupan harian. Seterusnya aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam tentang bagaimana haiwan yang lemah mempertahankan diri daripada serangan haiwan buas. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari tindakan singa yang agresif itu. Setelah itu murid ditanyakan beberapa soalan untuk mencetuskan idea yang ingin disampaikan. Apakah yang kamu lihat dalam klip video tadi?
[8]

Mengapa zirafah menyerang singa tersebut? Adakah semua haiwan seperti itu?

FASA IMAGINASI

Sekarang setiap murid akan mendapat sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan. Kemudian guru meminta murid menerangkan apakah ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tersebut. Guru mempersilakan murid untuk tampil memberikan ulasan, pelajar yang lain menumpukan perhatian pada ulasan yang diberikan oleh rakan mereka sambil berimaginasi dan berfikir tentang ulasan yang akan mereka berikan nanti.

FASA PERKEMBANGAN

Pada fasa ini, guru tidak akan mengulas jawapan murid sama ada betul atau salah. Aktiviti yang seterusnya ialah melakar ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tadi. Guru menggalakkan murid berbincang dalam kumpulan bagi mencetuskan idea sesuai dengan strategi pembelajaran koperatif.

FASA TINDAKAN

a) Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan. Guru memberikan soalan yang menimbulkan keraguan bagi menstruktur semula idea: 1. 2. 3. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ? Adakah anda bersetuju dengan pendapat rakan anda? Apakah pengetahuan baru yang anda dapat ?

b) Guru membuat ulasan untuk setiap pembentangan mengenai ciri-ciri khas dan cara haiwan melindungi diri daripada musuh.
c) Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat hipotesis dan berani juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika tidak sama dengan kumpulan mereka.

[9]

Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar, itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terus termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses P&P iaitu fasa orientasi (Engage), fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (Explain), fasa aplikasi idea (Elaborate) dan fasa refleksi (Evaluate). Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang tinggi. Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar dengan melakukan aktiviti seperti demonstrasi oleh guru, tayangan video atau penyoalan oleh guru. Fasa ini juga bertujuan untuk menjana minat para pelajar dalam proses P&P mereka. Fasa kedua adalah untuk mencetuskan idea supaya pelajar sedar tentang idea dulu melaui amali, perbincangan, pemetaaan konsep dan laporan. Fasa ini dapat menggalakkan pelajar bekerjasama, guna pendekatan inkuiri, menyiasat melalui eksperimen dan selalu bertanya. Fasa ketiga adalah untuk menstruktur semula idea-idea asal kerana idea asal mungkin perlu diubahsuai, diganti dengan idea yang lebih saintifik atau dikembangkan. Fasa keempat adalah fasa aplikasi atau penggunaan idea dimana idea yang telah dibina dikukuhkan dalam situasi baru. Fasa terakhir adalah fasa refleksi dimana pelajar dapat membuat penilaian sejauh mana idea asal telah berubah dan setakat mana idea baru betul. Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar akan lebih seronok kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang tinggi kerana saling berinteraksi sesama mereka dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan baru, pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina sendiri kefahaman, pelajar lebih mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses P&P, pelajar lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan bantuan guru,

[10]

pelajar lebih berfikir kerana untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

LAMPIRAN 1

[11]

LAMPIRAN 2 Kenali haiwan di bawah dan senaraikan ciri-ciri khas haiwan tersebut.

Haiwan Landak

Ciri ciri khas Haiwan

Bau Busuk

Skunk Sengat

Kura kura Duri

Lebah

Berkaki panjang Dan berotot kuat

Kuda Cangkerang Keras

[12]

Penutup
Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah cara terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid lebih mudah memahami subjek pengajaran kerana mempunyai pengalaman sendiri. Manakala yang bagi tiada pengalaman pula, mereka boleh berkongsi bersama rakan-rakan sebaya dan menghubung kaitkan dengan pengalaman yang hampir serupa. Cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dalam kaedah pengajaran konstruktivisme ini adalah, meningkatkan lagi peranan guru apabila aktiviti dalam kelas diadakan. Teknik pembahagian kumpulan murid-murid dalam kelas mestilah berpandukan kepada guru, supaya kumpulan menjadi teratur dan aktiviti dapat dijalankan dengan cepat. Seterusnya, guru-guru mesti memberi pengukuhan dan peneguhan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di adakan. Penjelasan yang ringkas dan tepat berserta pujian akan menambahkan minat untuk belajar di kalangan murid-murid. Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran konstruktivisme ini amat sesuai dijalankan di dalam kelas. Proses penambahbaikan sepatutnya diperbaiki dari masa ke semasa.

Teori konstruktivisme amat menekankan kepada ilmu yang dibina oleh murid. Ia bermula daripada persekitaran. Pengetahuan sedia ada murid akan memberi kesan yang samada positif atau negatif. Model-model dalam teori konstruktivisme merangkumi, proses keseronokan proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti serta alat bantu mengajar yang pelbagai (excite), penerokaan cara mendekati konsep (explore), penerangan tentang konsep yang ingin diajar (explain), penyambungan atau tokok tambah (extend), menukar kefahaman sedia ada dengan idea yang baru dipelajari (exchange) dan penilaian sama ada konsep yang difahami oleh murid adalah konsep yang ingin diajar (examine). Kesimpulannya di sini, pembinaan struktur ilmu tidak berlaku secara tidak sengaja. Ia mesti mempunyai perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang berpatutan.

(Words: 2,586)

[13]

Bibliografi
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). Rekabentuk Perisian pengajaran. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Boyle, Tom (1997). Design for Multimedia Learning. Great Britian: Prentice Hall. Curriculum Specifications Science Year 5, (2004). Integrated Curriculum for Primary School. Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti. Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Edisi Pertama. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn.Bhd. Gagne, R. (1985). The Conditions of Leraning. Edisi Keempat. New York: Holt, Rinehart & Winston. Gan Siew Lan, (2005). Prime Assessment Science ICPS Year 3. Published by Pelangi Sdn Bhd. Hanizah Ibrahim, (2004). Primary Science for Malaysians Year 2. Published by Pustaka Zaman Sdn Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2002), Pembangunan Perisian pengajaran: Satu Pendekatan Sistematik, Batu Caves: Venton Publishing. Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: BPPDP, 2000. Mohd Yusof Arshad (1994). Idea Pelajar Dan Imlikasinya Kepada Pengajaran Sains.Skudai: Seminar Pendidikan Sains Dan Matematik 1994. Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias (1996). Pengajaran Berbantukan

[14]

Komputer, Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Norsaleha Abdul Ghani (2002), Keberkesanan Pembelajaran Topik Sumber Tenaga Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat Menerusi Perisian pengajaran Interaktif, Laporan Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan. Poh, Swee Hiang (2000). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Subang Jaya:Fajar Bakti. Reiber, L.P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivismeand direct instruction. Educational Technology Research and Development. Resnick, L. (1983). The Development of Mathematical Thinking. New York: Academic Press. Tamby Subahan Mohd. Meerah (1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Salihin,Wong Abdullah & rakan-rakan (1998).Pengenalan Multimedia Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan. Yusup Hashim (1998).Teknologi Pengajaran.Edisi Pertama.Shah Alam.Fajar Bakti Sdn.Bhd.

[15]

Anda mungkin juga menyukai