Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah bas yang berjenama Transnasional dan badanku berwarna kuning.

Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Setelah siap, aku telah dihantar ke Pulau Pinang. Aku berasa bangga kerana dapat memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke destinasi yang dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas dan hujan serta memberi hawa dingin kepada mereka agar berasa selesa. Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan aku. Kadang-kadang badan aku dicalar dengan benda yang tajam seperti paku. Pen juga digunakan untuk menconteng aku dan ditulis dengan pelbagai perkataan. Sakit rasanya tetapi tiada sesiapa yang mendengar rintihanku. Ada juga yang membuang sampah merata-rata di sekitar aku sehingga aku menjadi busuk dan kotor. Mereka juga gemar makan dan membuang plastik makanan di sekitarku. Mereka tidak menghargai perkhidmatan yang telah aku berikan kepada mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku dan tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi tugasku. Aku percaya bahawa setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua dengan kebaikan pada suatu masa nanti. Aku akan tetap meneruskan kerjayaku kerana aku berasa seronok dapat membantu orang ramai.

Kirana dan Kaisarah pasangan kembar yang selalu menjadi perhatian di sekolah. Mereka sentiasa mendapat markah yang terbaik dalam setiap ujian dan peperiksaan. Masa yang terluang diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Mereka sentiasa membantu guru-guru menyempurnakan tugas-tugas dan berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran. Dalam bidang kokurikulum mereka selalu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan. Mereka juga selalu mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan dan sering meraih kejayaan. Pada cuti sekolah, mereka selalu melawat ke tempat-tempat yang menarik yang terdapat di dalam negara kita bersama-sama keluarga. Mereka berasa amat seronok dan bahagia. Mereka juga tidak lupa untuk pulang ke kampung menjenguk datuk dan nenek serta tidak ketinggalan menghadiri pelbagai jemputan majlis sanak-saudara atau sahabat-handai.

Anda mungkin juga menyukai