Anda di halaman 1dari 8

http://www.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-DanCabaran PENDIDIKAN ABAD KE-21 : ISU DAN CABARAN 1.

Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia Bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu: i. Pendidikan Prasekolah dan Rendah ii. Pendidikan Menengah iii. Pendidikan Tertiari (Tinggi) iv. Program Sokongan v. Pembiayaan Pendidikan vi. Pengurusan vii. ICT Dalam Pendidikan
1

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas. Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponenkomponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor
2

latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. Contohnya, berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996, peratus kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan. Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

2. Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur
4

lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan ( leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan; i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
5

Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

3. Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajanya. Di sini, nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang sangat menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada para remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Kemudahan internet disalahgunakan untuk
6

mengakses laman-laman yang tidak sihat telah memberikan kesan negatif kepada mereka. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah seksual. Fenomena ini berlaku kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan. Masalah ini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin disebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru
7

mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif. Inilah isu dan cabaran kepada para guru di sekolah dan tugas pendidikan di era IT ini untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, gejala ini akan semakin teruk dan berleluasa. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama baik negara kita.