Anda di halaman 1dari 6

Tajuk

: Menentukan Kandungan Vitamin C dalam jus buah

Pengenalan

Vitamin C berfungsi sebagai rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat selsel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin. Vitamin C dapat mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Objektif

: Untuk mengenalpasti kandungan vitamin C dalam pelbagai jus buahbuahan

Bahan dan radas : 1.0% larutan dichlorophenolindophenol 0.1% larutan asid askorbik Jus buah betik, jambu, mangga tempatan segar yang baru disediakan Jus buah kiwi, lemon dan oren Picagari berjarum (1ml dan 5ml) Tiub specimen Kain kasa Pisau Bikar

Prosedur: 1. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan menggunakan 1ml picagari. 2. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari. 3. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam larutan 1.0% DCPIP. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur. 4. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buah-buahan segar yang baru disediakan. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP

ditentukan. 5. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buahbuahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.

Keputusan: Isipadu yang digunakan untuk melunturkan 1ml larutan DCPIP 1 Asid askorbik 0.1% 2 2 2 3 2 Purata 2 Peratus asid askorbik dalam jus buah (%) Kandungan asid askorbik dalam jus buah (mg/ml)

Larutan jus

Jus betik

30

29

31

30

1.0 x 0.1 = 0.003% 30

1.0 = 0.03 mg ml-1 30 1.0 = 0.04 mg ml-1 24 1.0 = 0.2 mg ml-1 5 1.0 = 0.2 mg ml-1 5 1.0 = 0.07 mg ml-1 14 1.0 = 0.08 mg ml-1 13

Jus mangga

24

23

25

24

1.0 x0.1 = 0.004% 24

Jus jambu batu

1.0 x0.1 = 0.02% 5

Jus kiwi

1.0 x0.1 = 0.02% 5

Jus lemon

14

15

14

14

1.0 x 0.1 = 0.007% 14

Jus oren

13

13

12

13

1.0 x0.1 = 0.008% 13

Perbincangan: Eksperimen yang telah dijalankan bagi mengenal pasti kandungan vitamin C di antara buah- buahan import dengan buah-buahan tempatan. Ia bertujuan untuk mengetahui buah manakah lebih banyak kandungan vitamin C. Oleh yang demikian, buah kiwi, buah jambu, buah betik, buah mangga, buah oren dan buah limau telah digunapakai dalam eksperimen ini bagi mengetahui kandungan vitamin C di dalamnya. Larutan asid askorbik 0.1% mengandungi 0.1 g asid askorbik dalam 100ml air. Kandungan vitamin C (asid askorbik) dalam buah-buahan ditentukan dengan menggunakan larutan biru DCPIP (diklorofenolindolfenol), sejenis pencelup. Vitamin C menurunkan DCPIP menyebabkan warna biru terluntur. Semasa eksperimen dijalankan, larutan DCPIP tidak boleh digoncang dengan kuat kerana oksigen dari atmosfera boleh mengoksidakan semula DCPIP yang terturun. Sekiranya ini berlaku, lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan larutan DCPIP dan keputusan diperoleh tidak dapat menggambarkan kandungan vitamin C yang sebenar dalam jus buah.Semakin tinggi kandungan vitamin C dalam jus buah, semakin sedikit jus buah yang diperlukan untuk melunturkan satu isi padu DCPIP yang ditetapkan. Semasa jus diperah daripada buah-buahan, elakkan daripada menumbuk buah dengan kuat kerana haba yang terhasil boleh memusnahkan sebahagian asid askorbik dalam buah tersebut. Jus buah-buahan juga tidak boleh disediakan sehari lebih awal dari hari eksperimen kerana asid askorbik dalam jus buah mudah termusnah melalui pengoksidaan. Setelah eksperimen dijalankan, didapati hanya 5ml larutan jus jambu batu dan jus kiwi yang diperlukan untuk melunturkan larutan DCPIP. Jadi kandungan vitamin C di dalam kedua buah ini adalah yang paling tinggi. Ini diikuti dengan jus oren iaitu sebanyak 13ml untuk melunturkan larutan DCPIP. Seterusnya jus lemon iaitu sebanyak 14ml dan jus mangga sebanyak 24ml untuk melunturkan larutan DCPIP. Dan akhir

sekali jus betik sebanyak 30ml untuk melunturkan larutan DCPIP. Ini menjadikan buah betik adalah buah yang paling kurang kandungan vitamin C. Jadual di bawah menunjukkan kuantitii jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP. Ia mengikut turutan daripada kuantiti yang paling sedikit sehinggalah ke kuantti yang paling banyak. Semakin kurang kuantiti jus yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP semakin banyak vitamin C yang terkandung di dalam buah tersebut. Kuantiti jus buah Buah yang diperlukan untuk melunturkan Jambu batu Kiwi Oren Lemon Mangga Betik warna DCPIP 5 5 13 14 24 30

Kandungan vitamin C yang terkandung di dalam buah juga bergantung kepada kesegaran buah tersebut. Ini kerana vitamin C yang terkandung di dalam buah yang tidak segar agak kurang sedikit berbanding buah yang sama tetapi lebih segar.

Kesimpulan: Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, buah jambu batu dan buah kiwi mengandungi banyak kandungan vitamin C manakala buah betik adalah yang paling sedikit mengandungi vitamin C. Ini dibuktikan apabila kuantiti jus jambu batu dan jus kiwi adalah paling sedikit digunakan untuk melunturkan warna DC