Anda di halaman 1dari 13

UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 NAMA : ______________________________ KELAS : _____________________________ Soalan Objektif Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti

oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian , tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1. Sultan Mahmud sedang bersantap . _____________ suka makan ikan dengan kuah Asam. A. Baginda B. Mereka C. Dia D. Beliau Soalan 2 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

2. Nenek Zaleha menjahit baju itu dengan _____________________

lambat

B. gopoh C. teliti D. kuat

3. Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanakkanak berusia tujuh tahun. A. daripada B. kepada C. untuk D. dari Soalan 4 berdasarkan gambar 2

Gambar 2 4. Pak Cik Zamri sedang _____________________ ikan di tepi sungai. A. memukat B. menjala C. menebar D. memancing 5. Air Sungai Pahang menjadi __________________ selepas hujan lebat pada petang semalam. A. gelap B. keruh C. jernih D. kabur

6. ___________________ , ambil tuala ini dan pergi mandi sekarang juga !kata Puan Eng kepada anaknya. A. Nah B. Cih C. Eh D. Amboi 7. Pak Cik Koh _______________ untuk menyara keluarganya yang seramai lapan orang. A. mandi peluh B. mandi kerbau C. titik peluh D. buah tangan Soalan 8 berdasarkan gambar 3

Gambar 3 8. Penjual sate itu telah membakar beberapa _______________ sate ayam dan daging.

A. batang B. cawan C. cucuk D. cebis

Soalan 9 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

9. Rama memimpin wanita wanita yang buta itu melintas jalan.

A. meredah B. menyeberang C. merangkak D. memotong Soalan 10 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris. 10. Buku-buku di perpustakaan sekolah saya tersusun kemas .

A. kusut B. tersepah C D rapi jarang

Soalan 11 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

11 . Azmi membaling beberapa biji batu yang diberi oleh Raju ke dalam kolam. A. Azmi membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberikan oleh Raju. B. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Azmi dibaling oleh Raju ke dalam kolam. C. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Raju dibaling oleh Azmi ke dalam kolam. D. Azmi dan Raju membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberi mereka.

12. Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di dalam se.............pokok serai di belakang rumah penjahat itu. A pucuk ... rumpun B das ... buah C laras ... batang D pucuk ... ceka

Soalan 13 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 13. Mereka berkumpul di dewan pada setiap hari Isnin. A. Siapakah yang mengarahkan mereka berkumpul di dewan ? B. Mengapakah mereka berkumpul di dewan? C. Bilakah mereka berkumpul di dewan. D. Bagaimanakah mereka berkumpul di dewan?

Soalan 14 Pilih ayat yang betul

14.

A Sudah lama saya ingin ke sana. B. Pintu rumah itu mengunci dari dalam. C. Lampu itu saya akan tutup sebentar lagi. D. Harga sepotong roti canai ini ialah 80 sen .

15

Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.


Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat

Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat. B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan. C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh. D.Medapat perhatian daripada orang lain.

Soalan 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 16. Jemputlah minum air kopi ini , pelawa Puan Lim kepada tetamunya. A. Puan Lim melarang tetamunya minum air kopi. B. C. D. Puan Lim dan tetamunya dipelawa minum air kopi. Puan Lim mempelawa tetamunya minum air kopi itu. Air kopi mempelawa Puan Lim dan tetamunya minum.

17. Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang betul.

I. II. III. IV. A. B. C. D.

Masak sebiji di atas peti Hutang budi dibawa mati Pisang emas dibawa belayar Hutang emas boleh dibayar

III,I,IV,II I,II,III,IV IV,II,I,III III,I,II,IV

Soalan 18 hingga 19 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. 18. I II III IV Pinggan mangkuk itu disusun rapi oleh pembantu rumah. Bangunan itu disusun antara buku-buku bank. Buku-buku itu telah disusun oleh pustakawan sekolah. Murid-murid disusun sebelum pulang ke rumah. A. B. C. D. 19. I II III IV I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I dan III sahaja

Dia naik basikal ke kedai. Air sungai itu naik hingga ke tebing. Ayah naik darah apabila melihat barang-barangnya berselerak. Salina telah naik menara gading A. B. C. D. I dan II sahaja II dan III sahaja I,II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

20 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. A. "Jangan kamu hampiri cerun yang curam itu!" kata Cikgu Ahmad kepada Ramli. B. "Jangan, kamu hampiri cerun yang curam itu?" tempik Cikgu Ahmad kepada Ramli. C. Jangan kamu hampiri cerun yang curam itu, nasihat Cikgu Ahmad kepada Ramli. D. Jangan kamu hampiri, cerun yang curam itu! pekik cikgu Ahmad kepada Ramli.

Soalan Subjektif
PETIKAN 1: Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN PUISI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa suatu pertandingan menulis cerpen dan puisi anjuran KPM akan diadakan sempena perayaan Hari Kebangsaan yang ke-53. Para murid sekolah rendah dipelawa menyertai pertandingan ini. Para murid dikehendaki menyerahkan hasil karya mereka untuk dinilai. Syarat-syarat pertandingan: Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah di Malaysia. Karya yang diserahkan mestilah karya asli yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Tema bagi cerpen dan puisi ini ialah Pengorbanan Tokoh-tokoh Kemerdekaan. Panjang setiap cerpen tidak melebihi 300 patah perkataan. Cerpen dan puisi yang dihantar tidak boleh dicetak sebelum pengumuman keputusan pertandingan. Mesej yang disampaikan mestilah berunsurkan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Hadiah-hadiah Tiga hadiah utama disediakan kepada para pemenang bagi setiap kategori. Hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut: Tempat pertama: RM5000 dan buku bernilai RM500 Tempat kedua: RM3000 dan buku bernilai RM300 Tempat ketiga: RM2000 dan buku bernilai RM200 Saguhati: 10 hadiah saguhati bagi setiap kategori wang tunai RM500 Borang penyertaan

1. Para murid yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. 2. Borang penyertaan berserta karya yang telah disahkan oleh guru besar hendaklah dihantar ke alamat berikut: Urus setia, Pertandingan Menulis Cerpen dan Puisi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1-3, Blok E 15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. (U/P: YM Syed Ahmad Kamal Ariffin) 3. Penyertaan hendaklah sampai sebelum 15 Julai 2010.

Soalan-soalan: 21. Mengapakah pertandingan tersebut diadakan? ( Kefahaman) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

22. Sekiranya kamu seorang guru, bagaimanakah caranya untuk melibatkan murid dalam pertandingan tersebut? (Aplikasi) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 23. Apakah maksud perkataan dipelawa daripada petikan? (Pengetahuan) ______________________________________________________________________

24. Berapakah jumlah wang tunai bagi 10 pemenang saguhati? (Sinteksis) ______________________________________________________________________

25. Pada pendapat kamu, mengapakah hasil penulisan tersebut tidak boleh dicetak sebelum pengumuman keputusan dibuat? (Penilaian) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

PETIKAN 2: Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AKIBAT TIDAK MENDENGAR KATA Pagi itu, Zahari dan beberapa orang rakannya mengajak Jamal ke sungai. Mereka mentertawakan Jamal apabila mengatakan bahawa dia terpaksa menjaga adiknya kerana ibunya pergi menorah. Hai Jamal, tidak merasalah kau mandi hari ini. Mesti seronokkan kawan-kawan. Tambahan pula air sungai semakin dalam. Bukankah semalam hujan lebat? kata Zahari sambil ketawa. Rakan-rakannya yang lain mengangguk-anggukkan kepala. Mereka beredar dari rumah Jamal menuju ke sungai. Melihat rakan-rakannya menuju ke sungai, hati Jamal semakin mendesak. Kakinya tidak sabar-sabar ingin turut serta ke sungai. Amanat emaknya supaya menjaga Syikin dan tidak pergi ke sungai, tidak diendahkan lagi. Dia mendukung Syikin ke sungai. Tiba di sana, dia menyuruh Syikin duduk di bawah sebatang pokok. Kawan-kawannya bertepuk tangan melihat kedatangan Jamal. Jamal dan rakan-rakannya bukan main gembira lagi mandi-manda di sungai itu, sehingga dia terlupa Syikin. Tiba-tiba, Jamal memandang ke tempat dia meninggalkan Syikin tadi. Hatinya berdebardebar apabila mendapati Syikin sudah tidak ada di situ. Syikin! Syikin! Jamal memanggil-manggil adiknya. Mendengar panggilan itu, kawankawannya segera menggerumuninya. Adik aku, adik aku mana? Jamal bertanya dengan gugup. Eh, tadi aku tengok dia di tebing sana! Zahari berkata sambil menudingkan jarinya. Mendengar penjelasan itu, Jamal segera ke tempat yang ditunjuk oleh Zahari. Di situ dia melihat sesuatu tergelongsor jatuh menuruni tebing sungai. Mereka mencari dan memanggil nama Syikin. Namun tiada sahutan balas. Jamal berasa menyesal dan takut. Nasi telah menjadi bubur, kalau dia mendengar kata-kata emaknya tentu tidak begini sudahnya.

Soalan-soalan: 26. Mengapakah Jamal tidak boleh mengikut rakan-rakannya ke sungai? (Kefahaman) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 27. Apakah maksud peribahasa nasi bubur daripada cerita?

sudah

menjadi

(Pengetahuan) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 28. Apakah sikap yang tidak dimiliki oleh Jamal? (Analisis) ______________________________________________________________________ 29. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan? (Aplikasi) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

30. Pada pendapat kamu, apakah yang harus dibuat oleh Jamal untuk mengelakkan masalah sebegini berlaku? (Penilaian) ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________