Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

Disediakan oleh:

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama, 45000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan No. Tel (hp): 019-277 0412 / No. Tel (p): 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

[01] RASIONAL DAN PENGENALAN


KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalah amat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat Malaysia, baik di bandar atau luar bandar menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kini lebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara yang lebih kepada budaya keseronokan dan bermewah-mewahan. Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hendonisme ini merupakan budaya penjajahan yang memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dan memerintah serta menjajah pemikiran serta budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan. Budaya hidup remaja hari ini sudah mula melihat kehidupan bebas dan tidak berpegangan adalah cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka. Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran pada hari ini. Modul Kursus Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR ini diharapkan akan dapat memberikan mereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika mereka tidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.

[02] OBJEKTIF PENGANJURAN


KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat; 1. Memahami peranan sebenar sebagai seorang remaja; 2. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya gejala sosial; 3. Mengetahui tentang cabaran persekitaran seorang remaja serta; 4. Memperbaiki diri menjadi remaja contoh yang terbaik.

[03] BUTIRAN PENGANJURAN


KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

[3.1] SASARAN PENGANJURAN


Pihak yang digalakkan untuk menganjurkan kursus ini adalah dari kalangan; 1. Pihak pentadbiran sekolah; 2. Persatuan kebajikan pekerja untuk anak-anak pekerja; 3. Masjid dan surau untuk anak-anak kariah serta; 4. Yayasan pendidikan untuk anak-anak dalam tajaan

[IQ CLASS MANAGEMENT] Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik (1)

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

[3.2] SASARAN DAN BILANGAN PENYERTAAN


Bilangan sasaran untuk perlaksanaan kursus adalah seramai 80 orang sahaja. Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun 5 (11 tahun), tahun 6 (12 tahun), tingkatan 1 (13 tahun) atau tingkatan 2 (14 tahun).

[3.3] JANGKAMASA PERLAKSANAAN


Modul ini telah disusun atas beberapa keperluan dan kesesuaian. Ia boleh dijalankan dalam beberapan bentuk jangkamasa seperti berikut; 1. 1 hari (8.00 pagi sehingga 5.00 petang) 2. 2 hari 1 malam 3. 3 hari 2 malam Kami juga ada menyediakan satu sesi ceramah selama 1 jam 30 minit untuk sasaran pelajar di atas.

[04] KOS PERLAKSANAAN


KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

Kos perlaksanaan kursus ini adalah seperti berikut; KOS UNTUK PESERTA MAKSIMUM 80 ORANG RM800.00 RM1,000.00 RM1,600.00 RM2,000.00 RM2,400.00 RM3,000.00 KOS SETIAP PESERTA YANG MELEBIHI 80 ORANG RM8.00 seorang RM10.00 seorang RM16.00 seorang RM20.00 seorang RM24.00 seorang RM30.00 seorang

BIL

JANGKAMASA 1 hari (8.00 pagi sehingga 5.00 petang)

UMUR SASARAN 11 dan 12 tahun (sekolah rendah) 13 dan 14 tahun (sekolah menengah) 11 dan 12 tahun (sekolah rendah) 13 dan 14 tahun (sekolah menengah) 11 dan 12 tahun (sekolah rendah) 13 dan 14 tahun (sekolah menengah)

01 02 03 04 05 06

2 hari 1 malam

3 hari 2 malam

*Bagi pelanggan yang memilih untuk mengadakan kursus jangkamasa 3 hari 2 malam akan diberikan 1 sesi ceramah percuma selam 1 jam 30 minit sebagai sumbangan kepada pihak penganjur.

[05] MODUS OPERANDI


KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

[5.1] JADUAL PERJALANAN KURSUS (Sila rujuk lampiran A dimukasurat 4) [5.2] ISI KANDUNGAN AKTIVITI (Sila rujuk lampiran B dimukasurat 5) [5.3] PELAN PEMBELAJARAN (Sila rujuk lampiran B dimukasurat 5)

[IQ CLASS MANAGEMENT] Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik (2)

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

[06] PENUTUP
KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

Modul Kursus Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR adalah salah satu usaha yang dapat kami di IQ Class Management sediakan bagi sama-sama mengembleng tenaga dan idea dalam usaha untuk mengembalikan remaja dan generasi muda ini kepada apa yang sepatutnya mereka lalui. Kedewasaan mereka harus diisi dengan keremajaan yang bermanfaat serta bimbingan yang tepat. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.

[IQ CLASS MANAGEMENT] Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik (3)

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

LAMPIRAN A
Jadual Kursus Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) Kursus 1 hari IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

Masa 8.00 pagi 8.45 pagi 10.15 pagi 2.15 petang 4.15 petang

Aktiviti Penyerahan peserta dan taklimat MeKAR 1 MeKAR 2 MeKAR 3 Resolusi MeKAR

Jadual Kursus Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) Kursus 2 hari 1 malam IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

MASA / HARI 8.30 pagi 11.00 pagi 2.30 petang 5.00 petang 9.00 malam

PERTAMA

KEDUA MeKAR 2 MeKAR 3 Resolusi MeKAR dan Majlis Penutup

Suaikenal dan taklimat MeKAR 1

Jadual Kursus Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) Kursus 3 hari 2 malam IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

MASA / HARI 8.30 pagi 11.00 pagi 2.30 petang 5.00 petang 9.00 malam

PERTAMA

KEDUA MeKAR 2 MeKAR 3

KETIGA MeKAR 6 Resolusi MeKAR dan Majlis Penutup

Suaikenal dan taklimat MeKAR 1

MeKAR 4 Riadah MeKAR 5

*Untuk maklumat penuh jadual sila rujuk semula kepada kami melalui talian 019-277 0412 (Kamarul)

[IQ CLASS MANAGEMENT] Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik (4)

KURSUS MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)

LAMPIRAN B
Isi Kandungan Kursus Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) IQ Class Management
Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Permainan bermodul Latihan dalam kumpulan Ceramah interaktif Perbincangan dan pembentangan Qiyamullail Solat berjemaah Tazkirah Solat sunat Dhuha Aktiviti Moral (khusus untuk peserta bukan Islam)

Pelan Pembelajaran Kursus Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) IQ Class Management


Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik

BIL 01

TAJUK AKTIVITI MeKAR 1 (Pemecah Bendungan dan Pembentukan Kumpulan) MeKAR 2 (MeKAR 2 & 3) (Mencungkil Potensi Diri & Mengenali Perubahan Diri Remaja) MeKAR 3 (MeKAR 4 & 5) (Mengenali Dunia Remaja & Cabaran Kehidupan Remaja) MeKAR 6 (Perubahan Sikap Diri Remaja)

02

03

04

OBJEKTIF YANG AKAN DICAPAI Membentuk kumpulan peserta; Mengenali rakan dalam kumpulan; Membina kesefahaman serta; Mengukuhkan kejelikitan kumpulan. Mengenali diri melalui potensi diri; Menginsafi serta mensyukuri kelebihan pada diri; Mengetahui perubahan pada diri serta; Mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan akan datang. Mengenali dunia remaja yang sepatutnya; Membincangkan contoh remaja dalam sejarah; Mengetahui faktor sokongan diri remaja serta; Mengetahui ancaman-ancaman untuk diri remaja. Mengetahui gejala sosial terkini yang mengancam remaja; Menetapkan matlamat perubahan diri remaja serta; Membacakan ikrar perubahan sikap dan jatidiri.

[IQ CLASS MANAGEMENT] Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik (5)

Anda mungkin juga menyukai