Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENULISAN ESEI

(AHMAD IZZI BIN RAMLEE) (PISMP T4/S1 PEM 1)

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan projek ini. Ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Shuhailah dan juga pensyarah-pensyarah yang lain kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam subjek EDU 3107 dan memberi bimbingan dalam menyiapkan penulisan esei ini. Penulisan ini merupakan tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi pelbagai input yang berguna yang boleh diaplikasikan semasa mengajar nanti.

Dari segi pemerolehan ilmu, saya mendapat banyak input daripada tugasan yang dilakukan dan dapat diaplikasikan semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Tugas memberi bimbingan dan kaunseling bukan hanya terletak dibahu kaunselor. Cuba kita bayangkan seorang kaunselor perlu memberi kaunseling kepada warga sekolah. Disebabkan itu, sebagai bakal guru, saya perlulah menerapkan dan mengaplikasikan segala teori-teori dan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling yang telah dipelajari semasa sesi p&p mahupun semasa menjalankan sesi kaunseling kepada murid kelak. Tujuan mengaplikasikan teori dan kemahiran asas kaunseling adalah untuk membantu murid-murid mengembangkan kemahiran mereka agar mereka mampu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan serta hubungan antara guru dan murid dapat dibentuk.

Banyak manfaat dan faedah yang diperoleh sepanjang penghasilan tugasan projek ini. Setelah menyelesaikan tugasan, saya mula sedar bahawa setiap murid mempunyai kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi. Muridmurid mahu dilayan dengan baik agar mereka mudah untuk meluahkan

segala masalah yang mereka hadapi. Tugasan projek ini juga mampu melatih diri saya menjadi manusia yang bertanggungjawab dengan mengambil kira keperluan orang lain tanpa mementingkan diri sendiri. Saya menyedari bahawa melalui kemahiran tersebut, hubungan saya dengan murid-murid juga akan menjadi lebih mesra. Murid-murid akan akan berasa selesa dengan saya.

Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna di mana minda saya terbuka untuk mentafsir segala perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini dapat diperoleh semasa saya mengaplikasikan kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan dan mengenalpasti masalah. Sebagai guru, saya perlu berhadapan dengan alam pendidikan yang penuh dengan cabaran. Saya juga perlu berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran. Melalui video dan pembacaan yang telah saya buat, saya dapat merasakan bahawa bidang Bimbingan dan Kaunseling ini amat penting dan luas. Skop pembelajarannya bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa sesi kaunseling sahaja, namun begitu, bidang ini juga dapat meningkatkan hubungan guru dengan murid. Ini kerana melalui pengaplikasiaan kemahiran-kemahiran asas kaunseling ini, guru dapat menjadi seorang yang lebih memahami dan mudah untuk didekati. Saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi guru. Guru perlulah mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan pelbagai latar belakang. Oleh itu, bidang Bimbingan dan Kaunseling amat berguna kepada bakal-bakal guru kelak.

Saya berharap dengan ilmu yang ada ini akan membantu saya semasa melaksanakan p&p serta mendekati murid di sekolah nanti. InsyaAllah, Pengalaman ini diharapkan dapat membantu saya semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Akhir kata saya berharap tugasan ini akan memberikan saya seribu satu makna yang dapat saya aplikasikan suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai