Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.

Guru Sebagai Satu Profesion

Guru merupakan satu profesion. Ia adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.Untuk itu perlu ada penambahbaikan dalam menjaga profesion itu sendiri. Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna.

Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Seorang guru juga perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.

Pengertian Bitara

Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingnya dan lain dari yang lain. Ini menunjukkan bahawa ianya dapat membantu seseorang untuk menjadi yang terbaik. Untuk itu terdapat 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang perlu ada pada setiap orang yang bergelar pendidik.

Nilai-nilai Bitara tersebut adalah seperti berikut :-

1. Integriti 2. Profesional 3. Semangat Berpasukan 4. Berorientasikan Pelanggan 5. Prihatin Kebajikan anggota

Nilai Bitara 1. Integriti. Definisi


Integriti bermaksud satu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten. Di dalam nilai Bitara, integriti boleh dinilai melalui 4 aspek iaitu dari segi adil, amanah, akauntibiliti dan telus. Dari segi adil, ia merujuk kepada sikap seseorang guru yang mana seseorang guru perlu bersikap adil kepada setiap murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Seorang guru perlu peka mengenai penggunaan masa. Guru juga seharusnya menggunakan sepenuh masa yang diberikan di sekolah utuk penggunaan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak seharusnya menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk melakukan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran contohnya seperti bersembang melalui telefon ataupun dengan rakan sejawat yang lain. Selain itu guru perlu menyediakan perancangan sebelum memulakan sesi pembelajaran agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Ia secara tidak langsung dapat memberi impak yang berkesan di dalam pengajaran.

Dari segi amanah pula, guru perlu ada nilai tanggungjawab terhadap pelajar. Guru perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan masuk ke kelas mengikut masa yang diperuntukkan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan sepenuhnya. Selain itu juga guru perlu mempelbagaikan cara dan teknik pengajaran agar murid-murid dapat memahami sesuatu konsep yang diajar dengan lebih berkesan. Sikap sekadar seperti melepas batuk di tangga perlu dikikis dalam diri setiap pendidik. Segala urusan yang berkaitan dengan murid seharusnya setiap guru perlu melakukan dengan sempurna. Sebagai contoh, memeriksa buku kerja murid, memberi latihan seperti kerja rumah dan seterusnya tidak mengabaikan murid-murid yang kurang mahir dan lemah. Secara tidak langsung dengan ini murid-murid akan merasakan diri mereka dihargai. Akauntibiliti dirujuk kepada kamus dewan edisi keempat, ianyai bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktivitiaktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. Guru juga bertanggungjawab mewujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi. Guru juga perlu peka dalam usaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Contoh lain adalah seperti guru mengutip yuran daripada pelajarnya. Guru perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya.

Dari segi telus pula ialah setiap guru perlu jujur dan bertanggungjawab dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu melaksanakan penagajaran dan pembelajaran mengikut sukatan yang telah ditetapkan agar pemahaman murid tidak bercanggah antara satu sama lain. Untuk mempelbagaikan pengajaran guru boleh menggunakan alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik yang diajar agar dapat menambahkan dari segi pemahaman murid-murid. Selain itu setiap guru perlu cuba untuk menyempurnakan sukatan pelajaran mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini bertujuan agar setiap murid memperolehi kemahiran atau ilmu pengetahuan yang sama antara satu sama lain.

2. Profesional Definisi
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar. Nilai professional boleh dilihat dari empat sudut iaitu dari sudut beretika, iltizam , cinta ilmu dan kompeten.

Profesional dari sudut beretika ialah, sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan
teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Selain itu guru perlu menanamkan sikap tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan. Profesional dari sudut iltizam pula ialah setiap guru perlu memiliki sikap iltizam atau komited dalam menjalankan atau melakukan sesuatu tugasan yang diberi dengan penuh semangat dan berdedikasi. Skop tugasan seorang guru ialah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlu melakukan kerja tanpa mengira masa dan penat lelah. Kerja atau tugasan yang diberi perlu dilakukan dengan penuh rasa tenggungjawab. Sebagai contoh. Guru perlu hadir ke sekolah pada waktu cuti untuk menjalani aktivit kelas tambahan yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Guru yang komited seharusnya hadir tanpa mengira masa. Usahlah menganggap aktiviti tersebut sebagai satu bebanan sebaliknya anggapny sebagai satu tugas yang diamanahkan demi untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Profesional dari sudut cinta ilmu . Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan

dan berkualiti. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru yang profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran dan pembelajaran, peka terhadap

perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Guru juga perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Profesional dari sudut Kompeten pula ialah setiap guru perlu mempunyai sikap kompeten iaitu dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Guru juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, memastikan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Guru juga perlu menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran kita adalah bersifat kontemporari terkini, kita perlulah menyiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu dan kemahiran baru yang releven dengan topik pengajaran yang diajar.

3. Semangat berpasukan
Semangat berpasukan merujuk kepada sekelompok tenaga pekerja yang mempunyai sikap tolong-menolong di bawah satu pimpinan untuk mencapai suatu sasaran atau matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan perlu saling menghormati antara satu sama lain dan mengelak daripada memburukkan antara sesame ahli. Saling menegur secara berhikmah dalam memastikan kejayaan sesuatu perkara. Terdapat empat sudut yang terdapat dalam nilai Semangat Berpasukan iaitu, muafakat, Fokus Matlamat, dan Hormat-menghormati.

Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru yang profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran dan pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Cabaran hari ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte et al (1993). Menurut Andrews (1961), ia adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalamanpengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya Guru itu perlu

melibatkan diri dalam program pemajuan professional secara berterusan. Pada era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas.

Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Guru-guru yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning Teacher Assistant Program). Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik yang bertaraf permulaan ini. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan peraturan yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menhargai harga diri (self-concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan perancangan dan menguasai teknik menyoal. Profesion perguruan dapat ditingkatkan jika guru dapat mengawal nilai dalam profesion itu sendiri. Kawalan kendiri merupakan cara yang paling berkesan untuk menjaga nama baik sesuatu profesion. Dewasa ini, kebanyakan orang sering merujuk lebih daripada seorang doktor pakar untuk mendapatkan pandangan sebelum mereka membuat keputusan untuk menjalani sesuatu pembedahan. Kebelakangan ini, wujud pengamal-pengamal perubatan yang tidak beretika mencemarkan nama baik profesion tersebut. Terdapat segelintir doktor yang menyimpan maklumat untuk mengaut keuntungan semata-mata di sebalik perkhidmatannya. Dalam situasi demikian, apa sahaja yang dicadangkan oleh doktor akan dituruti. Perlukah kita mengharapkan MMA (Malaysian Medical Association) mengawasi tingkah laku setiap orang doktor yang ada di Malaysia? Begitu juga dengan dengan profesionalisme guru, menjadi tanggungjawab setiap orang guru untuk mengawasi tingkah laku professional masing-masing melalui pematuhan kod etika dan nilai-nilai kerja yang telah ditetapkan. Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada

orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. Seorang guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu menjadi ahli kepada pertubuhan guru itu sendiri untuk memantapkan dan memartabatkannya.

Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri. Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu, dengan demikian sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Sifat ingin tahu dan kualiti tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan, dipandang tinggi dan sentiasa dihormati oleh masyarakat ( Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yonus @ Ahmad, 2005). Seorang guru juga harus minat kepada buku atau dengan erti kata lain suka membaca buku, bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga yang bersifat ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pembacaan yang luas dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Di samping itu, sikap membaca dapat membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca dalam diri seorang guru amat penting untuk meningkatkan profesion perguruan.

Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti, seseorang

guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan, dalam lima tahun yang lepas tidak pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Namun kini, guru yang tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi.

Guru juga perlu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan seseorang guru untuk sentiasa berusaha dengan meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan faktor utama mengapa penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris seseorang guru perlu selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang muktahir. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral, Teori Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial Kognitif, dan Teori Pengajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan

tingkah laku pelajar. Antara model-model pengajaran yang patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran Expositority, Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran Projek, Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan iaitu pelajar dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru perlu sentiasa menjaga kesihatan diri untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Seseorang guru perlu mengamalkan cara hidup yang sihat tanpa penyakit, dan ia memberi kelebihan kepada guru tersebut untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Pelbagai jenis penyakit di negara ini dapat dikurangkan misalnya seperti penyakit Kardiovaskular dan kanser (Osman Ali, Noor Hassim Ismail, Hashami Bohari, Hanafiah Mohd. Salleh, 1997). Antara aktiviti yang dapat dilakukan untuk mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan bersukan. Amalan pemakanan yang sihat juga penting. Tubuh badan yang sihat dan cergas akan melahirkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan. Melalui penampilan diri seorang guru yang baik, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Sebagai seorang guru, perlakuan diri sentiasa menjadi perhatian anak murid untuk dijadikan contoh teladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku seorang guru mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai seorang guru yang berkualiti. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan citra diri sebagai seorang guru yang berkualiti. Seorang guru juga perlu sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Kestabilan emosi sesesorang guru penting untuk meningkatkan profesion guru. Guru yang hanya dilengkapi dengan ilmu berasaskan akal dan akademik sahaja tanpa disokong pengurusan emosi dan spiritual tidak boleh dianggap sebagai guru yang berkualiti. Guru tanpa kestabilan

emosi tidak akan mampu untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa mengekalkan kestabilan emosi supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti, seterusnya dapat mendidik pelajar-pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Peningkatan profesionalisme guru dapat dilakukan melalui rasa kebertanggungjawapan seseorang guru kepada pelajarnya. Bagi memenuhi tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lainlain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Ia akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru sanggup mengajar mereka terutamanya dalam kelas tambahan tanpa menharapkan apa-apa balasan dan ini akan meningkatkan lagi martabat profesion perguruan di mata mereka.

Guru juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar mereka untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka. Guru juga perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara pendidikan dengan rumah tanggga. Guru perlu menganggap maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berkaitan rumah tangga mereka adalah sulit dan tidak membocorkannnya kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibu bapa mereka. Guru juga perlu sedaya upaya mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. Ini menggambarkan guru itu telus dalam menjalankan tugasnya dan seorang yang tetap pendirian walaupun dengan persekitaran sekarang yang makin mencabar, ini secara tidak langsung akan meningkatlkan lagi profesionalisme guru di mata ibu bapa.

Guru juga perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru perlu sentiasa berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga perlu selalu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar dan bimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang yang lebih tua, memahami perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Guru juga perlu menghormati masyarakat di tempat yang mereka berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Contohnya jika masyarakat setempat mengadakan aktiviti gotong-royong guru yang berkhidmat di kawasan tersebut perlu turut serta dan mengelakkan diri daripada menjadi kera sumbang. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama antara ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan supaya diterima oleh masyarakat. Ini akan meningkatkan lagi profesion perguruan.