Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: JANUARI 2013 KOD KURSUS : HBAE 2103

TAJUK KURSUS: CORAK DAN REKAAN

NAMA NO MATRIKULASI NO .KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

SAFFUAN@MUHAMMAD B. RAMLI 780418035375001 780418035375 0199268935 pyant_otai@yahoo.com.my PPW KELANTAN

Pyant_otai@yahoo.com.my

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia Nya dapatlah menyiapkan juga tugasan kursus ini dengan jayanya. Saya berasa sungguh bertuah kerana mendapat bimbingan daripada pensyarah yang berpengalaman iaitu Cik Siti Mariam. Beliau banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar yang berterusan tanpa jemu sehingga terhasilnya kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya hulurkan. Tidak lupa juga kepada rakan rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi idea kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Banyak bahan bahan rujukan yang dapat dikongsi bersama dan ianya sangat berfaedah kepada saya dalam mempelbagaikan bahan rujukan. Tidak kurang juga sumbangan idea dan pendapat kalian membantu saya mengahsilkan sesuatu yang terbaik bagi diri saya

Semoga dengan terhasilnya kerja kursus ini dapat memberikan sumber inspirasi kepada saya untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan didalam tugas harian saya sebagai pendidik.

Sekian ,terima kasih.

Pyant_otai@yahoo.com.my

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ........................................................................................................................ 4 2.0 HASIL KARYA MURID ......................................................................................................... 6 HASIL KARYA MURID 1 ......................................................................................................... 7 HASIL KARYA MURID 2 ...................................................................................................... 13 HASIL KARYA MURID 3 ........................................................................................................ 7 HASIL KARYA MURID 4 ........................................................................................................ 9 HASIL KARYA MURID 5 ...................................................................................................... 15 3.0 SOROTAN KAJIAN .............................................................................................................. 17 4.0 KESIMPULAN ....................................................................................................................... 19 RUJUKAN .................................................................................................................................... 20

Pyant_otai@yahoo.com.my

1.0 PENGENALAN
Kanak kanak yang dilahirkan memang mempunyai kebolehan dan keistimewaan yang tersendiri. Seni merupakan satu cabang ilmu yang dapat dikelaskan kepada dua kategori iaitu secara bakat semulajadi dan diasuh atau dididik. Bakat semulajadi yang tidak digilap mungkin akan terkubur begitu sahaja tetapi sekiranya individu yang mempunyai bakat dan diasah nescaya akan menjadi seperti permata yang bersinar. Maka di sinilah sebenarnya kepentingan peranan yang dimainkan oleh seorang insan yang bergelar guru khasnya guru Pendidikan Seni Bagi memastikan keperluan tenaga mahir di negara kita dapat dipenuhi sejajar dengan perkembangan semasa,guru-guru memikul satu tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik,membimbing,mencungkil bakat dan kreativiti setiap individu agar mereka dapat mengembangkan potensi diri mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Pendidikan Seni adalah satu alat untuk merangsang daya kreativiti mereka yang akhirnya dapat melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Buktinya, melalui Pendidikan Seni maka lahirnya para pelukis,arkitek, pereka lanskap, pereka fesyen,dan banyak lagi bidang kerjaya yang berkait rapat dengan seni. Menurut Coopes(1988) berpendapat guru seni yang berkesan ialah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, khususnya kemahiran mengajar dalam bidangnya seperti menguasai pengetahuan dan teori pembelajaran dan psikologi manusia. Guru Pendidikan Seni perlu memahami kehendak dan kebolehan yang ada pada setiap murid. Kebolehan dan kemampuan murid adalah berbeza maka, guru perlu mempelajari dan menguasai pelbagai teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk berhadapan dengan situasi ini. Pengetahuan dalam bidang seni dan psikologi kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting kerana guru merupakan agen pemindahan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu psikologi juga sangat penting kepada guru Pendidikan Seni kerana guru berperanan menarik minat dan merangsang idea murid-murid. Selain daripada itu .guru juga perlu menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Sebagai seorang guru, tugas utama guru mencurahkan ilmu kepada semua murid. Oleh sebab itu, guru mestilah sentiasa bersedia untuk membantu semua murid menguasai kemahiran yang diajar tanpa rasa jemu dan putus asa. Guru hendaklah sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada muridmurid sehingga murid-murid menjadi lebih yakin dan percaya kepada kebolehan diri masing4

Pyant_otai@yahoo.com.my

masing. Guru juga merupakan seorang fasilitator yang berperanan merangsang murid-murid berkomunikasi untuk mengemukakan idea-idea baru,berkongsi pengalaman dan pendapat dengan rakan sebaya. Kesimpulannya, tugas dan peranan guru terutama sebagai guru Pendidikan Seni sangat penting. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu. Tugas seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga adalah untuk melahirkan seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga,bangsa dan agama.

Pyant_otai@yahoo.com.my

2.0 HASIL KARYA MURID Bagi melengkapkan kertas kerja ini saya telah memilih murid-murid Tahun 5 Gemilang untuk menghasilkan corak dan rekaan mereka. Sebelum itu mereka terlebih dahulu diberitahu lebih awal supaya mereka boleh bersedia dengan peralatan dan bahan yang mereka ingin gunakan. Murid-murid ini telah dibekalkan dengan alat dan bahan-bahan seperti kertas lukisan,berus, cat poster, pensel warna, krayon dan lain-lain lagi. Murid diberi kebebasan untuk menghasilkan corak dan rekaan mengikut kreativiti mereka sendiri. Mereka juga diberi kebebasan untuk membawa sendiri bahan-bahan yang mereka ingin gunakan. Semasa mereka menyiapkan karya masing-masing pelbagai ragam dan aksi dapat saya perhatikan. Setelah lebih satu jam akhirnya pelbagai corak dan rekaan telah dapat dihasilkan oleh murid-murid. Saya telah memilih 5 hasil karya terbaik untuk disertakan di dalam tugasan ini.

Pyant_otai@yahoo.com.my

HASIL KARYA MURID 1

Tajuk Umur murid Media Teknik

: Polka Dot : 11 tahun :kertas lukisan, cat poster,batang betik,batang keladi :cetakan

Pyant_otai@yahoo.com.my

Corak yang ketiga dihasilkan oleh Hassan bin Junoh juga berumur 11 tahun. Corak yang dihasilkan oleh beliau dinamakan sebagai Polka Dotsempena susunan rupa atau bentuk asas geometri iaitu bentuk bulat. Jenis corak yang dihasilan tidak terancang. Pemilihan warna yang digunakan sangat cantik dan menarik. Beliau telah menggunakan bahan-bahan semulajadi iaitu batang betik dan batang keladi untuk menghasilkan corak. Gabungan bahan-bahan tersebut telah menghasilkan satu motif corak yang menarik. Walaupun pada peringkat awal,saya tidak nampak corak sebenar yang ingin beliau tunjukkan namun akhirnya beliau telah berjaya mengahasilkan satu corak yang menarik. Beliau suka membuat motif dan corak berbentuk geometri dan pada kali ini beliau memilih bentuk bulat untuk hasil kerya beliau. Berdasarkan hasil karya yang ditunjukkan ,dapat disimpulkan bahawa beliau adalah seorang yang periang, ceria dan bersifat terbuka. Melalui pemilihan warna-warna yang ceria menjadikan sesiapa sahaja yang melihat karya beliau berasa lapang dan gembira. Beliau telah dapat memilih dan mendapatkan benda-benda yang unik untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. Bahan-bahan tersebut kemudiannya diolah, digubah untuk mencipta sesuatu karya yang digemarinya. Beliau telah memberi perhatian secara terperinci terhadap setiap ciptaannya. Terutama pada susunan bentuk dan pemilihan warna yang sesuai untuk menghasilkan satu jalinan yang menarik. Penggunaan bahan semulajadi seperti batang keladi dan betik telah memberi kesedaran kepadanya bahawa wujudnya corak di alam sekitar. Oleh sebab itu,beliau telah menyedari alam semulajadi juga memainkan peranan penting dalam menyunbangkan idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Alam semulajadi adalah anugerah yang sangat bernilai dan berharga kerana pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar menghasilkan karya yang harmoni dan bermakna. Beliau telah dapat mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. Selain daripada itu juga beliau dapat mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsureunsur corak kraf tradisional. Beliau dapat mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsure tradisional pada alat kegunaan harian,

Pyant_otai@yahoo.com.my

HASIL KARYA MURID 2

Tajuk Umur murid Media Teknik

: Roda Harapan : 11 tahun :kertas lukisan, cat poster,berus :catan

Pyant_otai@yahoo.com.my

Hasil karya ini dihasilkan oleh Nur Husna bt. Husin. Beliau berusia 11 tahun. Beliau seorang yang sangat penmalu dan pendiam. Apabila saya meminta beliau membuat corak, beliau terus termenungdan tidak memberi respon yang baik . Pada mulanya saya berpendapat beliau tidak mungkin dapat menyiapkan corak yang dikehendaki. Namun pada akhirnya saya terkejut kerana mendapati corak yang dihasilkannya sangat berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Saya berasa sangat gembira dan terharu. Hasil karya beliau diberi nama Roda Harapan. Ini kerana beliau sangat suka melihat dan memerhatikan benda bulat dan berputar. Contohnya roda yang berputar dan kipas yang berpusing Mungkin disebabkan perkara inilah yang membuatkan beliau suka termenung. Jenis susunan dalam corak dan rekaan yang telah digunakan ialah susunan berpusat. Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan,segi empat, hexagon,oktagon dan sebagainya. Beliau telah memilih teknik catan untuk menghasilkan karya. Walaupun nampak mudah tetapi hasil karya beliau sangat unik dan menarik. Pemilihan warna juga sangat cantik dan menarik. Beliau telah dapat mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. Di dalam hasil karya beliau telah menggunakan bentuk bulat dan segiempat. Beliau telah berjaya membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak iaitu menyusun bentuk segiempat secara berputar. Beliau juga telah menyedari prinsip seni reka seperti imbangan,harmoni,kadar banding,penegasan,kepelbagaian,kesatuan dan kontras dalam penghasilan corak. Penggunan gabungan pelbagai bentuk dapat meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Beliau juga telah memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. Penggunaan bentuk-bentuk geometri boleh diolah dan diubahsuai ke dalam unsurunsur corak kraf tradisional. Dengan cara ini juga,melalui corak dan rekaan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dapat dikembangkan dan dikekalkan dalam kehidupan masyarakat seharian.

10

Pyant_otai@yahoo.com.my

HASIL KARYA MURID 3

Tajuk Umur murid Media Teknik

: Bungan Matahariku : 11 tahun :kertas lukisan, cat poster,berus :Catan

11

Pyant_otai@yahoo.com.my

Hasil karya ini dihasilkan oleh adik Nur Anis Natasha bt. Mohd Abu yang merupakan murid tahun 5 Gemilang. Beliau telah menghasilkan satu susunan corak yang bertajuk Bunga Matahari. Beliau telah menggunakan teknik catan dalam menghasilkan karya beliau. Hasil daripada temubual didapati beliau telah memilih tajuk bunga matahari kerana bagi adik Nur Anis Natasha bunga matahari itu sungguh cantik.. Ketika beliau menyiapkan lukisan ini,didapati beliau begitu teliti merancang corak yang hendak dilukis. Sebelum memulakan membuat corak, beliau terlebih dahulu melakarkan corak dan barulah memilih warna yang sesuai. Beliau juga telah mengenalpasti beberapa bentuk asas yang hendak digunakan. Beliau telah menggunakan garisan grid supaya corak yang dihasilkan nampak kemas dan teratur.Corak bunga yang dilukis adalah hasil iliustrasi daripada pengalaman beliau iaitu berdasarkan kelopak bunga matahari yang kemudiannya telah diubah suai mengikut kreativitinya sendiri. Beliau dapat mencipta corak yang digemarinya iaitu susunan bunga. Beliau telah berjaya membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Beliau juga mempunyai pengamatan yang tajam dan dapat meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. Melalui hasil karya ini juga dapat dilihat bahawa beliau telah menyedari prinsip seni reka seperti imbangan,harmoni,kadar banding,penegasan,kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. Beliau juga telah memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. Selain daripada itu juga beliau telah menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. Corak yang dihasilkan oleh beliau ialah jenis corak terancang iaitu motif disusun secara teratur dalam susunan tertentu. Pada peringkat umur 11 tahun,beliau telah dapat mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah melalui penghayatan dan pengalaman melihat bunga matahari. Dengan ini juga beliau dapat mengenal,mengolah,mengubah suai dan menggunakan unsur-unsur corak tradisional menjadi karya yang sangat menarik dengan kreativiti diri sendiri. Melalui seni, unsurunsur kebudayaan kebangsaan dapat dikembangkan dan dikekalkan.

12

Pyant_otai@yahoo.com.my

HASIL KARYA MURID 4

Tajuk Umur murid Media Teknik

: Bunga Batang Pisang : 11 tahun :kertas lukisan, cat poster,batang pisang :cetakan

13

Pyant_otai@yahoo.com.my

Hasil karya ini pula adalah milik murid tahun 5 Gemilang yang bernama Mohd Agus b. Dali. Beliau telah memilih corak jenis terancang untuk menghasilkan karya beliau. Beliau menamakan hasil karya beliau Bunga Batang Pisangkerana beliau telah menggunakan batang pisang untuk menghasilkan corak Bungan tersebut. Walaupun beliau kelihatan agak lincah dan lasak tetapi dalam penghasilan karya beliau menyiapkannya dengan tekun dan teliti. Apabila ditanya mengapa beliau memilih batang keladi untuk menghasilkan corak,beliau menyatakan bahawa batang keladi mempunyai struktur corak yang sangat menarik apabila dipotong secara tegak atau pun serong. Lagi pun batang keladi sangat mudah didapati dan terdapat di merata-rata tempat. Catan batang keladi ini dibuat dengan cara mencelupkan batang pisang yang telah dipotong serong ke dalam cat poster,kemudiannya dicetak di atas kertas lukisan. Walau pun agak mudah,tetapi pemilihan dan penyesuaian warna juga memainkan peranan penting supaya corak kelihatan lebih cantik dan menarik. Batang pisang adalah bahan semulajadi yang sesuai untuk menghasilkan gubahan seni. Corak yang dihasilkan juga adalah mengikut sifat semulajadi batang pisang. Sebenarnya terdapat banyak bahan semulajadi yang dapat diolah dan diubahsui menjadi gubahan corak yang yang menarik. Bahan yang biasa digunakan adalah seperti batang pisang,ubi kentang,daun dan banyak lagi. Penggunaan bahan-bahan ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid-murid kerana mereka lebih gemar meneroka dan bereksperimentasi membuat motif dan corak menggunakan bahan-bahan tersebut. Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi jaga dapat membantu murid menyedari bahawa wujudnya corak disekeliling mereka. Bukan itu sahaja sebenarnya corak juga terdapat pada peralatan kegunaan harian. Contonhya,susunan jubin pada lantai,corak pakaian,alas meja,corak pada perabut dan banyak lagi. Oleh sebab itu, beliau telah berjaya merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. Beliau juga menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. Murid yang berumur 11 tahun telah mempunyai pengetahuan budaya secara tidak langsung melalui pengalaman kehidupan seharian. Denga itu, beliau telah dapat membuat corakcorak tradisional yang mudah. Semenjak dari dahulu lagi penggunaan corak dalam kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan. Bahkan bidangg corak dan rekaan semakin berkembang selari dengan peredaran masa dan berubah daripada corak tradisional kepada corak moden dan terkini. 14

Pyant_otai@yahoo.com.my

HASIL KARYA MURID 5

Tajuk Umur murid Media Teknik

: Keindahan Warna Pelangi : 11 tahun :kertas lukisan, cat poster,berus :Percikan

15

Pyant_otai@yahoo.com.my

Hasil karya yang terakhir dihasilkan oleh Kamilah bt. Kamal juga berusia 11 tahun. Beliau merupakan seorang murid yang periang dan ceria. Beliau telah menyiapkan lukisan corak paling cepat. Hasil karya beliau juga sangat kreatif dan menarik. Beliau telah menggunakan teknik percikan dalam hasil karya beliau. Hasil percikan beliau telah menghasilkan ton warna dan dan corak yang abstrak tetapi menarik. Beliau menamakan hasil karya beliau Pelangi Senja kerana gabungan warna yang agak gelap. Walaupun begitu hasil percikan berus membentuk satu corak yang mempunyai kelainan dan menakjubka kerana beliau hanya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan lukisan corak tersebut. Teknik percikan menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan atau percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat, atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaaan sesuatu bahan seperti kertas,kain, kanvas, plywood dan sebagainya mengghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Karya ini telah menggambarkan luahan perasaan beliau yang sebenar melalui penggunaan berus, warna, percikan warna dengan gaya yang bebas menghasilkan lukisan corak abstrak. Beliau mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas semasa berkarya. Aksi beliau semasa melukis memberikan kesan yang menarik kepada penghasilan karya. Karya Pelangi Senja memperlihatkan warna yang dimanipulasikan bagi penghasilan garisan dan jalinan yang menggambarkan pergerakan yang dinamik. Melalui hasil karya yang ditunjukkan, beliau berjaya membuktikan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang corak dan rekaan. Dengan usaha dan tunjuk ajar guru, beliau telah menghasilkan satu rekaan corak yang kreatif dan menarik. Beliau juga telah mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional yang mudah. Teknik percikan sangat berguna kerana hasil corak yang menarik menyebabkan teknik ini digemari oleh ramai pengkarya untuk menghasilkan corak pada alat kegunaan harian seperti pakaian, langsir,tikar getah dan sebagainya. Semoga dengan penghayatan dan penguasaan ilmu dalam bidang ini, golongan muda dapat menghargai, mengekalkan dan mewarisi kebudayaan kepada generasi seterusnya.

16

Pyant_otai@yahoo.com.my

3.0 SOROTAN KAJIAN


Penghasilan karya sebenarnya banyak menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti murid melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Berdasarkan hasil yang telah ditunjukkan oleh murid-murid, dapat diperhatikan bahawa hasil karya murid banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang terdapat di sekeliling mereka. Hasil karya banyak berkait dengan alam semulajadi dan pengalaman dalam kehidupan seharian murid. Apabila guru meminta murid membuat corak dan rekaan, idea dan pemikiran mereka sinonim dengan corak tumbuh-tumbuhan seperti bunga, daun, batang pokok dan sebagainya. Hasil karya murid yang telah dilampirkan mendapati murid-murid perempuan lebih suka membuat motif bunga dan bercorak terancang. Berbanding dengan murid lelaki yang lebih gemar membuat corak tidak terancang yang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis ,meniup, mengayak dan sebagaimya. Walau bagaimanapun kebanyakan murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada dalam bidang corak dan rekaan. Merujuk kepada jenis susunan dalam corak dan rekaan pula, murid-murid kebanyakannya menggunakan susunan ulang sekata iaitu motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini dibuat berpandukan garisan grid. Selain daripada itu,susunan berselang seli juga digunakan oleh murid dalam hasil karya Polka Dot. Motif batang keladi disusun secara berselang seli di antara motif batang keladi di antara ruangan yang kosong. Motif susunan berpusat juga digunakan dalam hasil karya Roda Impian. Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini telah dihasilkan dalam bentuk segiempat. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti alam semulajadi iaitu bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Selain daripada itu, motif juga terdapat pada bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting. Motif geometri adalah seperti bulat, segitiga dan segiempat. Motif juga terdapat pada abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka. Akhir sekali motif juga terdapat dalam bentuk rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Menurut seorang tokoh barat dalam bidang seni visual iaitu Frank Cizek(1865-1946) berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian bidang corak dan rekaan merupakan satu elemen seni yang membuka ruang bagi mereka menyatakan apa yang mereka lihat dari 17

Pyant_otai@yahoo.com.my

pandangan dan pengalaman mereka sendiri. Kanak-kanak mampu mencapai impuls kreatif yang tersendiri mengikut kemampuan diri dengan galakan dan bimbingan orang dewasa. Kanak-kanak wajar diberi peluang sepenuhnya untuk mereka meluahkan kreativiti mereka sendiri tanpa kongkongan orang dewasa. Orang dewasa hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Di sinilah peranan yang patut dimainkan oleh seorang guru Pendidikan Seni. Cizek juga mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni sebagai pengukuhan. Secara keseluruhannya apabila murid-murid menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat untuk memajukan diri meningkat. Maka murid-murid sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar. Sebagai seorang guru Pendidikan seni haruslah menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana mencetuskan cara untuk memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk mengkaji dan mendekati murid-murid di peringkat kanak-kanak.

18

Pyant_otai@yahoo.com.my

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, bidang corak dan rekaan mampu membantu murid-murid mengamalkan nilai-nilai estetik yang tinggi,berimaginatif,kreatif,inivatif dan inventif di dalam kehidupan seharian. Guru-gurulah yang memainkan peranan penting untu meranngsang minda murid-murid agar lebih berfikiran terbuka dan optimis. Guru Pendidikan Seni perlu melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajara yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap optima. Dalam merancang pengajaran yang berkesan seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. Sebahagian besar murid-murid mempunyai kecenderungan di dalam pendidikan seni. Pada peringkat kanak-kanak lagi mereka melakukan aktiviti melukis sebagai alat untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan serta cara mencapai kepuasan diri mereka. Bidang corak dan rekaan boleh diperkembangkan pada peringkat kanak-kanak lagi. Mereka perlu diberi kebebasan untuk berkarya. Pengalaman di dalam kehidupan seharian banyak membantu mereka menghasilkan karya. Walaupun pada peringkat awal mereka tidaj dapat menguasai dan memahami unsur-unsur seni tetapi unsur-unsur tersebut telah sedia ada di dalam hasil karya mereka secara tidak langsung. Pada peringkat umur 11 tahun, murid-murid telah dapat melukis secara realistik dan teliti. Jika diperhatikan hasil karya yang telah dilampirkan, terdapat unsurunsur seni di dalam hasil karya mereka. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta,bunga,alat permainan dan sebagainya. Objek objek ini dijadikan panduan kepada murid-murid untuk mencipta motif-motif. Motif-motif ini disusun dan akhirnya membentuk corak. Melalui aktiviti inilah bidang sebenarnya dapat memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan corak dan rekaan. Murid-murid juga dapat meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,inovasi,disiplin serta kemahiran dalam bidang seni yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya apabila dewasa kelak.

19

Pyant_otai@yahoo.com.my

RUJUKAN
Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haslinda Madon (2011). HBAE Menggambar, (OUM), Meteor Doc.Sdn. Bhd. Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill. Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44. http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/ http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html Penggunaan taksonomi Bloom, http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/b/1.

20

Pyant_otai@yahoo.com.my

LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai