Anda di halaman 1dari 7

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK VICTOR LOWENFELD Pengenalan Victor Lowerfeld (Prof Dr.

Abdul Shukor Hashim, 1999) telah membuat kajian beriburibu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap perkembangan mereka. Enam (6) tahap ini adalah seperti berikut: i. Tahap Contengan (Scribbling Stage) 2 hingga 4 tahun ii. Tahap Pra Skematik (Preschematic) 4 hingga 7 tahun iii. Tahap Skhematik (Schematic) 7 hingga 9 tahun iv. Tahap Menjelang Realisma (Dawning Realism) 9 hingga 11 tahun v. Tahap Pseudo Naturalisma (Pseudo Naturalisme) 11 hingga 13 tahun vi. Tahap Remaja (Adolescence): a) Krisis Remaja (Crisis of adolescence) (13 - 17 tahun) b) Remaja (Adolescence) 17 tahun

Teori Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Oleh Victor Lowenfeld i. Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. ii. Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. iii. Peringkat Schematic (7-9 Tahun) iv. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

v.

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan.

Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

vi.

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

ULASAN KARYA

Tajuk Tahap Tahun Sekolah

: Banjir Di Kampung Saya :1 :2 : SK Buang Sayang, Papar

Nama Murid : Mohammad Isaac Fitri Izuddin B. Mohd. Noor

Tarikh hasil : 6 Julai 2011 Saiz Lukisan : B4

Berpandukan kepada hasil lukisan murid di atas, murid berada pada Peringkat Schematic (7-9 Tahun). Dapat dilihat bahawa murid melukis mengikut tema dan tajuk yang diberikan. Murid meletakkan objek di sekelilingnya seperti rumah, pokok, kayu atau papan yang hanyut dan subjek manusia secara tersusun dan menyeluruh. Murid menggunakan sepenuhnya ruang pada kertas lukisan.

Tema Murid melukis berpandukan tajuk yang diberi iaitu terdapat air sungai yang mengalir menghanyutkan kayu atau papan turunnya hujan dan tiga orang manusia menaiki sampan. Murid dapat melukis gambaran figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas lukisan. Daya Imaginasi Melalui pemerhatian pada lukisan, murid mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana dapat melukis berdasarkan kepada tema, imaginasi dan pengalaman yang mungkin pernah dilihat atau dialami oleh murid itu sendiri.

Teknik dan Bahan Zaman ini, alat yang biasa digunakan untuk melukis adalah pensel. Begitu juga dengan murid ini menggunakan pensel dan pensel warna sebagai alat dan bahan untuk menghasilkan lukisannya. Murid menggunakan teknik lukisan iaitu garisan selari. Garisan selari menggunakan pensel warna dapat dilihat dimana murid mewarna objek pada satu arah sahaja. Murid melukis menggunakan pensel terlebih dahulu dan kemudian lukisan diwarnakan.

Asas Seni Reka Unsur-unsur seni Murid menggunakan beberapa jenis garisan pada lukisannnya. Garisan-garisan yang digunakan adalah untuk menimbulkan bentuk dan juga jalinan. Pertama, garisan berbiji yang menggambarkan keadaan hujan turun. Kedua garisan bersudut untuk membuat bentuk rumah empat segi dan juga atap berbentuk prisma. Ketiga, murid juga menggunakan garisan beralun untuk menunjukkan keadaan pergerakan air. Garisan berulang dapat dilihat pada kayu atau papan yang hanyut. Murid pandai menyesuaikan penggunaan warna pada objek. Contohnya objek pokok. Warna hijau digunakan untuk menunjukkan objek daun. Kemudian warna coklat digunakan untuk mewarna batang pokok. Warna merah pula digunakan untuk

memperlihatkan buah-buahan di atas pokok. Objek hujan, awan dan air menggunakan warna biru yang sama. Dari segi penggunaan unsur rupa, jelas dilihat pada titik hujan, awan, pokok, atap, pintu, tingkap dan badan rumah. Rupa geometri terdiri daripada atap, pintu, tingkap dan badan rumah kerana mempunyai sudut dan penjuru. Manakala awan, titik hujan dan pokok adalah rupa organik iaitu rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Prinsip rekaan Melihat kepada warna merah pada rumah, jelas menunjukkan penegasan wujud pada lukisannya. Warna merah yang panas dan saiz rumah yang besar menjadi daya penarik kepada si pemerhati. Garisan beralun pada air telah mewujudkan pergerakan. Kepelbagaian dapat diperhatikan melalui penggabungan pelbagai objek dan subjek, perbezaan dari segi saiz (titik hujan) dan gabungan unsur unsur seni garisan, warna, rupa dan bentuk. Susun atur dan komposisi Murid dapat menggambarkan idea dalam susun atur dan komposisi yang baik. Murid telah mengenali objek-objek yang ada disekelilingnya. Kedudukan awan pada bahagian atas kertas lukisan. Bahagian tengah terletaknya rumah, pokok dan perahu yang dinaiki oleh 3 orang manusia. Pada bahagian bawah lukisan, terdapat sungai yang mengalir, kayu atau papan yang terapung dan seekor ikan. Apa yang cuba disampaikan oleh murid adalah jelas dan teratur. Rupa dan bentuk yang dihasilkan sesuai dengan tema yang ingin disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai