Anda di halaman 1dari 2

asas pengcegahan kpd mungkar ialah firman Allah: maksudnya: suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah perkara mungkar...

bahkan ia menjadi kewajipan setiap diri individu apabila Allah swt berfirman:maksudnya: "... dan org2 yang berpesan dgn kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran" namun dalam menangani perkara mungkar ini, seringkali perintah yg pertama ditinggalkan iaitu menyuruh yang ma'ruf. maka sebenarnya pencegahan itu menjadi cacat,kerana yang sebenarnya diperintah ialah menyuruh ma'ruf, maka dlm masa yg sama mungkar akan terhindar. apabila seseorg itu didorong melakukan ma'ruf, maka dgn sendirinya mungkar itu akan dihindari.seorang yang sedang melakukan maksiat, jika hanya dicegah dari melakukan perkara itu, maka mungkin dia akan tinggalkan maksiat ditempat itu, namun tidak mustahil dia akan melakukan ditempat yang lain.beberapa hari lepas telah dilaporkan seorg yang menegur pasangan yang maksiat telah dipukul oleh rakan2 pasangan itu sehingga pengsan! mungkin ini sikap buruk pasangan itu dan rakan2nya. namun jika diteliti dan difahami kebanyakan dari kita malah kita sendiri memang tidak suka org menegur atau memarahi kita begitu sahaja. memang kita akui perbuatan yang kita lakukan itu buruk atau jahat atau berdosa, tapi sikap org yang menegur itu telah menyebabkan kemarahan kita semakin menyala-nyala.maka sebab itulah utk mencegah mungkar ialah, mengajak mereka membuat ma'ruf! jika diteliti sabdaan nabi:maksud: kita kamu lihat sesuatu perbuatan mungkar,maka cegahlah dgn tangan, jika tidak mampu.... dgn hati, maka itulah selemah2 iman. kemungkaran itu memang patut dicegah, namun apakah maksud disebalik perbuatan mencegah mungkar itu jika tidak membawa mereka kpd ma'ruf? apakah kerana kita tidak mahu perlakuan itu berlaku dihadapan mata kita sahaja, dan merelakan perbuatan itu dibelakang kita? apakah huraian paling tepat bagi pencegahan dengan tangan? dlm perbincangan ulama, ia bermaksud menarik mereka kepada ma'ruf, bukan sekadar menghukum dan menghukum mereka sehingga kefahaman mereka jauh dari agama.inilah masalah sebenar yg berlaku dlm masyarkat. saya cuba ringkaskan perbincangan. apa maksud dgn perkataan? ia adalah pujukan, rayuan, nasihat, hubungan supaya mereka terarah kepada yang ma'ruf. apa maksud dgn hati? ia adalah doa. kerana tidak mampunya kita mengarah pelaku maksiat itu kpd ma'ruf, tidak mampunya kita untuk berbual dan memujuknya, maka kita rasa cukup sedih diatas kelemahan kita ini dan apa yang boleh kita buat adalah mendoakan maghfirah (keampunan) terhadap dosanya yang dilakukan itu, sebagai langkah terakhir spy dia menghindarkan diri dr perbuatan tersebut.

tapi apa yg berlaku hari ini, kita mencaci, mengeji,mengutuk dan pelbagai cara yang sgt bertentangan dgn syarak. maka apa sebenarnya yg kita harapkan?... Apa yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya? Rasulullah bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata-mata tetapi terhadap semua anggota masyarakat. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab social. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain, tetapi sebaliknya untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya. Peranan seorang Muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka reda dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan