Anda di halaman 1dari 1

'Rajin itulah penyebab utama kejayaan, malas itulah punca utama kegagalan' Dalam kamus, perkataan 'berjaya' mendahului

perkataan 'rajin' dan perkataan 'gagal' mendahului perkataan 'malas'. Tetapi di dalam realiti hidup sebaliknya yang berlaku. Jadi kerajinan pasti membuahkan kejayaan. Hukuman kemalasan ialah kegagalan. Kata Imam Ghazali, rajin adalah penawar yang paling mujarab dan malas adalah racun yang paling berbisa. Tepat sekali pengamatan ini kerana bagi orang yang malas walaupun segala kemudahan dan sokongan diberikan, ia tidak memanfaatkan sepenuhnya melainkan apa yang dibekalkan itu digunakan. Untuk menggunakannya dengan berkesan ia tidak boleh malas sebaliknya perlulah rajin. Manakala bagi mereka, rajin berusaha, yang tidak ada pun boleh diadakan, yang kecil boleh dibesarkan, yang sedikit boleh dibanyakkan dan yang jauh boleh didekatkan. Asalkan seseorang itu benar-benar berkehendakkan sesuatu, dia akan berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk mendapatkannya walaupun tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa. Sifat rajin itulah yang akan bertindak sebagai lampu Aladdin bagi mengadakan apa yang sebelumnya tiada. Carilah penawar (rajin) dan jauhi air yang berbisa dan beracun (malas), nescaya hidup kita lebih selamat.