Anda di halaman 1dari 45

KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DAN KHSR DI MALAYSIA

Objektif:

1. Membezakan model kurikulum dan pengajaran era dahulu dan model semasa.
2. Menyenaraikan potensi model semasa berbanding model terdahulu 3. Perbandingan kurikulum dalam dan luar negara

KURIKULUM
Pengertian: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum?

Kurikulum diambil dari perkataan Latin Currere yang bermaksud siri atau episod - yang bermaksud satu siri kursus-kursus yang perlu diambil oleh pelajar
Terdapat pelbagai pandangan dan tafsiran tentang maksud kurikulum (Posner, 1995), antaranya; a. Satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran b. Silibus c. Kerangka kursus d. Buku Teks e. Keseluruhan kursus atau program (Course Study) f. Pengalaman terancang

Pengertian
Istilah kurikulum berdasarkan du makna; iaitu makna pada Peringkat Konsep dan makna pada peringkat Amalan - Peringkat konsep bermaksud Pengalaman yang dilalui oleh seorang pelajar yang membantu beliau meneruskan kehidupan danaktiviti seharian dengan lebih berkesan - Peringkat amalan pula bermaksud dokumen yang mengandungi a. senarai mata pelajaran bagi sesuatu kursus b. sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran c. kaedah bagaimana kandungan mata pelajaran dapat dikuasai oleh pelajar

PENGERTIAN
Daripada pelbagai tafsiran mengenai kurikulum, kebanyakan mengatakan ia adalah sebagai suatu proses dan produk. Untuk tujuan itu kurikulum bolehlah diistilahkan sebagai semua jenis pengalaman yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh sesebuah Institusi pendidikan. (Wenrich, Wenrich & Galloway, 1983). Ia juga boleh dirujuk kepada program atau sesuatu kursus.

TUJUAN PEMBENTUKAN KURIKULUM


Mengikut Wenrich, Wenrich & galloway (1988) tujuan pembinaan kurikulum adalah untuk; i. memenuhi permintaan masyarakat dan industri terhadap pekerja mahir Dalam melahirkan pekerja mahir, pihak institusi hendaklah merancang dan penyediakan pengalaman-pengalaman yang sesuai untuk seseorang memperolehi ilmu, kemahiran teknikal dan lain-lain kemahiran seperti berkomunikasi dan kemahiran bekerja.

RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM PTV


Perbezaan kurikulum antara PTV dengan kurikulum akademik (Generik) Kurikulum PTV mengambil kira tentang permintaan sektor pekerjaan - PTV tidak dapat dipisahkan dengan pekerjaan Kurikulum PTV responsif terhadap keperluan sektor industri Kurikulum PTV mestilah sentiasa dinamik, terkini serta releven dan tidak statik.

JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum bukan sesuatu yang bebas nilai (value-free), tetapi ia berkait rapat dengan sesuatu nilai dan matlamat yang ingin dicapai. Posner (1995) menyatakan terdapat sekurang-kurang nya 5 jenis kurikulum 1. Kurikulum rasmi - kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi 2. Kurikulum Operasi - yang digunakan dalam bilik darjah 3. Kurikulum Tersembunyi - perkara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak terdapat dalam kurikulum rasmi 4. Kurikulum nol - Subjek yang tidak diajar 5. Ko-kurikulum - Pengalaman terancang di luar bilik darjah
7

MODEL KURIKULUM
Antara model; 1. Model Tyler (Ralph Tyler - 1949)

2. Model Johnson ( Mauritz Johnson - 1967)


MODEL TYLER - mengemuka 4 soalan sebelum membentuk kurikulum i. Apakah yang hendak dicapai? - matlamat dan objketif biasanya diperolehi dari kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri. Subjek atau kursus yang ditawarkan. Disesuaikan dengan falsafah, visi dan misi institusi. - objektif perlu ditulis dengan tepat dan boleh diukur dan dicapai
8

MODEL KURIKULUM
ii. Mengenalpasti apakah bentuk pengalaman? - Pengalaman yang disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. iii. Bagaimana pengalaman tersebut disususn secara sistematik supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan? iv. Bagaimana menentukan matlamat dan objektif kurikulum tersebut tercapai?

MODEL TYLER
Persoalan Tyler ? 1. Apakah matlamat yang hendak dicapai

2. Apakah bentuk pengalaman yang di perlukan utk mencapai matlamat tersebut 3. Bagaimana pengalaman disusun supaya lebih berkesan? 4. Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

10

MODEL KURIKULUM
MODEL JOHNSON - mengandungi 4 komponen utama.

i. Menentukan matlamat
ii. Memilih kurikulum iii. Merancang kurikulum

iv. Menilai kurikulum

11

MODEL JOHNSON
Elemen Model Johnson

1. Menentukan matlamat kurikulum

2. Memilih Kurikulum

3. Merancang kurikulum

4. Menilai kurikulum

12

CARTA ALIR MODEL JOHNSON


Tentukan matlamat
Matlamat Pendidikan Merancang Kurikulum

Bujur : Proses Segiempat : produk

Kurikulum Merancang Pengajaran Rancangan Pengajaran Pengajaran

Pembelajaran Hasil Pembelajaran

13

MODEL KURIKULUM
MODEL GAY - Mengemukakan 4 model dalam proses penghasilan kurikulum;

a) Model Akademik
- menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat keputusan mengenai kurikulum. Penekanan diberi kepada penggunaan struktur sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan kurikulum b) Model Eskperiental - lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar dimana aktiviti pelajar diutamakan. Objektif pembelajaran lebih memfokus kepada individu dan proses; dengan tujuan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai anggita masyarakat.
14

MODEL KURIKULUM
c) Model Pragnetic - meemberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan persekitaran setempat atau sekolah. Ini bermakna kurikulum dirancang supaya memenuhi setting sekolah, bukan setting dari luar sekolah b) Model Teknikal

- menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagi kepada komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang. Antara komponen; - Malaksanakan analisis keperluan - menyatakan objektif - memilih kandungan yang selari dengan objektif - menetapkan kaedah penilaian yang kukuh
15

CIRI-CIRI KURIKULUM PTV


Matlamat utama PTV untuk membekalkan pelajar PTV dengan ilmu, kemahiran dan sikap untuk membolehkan pelajar mendapatkan pekerjaan yang diiktiraf oleh majikan tentang kebolehan dan kecekapan kajian di Malaysia (Ramlee Mustafa, 2001) mendapati para majikan mahukan lepasan PTV mempunyai kemahiran teknikal, berkomunikasi dan boleh menjalankan tugas dengan baik (kemahiran Interpersonel)

16

CIRI-CIRI KURIKULUM PTV


Antara ciri utama: Bergantung kepada matlamat, visi dan misi sesebuah institusi PTV Fokus kepada proses dan produk Kemahiran berasaskan pekerjaan Perlu responsif terhadap kehendak industri Pelajar memerlukan latihan industri Hubungan yang rapat dengan pihak industri Memerlukan standard kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri Persijilan yang diiktiraf Memerlukan infrastruktur dan peralatan yangsetara dengan industri Kos efisien
17

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


Schwab (1971) - terdapat Empat elemen penting dalam pendidikan, iaitu GURU, PELAJAR, MATAPELAJARAN dan PERSEKITARAN

Contoh:
Perancang kurikulum - perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan tahap pencapaian pelajar yang akan menggunakan kurikulum tersebut. Aspek Guru - Latihan yang akan diberikan kepada guru yang akan melaksanakan kurikulum tersebut. Apa matapelajaran baru yang akan diperkenalkan dalam mencapai matlamat.

18

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


Contoh: Persikataran - maklumat input dari majikan dan industri perlu diintergrasikan dengan kurikulum. (supaya lepasan PTV mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri)

19

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


Tyler (1949 ) dan Taba (1962) Mencadangkan perkara utama dalam merancang kurikulum ialah analisis keperluan. Keperluan dalam mewujudkan kurikulum baru atau mengubahsuai kurikulum sedia ada. Antara elemen: - Rasional - Kajian keperluan - Matlamat dan objektif - Input dari Stakeholder - Ciri-ciri pelajar (Target audience) - Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri - Jangka masa program - Bahan, resource dan infrastruktur

20

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


urutan kursus Latihan guru Penilaian Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan industri Kawalan kualiti dan akreditasi Ramalan tentang pasaran pekerjaan

21

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


Evans dan Herr (1978) Mencadangkan tiga perkara iaitu; 1. Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan 2. Pelbagaikan opsyen kursus -dapat perbanyakan pilihan

3. Pelbagaikan teknik pengajaran - dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran Rujuk: Evans , RN & Herr EL (1978), Foundations of Vocational Education, Columbus, OH Charles E. Merill
22

ELEMEN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM


Harmon (1968) Beberapa kategori keperluan;

1. Kehendak Sosial
- berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan dan latihan yang diperlukan oleh masyarakat. 2. Keperluan Sektor Pekerjaan - faktor ekonomi memainkan peranan yang penting dimana institusi pendidikan perlu peka terhadap permintaan industri pada masa sekarang dan juga akan datang 3. Kos Efisien - supaya pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima
23

HUBUNGKAIT ANTARA PERANCANGAN KURIKULUM, MEMBINA ISI KANDUNGAN DAN PELAKSANAAN


MERANCANG KURIKULUM Mewujudkan proses membuat keputusan Memungut dan menilai data (sekolah) Memungut dan menilai data (Masyarakat & Industri MEMBINA ISI KANDUNGAN Menggunakan strategi untuk menentukan isi kandungan MELAKSANAKAN KURIKULUM Mengenal pasti dan memilih bahan Membuat bahan

Membuat keputusan tentang isi kandungan


Membina matlamat dan objektif kurikulum

Memilih strategi pelaksanaan


Menilai kurikulum

Proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum (Finch & Crunklin, 1993


24

FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN KURIKULUM

Faktor
1. Masa 2. Fizikal Infrastruktur 3. Politik Dan Undang-undang 4. Organisasi 5. Demografi 6. Ekonomi

Deskripsi
Kuantiti, kekerapan dan tempoh penjadualan Persekitaran, Bangunan dan Peralatan Akta, enakmen dan peraturan kerajaan Petadbiran, saiz dan struktur organisasi, dasar dan visi Latar belakang, ciri-ciri, bakat, minat, pengajar dan ibubapa Keperluan ekonomi, industri, faktor kos dan manfaat dan kos efisien Falsafah, nilai, budaya sesebuah sekolah dan masyarakat 25

7. Budaya

PENILAIAN KURIKULUM
Penilaian bertujuan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data yang sebenar. Dibuat atas dasar accountability lebih-lebih lagi apabila menggunakan kewangan. Dalam kurikulum penilaian berkaitrapat dengan perancangan objektif dan matlamat sesuatu program.

Penilaian dalam PTV adalah suatu proses pemungutan data dan maklumat untuk memudahkan perancangan yangakan dapat membantu meningkatkan mutu program PTV.
Penilaian juga bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan prestasi sesebuah institusi.

26

PENILAIAN KURIKULUM
Menurut Wentling (1980), terdapat beberapa komponen penilian anataranya; a. Pentadbir

b. Pengajar
c. Matlamat dan Tujuan d. Sistem penilaian e. Isi kandungan kurikulum atau program f. Pelajar

g. Resos
h. Bimbingan dan kaunseling I. Penempatan pelajar selepas tamat pengajian
27

PENILAIAN KURIKULUM
Hubungkait menilai dan membuat keputusan - (Wentling (1980) Mengupas) Kualiti sesuatu program bergantung kepada keputusan yang dibuat Kualiti keputusan bergantung kepada keupayaan perancang kurikulum mengenalpasti pelbagai alternatif supaya keputusan dapat dibuat dengan memilih alternatif yang terbaik Untuk membuat keputusan yang terbaik dan tepat ia memerlukan maklumat yang tepat Dan bagi mendapatkan maklumat yang tepat, instrumen dalam memungut maklumat atau data mestilah sah dan boleh dipercayai Rujukan: Wentling, TL (1980) Evaluating Occupational And Training Programs, Urbania, IL Grifton Press

28

PENILAIAN KURIKULUM
JENIS PENILAIAN Penilaian Formatif - Bertujuan melihat kemajuan sesuatu program supaya pembaikan (Improvement) dapat dibuat. Biasanya dilakukan dipertengahan semester Penilaian Sumatif - Penilaian menyeluruh diakhir program. Bertujuan membuat keputusan samada program atau kurikulum perlu diteruskan atau diberhentikan

29

PENILAIAN KURIKULUM
MODEL PENILAIAN Model CIPP (Context, Input, Process and Product) Penilaian Konteks Penilaian Input Penilaian Proses Penilaian Produk

Permulaan dan Pelaksanaan Kurikulum Penstrukturan Kurikulum


Contoh Penilaian Model CIPP yang digunakan dalam penilaian kurikulum Oleh Finch dan Bjorkquist (1977)
30

PENILAIAN KURIKULUM
Penilaian Konteks: Peringkat untuk menentukan sama ada kurikulum perlu ditawarkan, menentukan folus, matlamat dan objektif.

Penilain Input: menentukan sumber dan strategi yang akan digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif
Penilaian Proses : Menentukan kesan kurikulum kepada pelajar

Penilaian Produk : Menilaian kesan kurikulum pada pelajar yang telah tamat Kriteria Penilaian: a. Peratus pelajar yang tamat program PTV dengan jayanya b. Kemahiran pelajar c. Kos effisen d. Penempatan pelajar lepasan PTV dalam sektor pekerjaan 31 e. Kepuasan majikan terhadap pelajar lepasan PTV

PENILAIAN KURIKULUM
Siapa yang Perlu Menilai?: Terletak pada bahu institusi. Antaranya dikalangan staff yang mempunyai kebolehan untuk menjadi penilai.

Antara alat atau instrumen penilaian ialah; a. Ujian b. Soal selidik c. Pemerhatian d. Temu bual e. Senarai semak f. Sampel kerja g. Portfolio atau folio
Ciri instrumen penilaian yang baik ialah; a. Sah b. Boleh dipercayai c. objektif
32

PENILAIAN KURIKULUM
Ciri instrumen penilaian yang baik ialah; a. Sah b. Boleh dipercayai c. Objektif Kesahan: - Instrumen yang sah mengukur apa yang direka bentuk untuk mengukur. - Contoh: Jika instrumen untuk mengukur pencapaian pelajar dalam satu-satu pelajaran maka ia tidak sah digunakan untuk mengukur minat,sikap. Antara ialah kesahan konstruk, isi dsb. Kebolehpercayaan: - Instrumen hendaklah kosisten. Keputusan hendaklah sama atau hampir sama apabila digunakan beberapa kali mengukur benda atau konstruk yang sama - Contoh: Alat penimbang yang baik adalah alat penimbang yang menghasilkan bacaan yang berlainan setiap kali menimbang benda yang sama maka alat itu tidak boleh dipercayai
33

PENILAIAN KURIKULUM
Keobjektiviti: - Instrumen yang mengukur sesuatu berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bukan subjektif. Lain-Lain Bentuk Penilaian: - Akreditasi - satu proses menilai sama ada sesebuah institusi atau satu-satu program menepati standard yang telah ditetapkan. - Bertujuan menjaga kepentingan umum terhadap institusi dan program yang tidak bermutu. - Terdapat dua jenis ia itu akreditasi program dan akreditasi institusi

34

TREND BARU DALAM KURIKULUM PTV


Antaranya seperti kurikulum integrasi dan kurikulum kontekstual Rasional Intergrasi Kurikulum Akademik & Vokasional Mengikut sejarah pendidikan akademik dan pendidikan vokasional dipisahkan atasdasar ideologi. Sekolah akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai dan cendiakawan manakala sekolah vokasional menjaga kepentingan ekonomi dengan menyediakan secara berterusan tenaga manusia. Antara strategi pengintegrasian: - menghapuskan permisahan aliran pendidikan - merealisasikan falsafah pendemokrasian pendidikan - menangani masalah imej Pendidikan vokasional - menghubungkait pembelajaran di sekolah dengan aplikasinya 35 yang sebenar di luar bilik darjah

TREND BARU DALAM KURIKULUM PTV


- meningkatkan penyertaan aktif pelajar dalam pembelajaran iaitu menyediakan pembelajaran secara konstektual - menggabungkan kepakaran guru akademik dan guru vokasional melalui pengajaran berpasukan - untuk meningkatkan kolobrasi bestari antara sekolah , masyarakat dan industri

36

1. MENGHUBUNGKAIT PEMBELAJARAN DISEKOLAH DENGAN APLIKSI SEBENAR DI LUAR BILIK DARJAH Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diapliksaikan secara praktikal. Memerlukan guru akademik dan vokasional menghubungkait sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif dan produktif. Kelebihan latihan industri; - belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar

- mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman


- belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku 37 didalam bilik darjah

2. MENINGKATKAN PENYERTAAN AKTIF PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN Pendekatan secara berpusatkan guru kepada pendekatan berpusatkan pelajar.

Antara ciri-ciri startegi pemusatan murid/pelajar


- Pelajar memainkan peranan yang penting dan guru hanya sebagai pembimbing - Komunikasi antara guru dan murid secara dua hala - Murid digalakkan memberi pendapat - Strategi mementingkan pebgelolaankaedah kumpulan - Murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif Salah satu teori pembelajaran ialah konstruktivisme - Satu teori sosial-saintifik yang menyatakan bahawa manusia secara aktif membina maklumat berasaskan pengalaman yang 38 sedia ada.

2. MENINGKATKAN PENYERTAAN AKTIF PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN Salah satu teori pembelajaran ialah konstruktivisme - Dalam kontek pendidikan konstruktivisme menganggap bahawa pelajar adalah sentiasa aktif dalam mambina pengetahuan baru dengan orang lain dan pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang mereka kuasai sebelum - Pelajar digalakkan berfikir secara kritis. Mengemukakan soalan berbentuk inkuiri dan belaajr melalui pengalaman - Pembelajaran yang berkesan adalah; a. Aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar b. Dilakukan dalam konteks dan suasana yang sesuai c. Dibimbing oleh pengajar yang terlatih d. Pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain
39

3. MENGGABUNGKAN KEPAKARAN GURU AKADEMIK DAN GURU VOKASIONAL MELALUI PENGAJARAN BERPASUKAN

Intergrasi subjek akademik dan vokasional boleh dirancang bersama guru akademik dan vokasional. Contohnya; Mengaplikasikan matematik dalam kursus binaan bangunan. Pelajar secara tidak langsung menggunakan teorem Pythagoras dan geometri dalam membina kerangka bumbung, tingkap atau tangga Intergrasi anatara subjek kimia dengan kursus kimpalan dan fabrikasi logam. Seperti campuran gas untuk menghasilkan suhu pembakaran Intergrasi subjek fizik dan automatif - sistem brek

40

PROSES PEMBELAJARAN
Daripada hasil kajian; - Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi dan melalui aktiviti hands-on - Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep yang disampaikan dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar - Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi interpersonal, belajar secara kumpulan, berkongsi maklumat,saling membantu dan mendapat maklumat yang positif - Pemindahan pembelajaran daripada satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari

41

KAEDAH PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL


Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan denagn pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan Pembelajaran yang dirancang mengikut konteks yang berasaskan kepada kurikulum dan objektif pembelajaran Pembelajaran secara kontekstual menyediakan secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on Hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna kepada mereka Melibatkan pelabagai aspek seperti Bilik darjah, Makmal, Tempat kerja dan kehidupan seharian

42

KAEDAH PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL


Kaedah pembelajaran konstektual boleh disimpulkan dalam satu model yang dinamakan REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating dan Transfering) Relating (Menghubung kait) - Pelajar belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan atau konsep baru dengan pengalaman hidup mereka. Contohnya memahami konsep baru tentang aliran elektrik, guru membawa pelajar melawat ke stesyen penjana elektrik atau tempat air terjun di kawasan sekolah Experiencing (Mengalami) - Belajar dengan cara meneroka, penemuan dan reka cipta. Contohnya mengesan pengaliran arus elektrik dengan membuat 43 penyambungan litar mudah menggunakan mentol, bateri

KAEDAH PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL


Applying (Mengaplikasikan) - Konsep yang dipelajari boleh digunakan dalam situasi lain. Membuat projek atau demonstrasi dimana konsep ini dapat diaplikasikan dalamkehidupan harian Cooperating (Bekerjasama) - Bekerjasama, memberi maklumbalas, berinteraksi dan berkomunikasi. Contohnya melakukan kerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah

Transferring (Memindahkan) - Pemindahan pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan baru. Contoh: Telah mempelajari teori elekronik dan memindahkan dalam mereka bentuk projek elektronik
44

PERBANDINGAN KURIKULUM ERA DAHULU DENGAN ERA MODEN


ERA DAHULU 1. Secara hafalan 2. Menekankan - Bacaan - Penulisan - Bacaan Kitab ERA KENEGARAAN 1. Melahirkan rakyat baik 2. Menggalakan Kemajuan sosial 3. Kurikulum praktikal - Perniagaan & Komersial ERA MODEN 1. Keperluan Rakyat 2. Menyediakan pelajar untuk menyelesaikan masalah 3. Pilihan pelajar

45