Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KEINDAHAN & KECERIAAN) 2013

Anjuran: PANITIA PENDIDIKAN MORAL SMK YONG PENG

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Sehubungan dengan itu, pihak Panitia Pendidikan Moral SMK Yong Peng telah merancang untuk menganjurkan satu program 3K bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, dan keceriaan kawasan sekitar sekolah Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SMK Yong Peng akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2 2.3

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

2.5

Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

2.6

Pelajar dapat melaksanakan laporan kerja kursus Pendidikan Moral SPM.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : sepanjang bulan Jun 2013 Tempat : Kawasan sekitar SMK Yong Peng

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS 4.1 Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah dan di asrama. 4.2 Mengecat dan Memasang papan tanda

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

4.3

Mengumpul Bahan Kitar Semula Beberapa bahan kitar semula seperti kertas, tin minuman, dan sebagainya akan dikumpulkan dan dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula.

5.0 SASARAN Pelajar-pelajar Pendidikan Moral Tingkatan Empat dan Lima

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil 1. 2. 3 4. 5. 6.

Peralatan Tin Cat ( Batu perhiasan ) Harga Seunit (1 x RM30.00) Tin Cat ( Tiang garaj kereta ) Harga seunit ( 1 x RM20.00 ) Berus Cat Harga Seunit (1 x RM5.00) Penggarit Harga Seunit (1 x RM6.00) Plastik Beg Sampah Harga Seunit (1 x RM2.00) Berus Sabut Harga Seunit (1 x RM2.50)

Harga Bil tin cat yang diperlukan=3 unit 3 unit x RM30.00 = RM 90.00 Bil tin cat yang diperlukan=3 unit 3 unit x RM20.00 = RM 60.00 Bil berus yang diperlukan=20 unit 20 unit x RM5.00 = RM 100.00 Bil penyapu yg diperlukan=50 unit 50 unit x RM6.00 = RM 300.00 Bil beg yg diperlukan=10 unit 10 unit x RM2.00 = RM 20.00 Bil berus yang diperlukan=10 unit 10 unit x RM2.50 = RM 25.00

7. 8. 9.

Sabun Pencuci Harga Seunit (1 x RM10.00) Berus Longkang Harga Seunit (1 x RM6.00) Pencedok longkang Harga seunit ( 1 x RM8.00 )

Bil yang diperlukan=3 unit 3 unit x RM10.00 = RM 30.00 Bil berus longkang diperlukan; 5 unit x RM6.00 = RM 30.00 Bil yang diperlukan = 4 unit 4 unit x RM8.00 = RM 32.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM685.00

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Pen Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : : : : : : : Pn. Asmah Binti Markom Pengetua SMK Yong Peng Encik Iskandar Bin Abdullah GPK Hal Ehwal Murid SMK Yong Peng Puan Hamidah Binti Radin Husin GKMP Sains Kemasyarakatan SMK Yong Peng Cik Junaidah Binti Jamaseri Encik Ben Mohd Rizal Bin Banging Cik Nor Izati Binti Subhi 1) Cik Tay Lee Fong 2) Encik Mohd Shaiful Bin Mustaffa 3) Encik Lim Kui Leng 4) Cik Too Lee Meng

Disediakan oleh (Junaidah Binti Jamaseri) Setiausaha Program 3K SMK Yong Peng

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai