Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan Teknologi Maklumat dan ICT Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau

ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang pentadbiran dalam negara meningkatkan ke arah pengurusan sistematik dan dan lebih

pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar. Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai kompas semasa belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik
1

teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja

dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang. Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada

pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasankawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah. Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya

Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.
Sumber: http://zaizak69.blogspot.com/2012/06/kepentingan-teknologi-maklumatdan.html

K'jaan komited lahirkan masyarakat celik ICT menjelang Wawasan 2020


SANDAKAN: Kerajaan komited untuk mempertingkatkan kualiti modal insan bagi melahirkan masyarakat yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjelang Wawasan 2020. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata program yang telah dirancang adalah untuk memastikan kemudahan itu terus kepada rakyat terutama melibatkan golongan kurang berkemampuan. Komitmen ini dilihat sebagai langkah permulaan untuk membantu menaiktaraf sosio ekonomi masyarakat di luar bandar dan termasuk juga golongan yang kurang mampu, katanya. Berucap menyempurnakan perasmian Majlis Pengagihan Komputer 1Malaysia Parlimen Libaran dan Karnival Jalur Lebar di Dewan SMK Merpati, Batu 7, di sini, kelmarin beliau berkata kemajuan teknologi maklumat adalah hasil momentum ICT yang sedang membangun dengan pesatnya.
3

Justeru, ujarnya, negara ini perlu terus menggandakan kepakaran sumber manusianya memandangkan peranan penting ICT sebagai jentera untuk memacu ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Dalam konteks Negeri Sabah, katanya, kadar penembusan internet jalur lebar isi rumah kini telah melebihi 31.9 peratus iaitu melebihi sasaran pada tahun lalu. Menurut beliau, peningkatan itu adalah hasil inisiatif daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau berharap pihak SKMM melipatgandakan lagi usaha untuk melaksanakan projek-projek pembangunan insfrastruktur ICT di negeri ini memandangkan manfaatnya kepada masyarakat. Kita mengambil contoh, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Perpustakaan Jalur Lebar, Kampung Tanpa Wayar dan usaha memperluas liputan telefon selular melalui program Time 3 sedang giat dijalankan. Kerajaan negeri bersama-sama dengan pihak swasta, badan korporat, badan bukan kerajaan termasuklah rakyat secara keseluruhannya akan terus menyokong usaha kerajaan persekutuan menerusi kementerian berkenaan dan SKMM bagi meningkatkan kadar penembusan internet jalur lebar di Sabah, tambahnya. Musa yang juga Menteri Kewangan memberitahu bagaimanapun guru-guru dan ibu bapa sentiasa memantau penggunaan internet mahupun kemudahan ICT untuk memastikan ia dimanfaatkan sebaik-baiknya dan tidak disalahgunakan. Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang terpilih, dia berharap supaya kemudahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya selain perlu mematuhi etika-etika ketika melayari internet. Dalam pada itu, beliau berkata sasaran Pelan Jalur Lebar Negara adalah untuk meningkatkan keupayaan prasarana jalur lebar yang membawa kemudahan pencapaian internet kepada rakyat secara keseluruhannya. Beliau merakamkan penghargaan kepada KPKK dibawah kepimpinan Datuk Seri Dr.Rais Yatim kerana memulakan projek pemberian komputer riba pada tahun lepas di negeri ini. Sebagai makluman, pada fasa pertama sebanyak 10,000 komputer riba telah

diedarkan dan 49,800 lagi sedang diedarkan kepada para pelajar untuk fasa yang kedua. Penduduk di kawasan Libaran turut tidak ketinggalan kerana sebanyak 2,232 buah komputer riba akan diedarkan yang melibatkan enam sekolah di kawasan ini, katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus komited melaksanakan usaha tersebut bagi mempastikan rakyat menikmati kemudahan komunikasi tanpa mengira kedudukan, lokasi atau taraf sosio ekonomi mereka. Ini penting untuk memenuhi dasar kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat selaras dengan konsep ekonomi berpengetahuan atau K-ekonomi. Terdahulu dari itu, Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli dalam ucapannya beliau berkata pelbagai langkah telah diambil bagi mencapai sasaran khususnya di negeri ini. Pembangunan menara telekomunikasi sebanyak 212 lagi dijangka dapat memperluaskan liputan pekhidmatan telefon selular disamping menyediakan liputan jalur lebar mudah alih. Pengagihan netbook 1Malaysia yang berjumlah 172,132 unit serta pembinaan 500 Kampung Tanpa Wayar di seluruh Sabah dijangka dapat menyumbang 8 peratus kadar penembusan isi rumah, kata beliau. Antara turut hadir Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie KK Ajirol, wakil rakyat Gum-Gum, Datuk Haji Zakaria Mohd Edris, wakil rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong.

By : OLEH ROZZALIN HASHIM

RUMUSAN Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan teknologi maklumat dan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

sebagai alat latihan yang berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual, penggunaan perisian komputer, dan arahan kerja secara elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi komunikasi yang dapat dipraktikkan berulang kali. Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang tidak wajar. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya dieksploitasikan pula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah. Perkembangannya yang begitu pantas juga mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan dalam kalangan pengguna internet. Virus komputer yang begitu dibimbangi sejak belakangan ini juga disebarkan melalui internet untuk menghapuskan datadata penting dan mengakibatkan kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan operasi sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat diakses. Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata interaksi empat mata. [2 markah] mengemukakan kesan negatif kemajuan teknologi

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat secara elektronik. Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu membantu memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk memperluas persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan teknologi maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-pakar perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis yang terkini. Dalam kehidupan seharian pula, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat dielakkan dengan mudah. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat. Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi melakukan interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Dalam sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi

(ii) Pengarang maklumat.

Nyatakan tiga kesan tersebut. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk menangani masalah penyebaran maklumat dan bahan yang negatif melalui internet? Jelaskan tiga langkah yang sesuai. [4 markah]

Karangan Respon Terbuka: Teknologi Maklumat Kemahiran Teknologi Maklumat sangat penting dalam kehidupan hari ini. Huraikan faedah-faedah ICT dan juga keburukan ICT kepada masyarakat. Pendahuluan: Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat, ICT sangat cepat berkembang dalam kehidupan manusia hari ini mereka yang tidak menguasai ICT dianggap ketinggalan Contoh kemudahan ICT ialah internet, telefon dan Astro membawa banyak faedah dan keburukan kepada masyarakat. Isi-Isi ( Faedah ICT) 1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah maklumat dapat diakses secara mudah maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya. 2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace manusia dapat berkenalan dapat mengenali rakan-rakan luar menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama. 3. Memudahkan urusan harian manusia pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai boleh dibuat secara dalam talian tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa. 4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia tidak perlu menunggu perkembanga dunia yang terkini dapat diperolehi. Keburukan ICT. 1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat maklumat sahih sukar ditentukan

2. Pelajar leka dengan penggunaan internet mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya membuang masa dengan bermain game 3. Terdedah kepada perkara tidak baik cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah merosakkan akhlak dan jiwa remaja boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik. 4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit ada yang mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut. Penutup : Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan - namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan kesan negatif masyarakat perlu saling mengingatkan agar ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan. (Rangka ini sebagai panduan dan bimbingan sahaja - mungkin ada isi lain yang lebih baik)

__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________
7

MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan. Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia . Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

menjadikan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu
8

di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh

penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.

Contoh Karangan SPM:


Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam edagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara. Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.

dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu. Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puanpuan yang dihormati sekalian. Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batubata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan
9

http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-teknologi-maklumat-dan.html

Komen:

-isu yang dipaparkan serius/ mencabar minda -dianggap membosankan -laras bahasanya tinggi/ sukar difahami

gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Hadirin yang budiman,

seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikatsyarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Hadirin yang dimuliakan, Hadirin sekalian, Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di
10

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajarpelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan

membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.


Sumber: http://bmsgi.blogspot.com/2011/04/karanganceramah-isu-teknologi-maklumat.html

11