Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH DAERAH KLANG 2004

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Sejak penubuhannya, Kadet Remaja Sekolah khususnya di daerah Klang, telah banyak melalui perubahan dan perkembangan yang menyeluruh dan sangat menggalakkan sesuai dengan objektif yang disasarkan bagi membina generasi bersemangat patriotik, mengamalkan akhlak Islam dan nilai moral, mengisis diri pelajar dengan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin, dapat menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran. 1.2 Menyedari keperluan tersebut, pelbagai kursus dan aktiviti telah dijalankan bagi mencapai objektif yang telah disasarkan tersebut. Maka telah sampai masanya anggota-anggota kadet diuji dengan pelbagai kemahiran yang telah diberi bagi menguji sejauhmanakah potensi manusia telah dikembangkan yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 RASIONAL. Pertandingan ini adalah sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar serta guru-guru penasihat KRS mengembangkan lagi kemahiran dan potensi diri di samping dapat meningkatkan daya tumpuan, kecekapan, pengamatan dan pengalaman masing-masing melalui ruang cabaran sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi. 3.0 MATLAMAT. Melahirkan anggota kadet yang berkemahiran, berakhlak, berilmu, sihat fizikal dan mental, mempunyai daya tahan yang tinggi dan dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk kemaslahatan diri, keluarga dan negara. 4.0 OBJEKTIF. 4.1 Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental serta dapat mengawal emosi. 4.2 Memupuk bakat, kemahiran serta menggalakkan potensi yang sedia ada dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 4.3 Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi cabaran. 4.4 Mengukuhkan ikatan persaudaraan dan hubungan kemasyarakatan. 5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN. 5.1 SASARAN. Terbuka kepada semua anggota Kadet Remaja Sekolah daerah Klang yang lengkap dengan kemahiran yang diperlukan mewakili sekolah masing-masing mengikut kategori Lelaki ATAU Perempuan sahaja. 4 orang x 34 sekolah = 170 orang

*menguasai kemahiran KRS seperti dilampirkan

Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

5.2 TARIKH : 5.3 TEMPAT :

27 hingga 29 April 2004 Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali Hulu Langat

5.4 KAEDAH PELAKSANAAN PERTANDINGAN 5.4.1 Pertandingan akan dijalankan secara berpengkalan dan bergilir 5.4.2 Bilangan peserta bagi setiap acara yang dipertandingkan adalah 4 orang sepasukan. 5.4.3 Kaedah pemarkahan adalah berdasarkan masa dan skor markah 5.4.4 Pemenang adalah berdasarkan kepada markah kumulatif tertinggi keseluruhan dan bukan dikira bagi setiap acara sahaja. 5.4.5 Peserta yang mengambil bahagian dalam satu-satu acara mestilah terdiri daripada peserta yang didaftarkan sebagai peserta pertandingan itu sahaja. 5.4.6 Setiap peserta dalam pasukan tersebut mestilah menghabiskan acara untuk dikira sebagai pemenang. Pasukan yang gagal menghabiskan acara dianggap DNF (Do Not Finish) dan tidak layang diberi markah. 6.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Merentas halangan Pandu arah Bantu mula Perkhemahan kraf & asas khemah Pidato Ikhtiar Hidup Keusahawanan memasak Senamrobik

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN Seperti di lampiran 8.0 TENTATIF PROGRAM. Mas a Hari 26.04.04 0700 0800 1400 - 1600 0800 1000 1030 - 1230 Taklimat Pertandingan & Mendirikan khemah Keusahawanan memasak Majlis Penutup 1700 1900 2100 - 2300

Selamat Datang ke Kem Tekali Senam robik

Aktiviti pengkalan

Aktiviti Pengkalan

Kerohanian

27.04.04

Aktiviti pengkalan Khidmas

Aktiviti pengkalan

Dinamika Game

Pertandingan Pidato

28.04.04

SELAMAT JALAN KE SEKOLAH MASING-MASING

Aktiviti Berpangkalan:

Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

Aktiviti 1 2 3 4 1 2 3 4 -

1400 1600 (27.04.04) LELAKI PEREMPUAN -

1700 1900 (27.04.04) PEREMPUAN LELAKI -

0800 1000 (28.04.04) LELAKI PEREMPUAN

1400 1600 (28.04.04) PEREMPUAN LELAKI Lt. M. KRS Ruzlan Lt. M. KRS Saidi Lt. M. KRS Haslan Lt. M. KRS Ruzaimy, Lt. M. KRS Maziah Lt. KRS Mohd Senu

Merentas halangan Aktiviti air (merentas tasik & menyelamat) Pandu Arah, Bantu mula & Ikhtiar hidup Flying Fox, Repelling & Wall Climbing

10.0 KEWANGAN. Anggaran Pendapatan: Yuran penyertaan setiap pasukan RM120 x 34 sekolah = Anggaran Perbelanjaan: Bil 1 2 3 4 Perkara Makan & minum Pengangkutan Hadiah Pidato (Individu) Hadiah kumpulan: 1. senamrobik 2. pandu arah 3. Bantu mula 4. ikhtiar hidup 5. kraf perkhemahan 6. memasak Hadiah keseluruhan Dokumentasi Urusetia / Kontigensi Makanan (pertandingan) Butiran RM15 x 40 orang x 2 RM500 x 3 RM5 x 4 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM4 x 4 x 2 x 2 RM25 x 2 x 2 RM10 x 34 JUMLAH 10.0 PERASMIAN PENUTUP Dicadangkan Penolong Pegawai KRS Daerah Klang. 11.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN Penasihat: Pengerusi: Pegawai KRS Daerah Klang Pen. Pegawai KRS Daerah Klang Hjh. Haniah bt. Hussin Pengelola KRS Daerah Klang En. Jamaludin bin Mohd Nawi Jumlah [RM] RM1200 RM1500 RM40 RM64 RM64 RM64 RM64 RM64 RM64 RM100 RM100 RM584 RM340 RM4250 RM4250 ======

5 6 7 8

Naib Pengerusi:

Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

Setiausaha: Pen. Setiausaha: Bendahari: Penyelaras:

Pengelola KRS Daerah Klang En. Alias bin Yoop Pegawai Tadbir KRS Daerah Klang Lt. KRS Nor Asikin bin Selamat Kapten KRS Sahrudin bin Kasman Mejar KRS Mohamad Shah bin Kassim

Kem Komandan: Lt. KRS Badrul Anam bin Samuri Timb. Kem Komandan: Lt. M. KRS Hjh. Ani bt. Abu Bakar Ketua Jurulatih: Ketua Aktiviti: Lt. KRS Ruzlan bin Mohammad Lt. KRS Zurani bin Asfar

Urusetia Pendaftaran/: Lt. M. KRS Norzalina bt. Hanafi Pertandingan/Hadiah/ Lt. M. KRS Hasinawati bt. Hashim Sijil/Buku Aturcara Penempatan/: Keselamatan Makanan/: Minuman Statistik: Logistik: Majlis Penutup & : Dokumentasi Kerohanian/: Moral Dokumentasi/: Jurulatih (tambahan): 12.0 PENUTUP Pertandingan kemahiran ini merupakan satu aktiviti yang masih baru di kalangan anggota kadet walaupun KRS telah lama berkembang. Oleh kerana pertandingan kemahiran ini rangkuman beberapa aktiviti yang biasa dijalankan sama ada dalam aktiviti perkhemahan maka adalah wajar pertandingan ini dijalankan setiap tahun dan ia bermula di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Disediakan oleh: Lt. KRS Nor Asikin b. Selamat Pegawai Tadbir KRS Daerah Klang Lampiran i PERTANDINGAN MERENTAS HALANGAN
Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

Lt. M. KRS Wan Khairu bin Wan Muda Lt. M. KRS Haslan bin Saliman Lt. M. KRS Mohd Khalimi bin Dalhan Lt. KRS Mohd Senu b. Saad Lt. M. KRS Maziah bt. Abd. Wahid Lt. M. KRS Ruzaimy bin Ismail Lt. M. KRS Saidi bin Daud Lt. KRS Mohd Arif bin Sujud Lt. KRS Hj. Shamsuddin bin Shaari Lt. M. KRS Shafadylah bt. Samion Lt. KRS Mohd Arif b. Sujud seperti Surat Pelepasan daripada PPD, Klang

Prosedur: 1. Setiap pasukan akan diberi kad kawalan bagi memulakan pertandingan 2. Setiap pasukan akan dilepaskan dalam jarak masa yang ditetapkan. 3. Semua ahli dalam pasukan itu mestilah melalui semua halangan mengikut tertibnya. 4. Setiap ahli yang gagal melalui mana-mana halangan akan dikenakan penalti dengan menolak markah keseluruhan. 5. Setiap pasukan tidak dibenarkan menggunakan alat bantuan/sokongan, melainkan peralatan sedia ada dan yang dibenarkan sahaja. 6. Sebaik sahaja tamat pertandingan, ketua pasukan hendaklah menyerahkan kembali kad kawalan kepada pegawai bertugas. 7. Masa permulaan akan diambil kira apabila peserta pertama dalam pasukan itu dilepaskan dan masa tamat dikira sebaik sahaja ketua pasukan menyerahkan kad kawalan tersebut. 8. Had masa yang ditetapkan ialah 7 minit (lelaki) atau 9 minit (perempuan)sahaja . Pasukan yang tiba lewat dikira batal. 9. Setiap pasukan dikira batal/tidak menamatkan pertandingan (DNF) apabila: i. melewati had masa yang ditetapkan. ii. Tidak malalui mana-mana salah satu halangan iii. Tidak menyerahkan kad kawalan pertandingan iv. Menerima / mendapatkan bantuan luar semasa merentasi halangan 10. Pemenang akan dikira dengan mencampurkan jumlah catatan masa diperoleh setiap individu dengan masa terpantas. Lampiran ii PERTANDINGAN PANDU ARAH, BANTU MULA & IKHTIAR HIDUP Prosedur: 1. Setiap pasukan akan diberi kad kawalan bagi memulakan pertandingan 2. Setiap pasukan akan dilepaskan serentak. 3. Semua pasukan itu mestilah melalui, menyelesaikan tugasan dan menamatkan semua chek point mengikut tertibnya. 4. Pasukan yang gagal melalui mana-mana chek point akan dikenakan penalti dengan menolak markah keseluruhan (10 markah satu chek point) 5. setiap pasukan hendaklah mencatat segala maklumat yang terdapat pada setiap chek point untuk pengesahan panel hakim dan membuat tugasan yang diberi. 6. Setiap pasukan tidak dibenarkan menggunakan alat bantuan/sokongan, melainkan peralatan sedia ada dan yang dibenarkan sahaja. 7. Sebaik sahaja tamat pertandingan, ketua pasukan hendaklah menyerahkan kembali kad kawalan kepada pegawai bertugas. Masa tamat dikira sebaik sahaja ketua pasukan menyerahkan kad kawalan tersebut. 8. Had masa yang ditetapkan ialah 1 jam sahaja. Pasukan yang tiba lewat dikira batal. 9. Setiap pasukan dikira batal/tidak menamatkan pertandingan (DNF) apabila: a. melewati had masa yang ditetapkan. b. Tidak malalui mana-mana salah satu chek point c. Telah melalui chek point dengan tidak mengikut tertibnya. d. Tidak menyerahkan kad kawalan pertandingan e. Menerima / mendapatkan bantuan luar semasa merentasi halangan f. Mana-mana pasukan yang sampai ke penamat dengan tidak cukup ahlinya. g. Memusnah, mengalih, menanggalkan dan mengubah tanda atau bearing pasukan lain. Lampiran iii
Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

PIDATO Prosedur: 1. Setiap pasukan hendaklah diwakili oleh seorang peserta untuk diambil kira dalam pemarkahan keseluruhan. 2. Setiap pasukan mestilah menyediakan skrip pidato sebelum persembahan dimulakan. 3. Undian akan dibuat untuk menentukan giliran pasukan. 4. Masa persembahan yang diberikan ialah 5 minit sahaja. 5. Setiap pasukan dibenarkan menggunakan alat bantuan/sokongan. 6. Setiap pasukan dikira batal/tidak menamatkan pertandingan (DNF) apabila: a. melewati had masa yang ditetapkan. b. Tidak menyerahkan skrip sajak c. Tidak menggunakan alat/bantuan/peralatan sokongan

Lampiran iv KEUSAHAWANAN MEMASAK Prosedur: 1. Setiap pasukan akan diberi kad kawalan bagi memulakan pertandingan 2. Setiap pasukan akan dilepaskan serentak. 3. Semua pasukan itu mestilah menggunakan bahan utama yang disediakan dan boleh menggunakan bahan lain sebagai sokongan untuk menyelesaikan tugasan. 4. Pasukan yang gagal menyelesaikan tugasan akan dikenakan penalti dengan menolak markah keseluruhan 5. Setiap pasukan hendaklah menyediakan sendiri peralatan memasak dan sumber bahan api yang dibenarkan ialah kayu api/arang sahaja. 6. Setiap pasukan mestilah memenuhkan kad kawalan dengan mengisi segala maklumat yang dikehendaki untuk sebahagian proses pemarkahan. 7. Sebaik sahaja tamat pertandingan, ahli pasukan hendaklah menyerahkan kembali kad kawalan kepada pegawai bertugas berserta hasil masakan untuk dinilai oleh panel hakim. 8. Had masa yang ditetapkan ialah 1 jam sahaja. Wisel amaran akan dibunyikan pada 10 minit sebelum masa tamat. Pasukan yang lewat menyerahkan kad kawalan dan hasil masakan akan dikira batal. 9. Setiap pasukan dikira batal/tidak menamatkan pertandingan (DNF) apabila: a. melewati had masa yang ditetapkan. b. Tidak menyerahkan hasil masakan. c. Tidak menyerahkan kad kawalan pertandingan

Lampiran v PERKHEMAHAN KRAF


Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang

Prosedur: 1. Khemah/Dome tidak disediakan, juga tiada bahan kraf yang disediakan untuk menyelesaikan tugasan. 2. Setiap pasukan hendaklah menyediakan sendiri peralatan dan bahan untuk membuat kraf. 3. Sebaik sahaja tamat pertandingan, panel hakim akan membuat pemeriksaan sebagai sebahagian proses pemarkahan. 4. Had masa yang ditetapkan ialah sehingga jam 1200 hari kedua. Pasukan yang tidak menyiapkan 3 hasilan kraf wajib dalam tempoh tersebut akan dikira batal.

Lampiran vi IKHTIAR HIDUP Prosedur: 1. Setiap pasukan akan dilepaskan serentak mengikt acara pandu arah. Setiap pasukan mestilah membuat 2 jerat yang boleh digunapakai untuk dipertandingkan. 2. Hanya tali sahaja disediakan untuk menyelesaikan tugasan. Pasukan dibenarkan menggunakan apa sahaja bahan/alatan untuk menyelesaikan tugasan. 3. Pasukan yang gagal menyelesaikan tugasan akan dikenakan penalti dengan menolak markah keseluruhan 4. Sebaik sahaja sampai ke chek point akhir , setiap pasukan mesti menghantar hasilan untuk pemeriksaan sebagai sebahagian proses pemarkahan.

Lampiran vii AKTIVITI DI AIR

Created by Nor Asikin b. Selamat AJK KRS daerah Klang