Anda di halaman 1dari 1

PERANAN GURU Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik.

Dalam merealisasikanmatlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidikmurid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalamanserta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar,menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal inikerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkansegala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan social.Dahulu, pelajaran di sekolah adalah bersifatkan guru dan buku.Guru hendaklah merujuk kepada buku panduan sekiranya ingin mengajar pelajar.Pada yang sama, pelajar juga disediakan dengan buku teks supaya P&P dijalankansecara lancer. Tetapi kini pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan computer.Guru dikehendaki memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar serata mengetahui teknik pengajarannya. Guru juga hendaklah memiliki sifat yangpenyayang serta bersabar. Melainkan itu, guru juga hendaklah menjadi role modelkepada masyarakat, bangsa dan negara.Guru haruslah sentiasa berusahameningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaanpenyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikanpengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktivitipengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Mengikut falsah pendidikan baruyang dikemukkan,seorang guru berperanan sebagai seorang fasilitator yang mampumengurus rutin harian bilih darjah bersertakan menyedia dan menrancangpembelajaran melalui prasarana IT. Guru dikehendaki menyediakan anak muridmereka dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan alatteknologi.

Guru juga adalah pembentuk akhlak murid. Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, Guru juga berperanan sebagai agen penyalur budayadan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkanperanan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat.

Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam pembentukkan akhlakseseorang pelajar. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik,pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesionalseperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaranpembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalahdan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidikdan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah danseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai