Anda di halaman 1dari 3

Rumusan E-PEMBELAJARAN

Seperti mana yang kita tahu, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini yang pesat dan maju ia berpontesi membuat pembelajaran dan pengajaran dijalankan melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebih khususnya e-Pembelajaran menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Setelah membuat rujukan saya difahamkah, E-learning menurut wikipedia adalah electronic learning yang maksudnya pembelajaran mengenai suatu informasi melalui internet (secara on-line) . Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif . E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Pada masa kini, E-pembelajaran yang wujud di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line. Kebanyakan Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar Negara merupakan universiti yang menawarkan e-pembelajaran ini . Pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya. Dengan E pembelajaran dalam pembelajaran jarak jauh adalah membantu pembelajar menimba ilmu tanpa menghadiri kelas. Pembelajar biasa berada di Semarang, sementara instruktur dan pelajaran yang diikuti berada di tempat lain, di kota lain bahkan di negara lain. Interaksi biasa dijalankan secara on-line dan real-time ataupun secara offline atau archieved. Pembelajar belajar dari komputer di mana-mana dengan

memanfaatkan koneksi jaringan lokal ataupun jaringan Internet ataupun menggunakan media CD/DVD yang telah disiapkan. Materi belajar dikelola oleh sebuah pusat penyedia PPG IPGK BATU LINTANG Ambilan Jun 2011 : kumpulan MTE 1 Page 1

Rumusan E-PEMBELAJARAN materi di kampus/universiti, atau perusahaan penyedia content tertentu. Pembelajar biasanya mengatur sendiri waktu belajar, dan tempat dari mana ia mengakses pelajaran. Berdasarkan apa yang dirujuk dan baca tentang e-pembelajaran, saya dapati beberapa kebaikan e-pembelajaran. Kita telah difahamkan e-pembelajaran merupakan satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Ia

merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet tanpa berjumpa atau pergi kuliah. Ini telah banyak membantu

menjimatkan kos, masa dan tenaga. E-learning itu elok juga sebab ia boleh diakses bilabila masa sahaja, walaupun tengah malam, dan masa boleh mengatur sendiri. Seterusnya E-pembelajaran telah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat print out nota -nota mereka. Di samping itu, Pelajar tidak lagi perlu membawa buku yang banyak dan boleh melontarkan semua idea yang ada tanpa perlu berasa malu dan disini berlakunya pertukaran idea antara pelajar dan guru. Walaupun terdapatnya banyak kebaikan terdapat juga keburukan menggunakan ELearning. Di antaranya adalah pensyarah dan pelajar kurang berkomunikasi kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini meneyebabkan pelajar sukar dan susah mahu berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek

pembelajaran. Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyusahkan golongan pelajar yang miskin dan kawasan pendalaman tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet atau tiada perkhidmatan internet . Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-Learning. Penggunaan E=learning memang tidak dinafikan banyak kebaikkannya, antaranya jimat masa, memudahkan komunikasi antara pelajar dengan pensyarah akan PPG IPGK BATU LINTANG Ambilan Jun 2011 : kumpulan MTE 1 Page 2

Rumusan E-PEMBELAJARAN tetapi keburukkannya boleh menyebabkan pelajar itu malas dan tidak akan hadir ke kelas untuk mendengar kuliah kerana segala nota telah di upload di E-learning oleh pensyarah. Namun semua ini bergantung kepada seseorang individu. Seandainya individu tersebut berfikiran positif,mereka semata-mata tidak akan mengharapkan nota melalui E-Learning bahkan akan menghadiri setiap kuliah untuk mendapatkan lebih informasi daripada pensyarah. Selain itu juga, oleh kerana jarang berjumpa maka pensyarah tidak tahu akan perangai pelajar mereka sendiri ataupun masalah pelajar. Ada di anatara berjumpa pun tidak kena pelajar atau pensyarah sendiri. Oleh itu pensyarah tidak tahu akan situasi atau keadaan atau masalah pelajar iaitu pemerhatia secara langsung dan kadangkala menimbulkan banyak salah faham. Sebenarnya keburukan E-pembelajaran yang wujud bukanlah pada nama E-

learning, tetapi pada mereka yang salah menggunakannya. Pelajar perlu selalu diingatkan bahawa E-pembelajaran ini ada untuk memudahkan mereka, maka ini bermakana mereka perlulah menggunakan perkhidmatan itu dengan cara yang betul dan tujuan yang musnasabah . Contohnya, janganlah tidak pergi kelas kerana nota sudah di upload di spin. Ilmu yang kita baca, dengan ilmu yang kita dengar mumgkin ada lain pemahamannya. Dikhuatiri apa yang kita baca itu salah, dan kita sebarkan maklumat yg salah itu pada orang lain. Ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain. Secara kesimpulanya e-pembelajaran ini, dilaksanakan dengan tujuan harap dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, perbincangan atau interaksi secara aktif dalam talian dapat dilaksanakn dengan menggunakan e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskan interaksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar dengan pelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukan secara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudah cara, memberi peluang kepada pelajar melaksanakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif, mengikut kesesuaian masa pembelajaran masing-masing.

PPG IPGK BATU LINTANG Ambilan Jun 2011 : kumpulan MTE 1

Page 3