Anda di halaman 1dari 2

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Malvales Keluarga: Malvaceae Genus: Hibiscus Pengelasan saintifik Alam: Plantae Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Malvales Keluarga: Malvaceae Genus: Hibiscus Spesies: H. rosa-sinensis Fungi adalah nama regnum dari sekumpulan besar organism hidup yang eukariotik heterotrof yang mana mencerna makanannya di luar badan lalu menyerap molekul nutrisi ke dalam sel-sel . Fungi mempunyai berbagai-bagai bentuk. Secara umumnya sebahagian besar anggota fungi dikenali sebagai cendawan, kapang, khamir ataupun ragi. Seringkali ia membawa maksud penampilan luar yang tampak, bukan dari spesiesnya sendiri. Kesukaran dalam mengenali fungi ini sedikit sebanyak disebabkan oleh wujudnya system pergiliran keturunan yang mempunyai penampilan yang sama sekali berbeza seperti metamorphosis pada serangga atau katak. Fungi membiak secara seksual dan aseksual. Kebanyakan seksual adalah dengan cara dua hifa dari cendawan yang berlainan berpecah menjadi zigot lalu zigot itu tumbuh membentuk jasad yang berbuah sedangkan pembiakan aseksual pula adalah dengan cara membentuk spora, bertunas atau pemecahan hifa. Manakala cendawan pula mempunyai kotak spora yang dipanggil sporangium. Di dalam sporangium terdapat juga spora. Contoh bagi cendawan yang membentuk spora adalah Rhizopus. Manakala contoh bagi cendawan yang membentuk tunas pula adalah Saccharomyces. Hifa cendawan boleh terpurus dan setiap serpihan itu boleh tumbuh menjadi jasad berbuah. Pengetahuan tentang fungi ini disebut mikologi. Perkataan fungi ini berasal dari Bahasa Mykes (Yunani). Fungi mempunyai lebih daripada 100,000 spesies. Fungi juga adalah nama regnum dari sekumpulan besar hidupan eukariotik heterotrof. Fungi tidak boleh membuat makanannya sendiri. Makanannya adalah bersifat heterotrof iaitu dengan cara menyerap zat organic dari persekitarannya dengan cara hidup sebagai parasit dan saprofit. Seperti yang dikatakan tadi fungi mempunyai cara hidup dengan menyerap zat organic dari persekitarannya. Berdasarkan cara memperolehi makanan, fungi boleh dibahagikan kepada tiga iaitu saprofit, parasit dan mutual. Cara hidup setiap fungi mempunyai kesan yang tertentu. Contohnya kesan

dari cara hidup saprofit adalah dengan cara pelapukan dan kerosakan. Kesan penyakit pada organisma inang adalah kesan daripada cara hidup parasit. Di mana cara hidup parasit mempunyai sifat yang merugikan. Sedangkan cara hidup mutual tidak mempunyai kesan apa pun dan sifat sebalik dari cara hidup parasit iaitu menguntungkan inang. Dari cara hidup mutual cendawan itu, membentuk mikoriza dan meningkatkan penyerapan air dan mineral dari tanah oleh akar tumbuhan. Fungi boleh hidup pada persekitaran yang pelbagai, namun biasanya fungi hidup di tempat yang lembab. Ada beberapa jenis fungi yang hidup di dalam air. Persekitaran yang ekstrem seperti di gurun, gunung salji, di kutub dan lain-lain lagi juga boleh menjadi habitat fungi. Tempe, oncorn dan roti adalah merupakan bahan makanan yang dibuat dengan bantuan fungi ataupun cendawan. Fungi atau cendawan ini mempunyai berbagai-bagai bentuk seperti ada yang bersel tunggal (Uniseluler), dan juga yang bersel banyak (multiseluler). Fungi banyak member manfaat dan faedah kepada kehidupan walaupun ada juga yang merugikan manusia, haiwan dan juga tumbuhan.