Anda di halaman 1dari 13

1.0 PENGENALAN Komposisi badan merupakan peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan.

Berat badan seseorang sahaja tidak dapat mencerminkan tahap komposisi badan. Dua orang dengan ketingian dan berat yang sama mungkin kelihatan berlainan sekali kerana mempunyai komposisi badan yang berbeza. Komposisi badan boleh diukur dengan menggunakan kaliper iaitu sejenis alat penyukat berbentuk gunting yang digunakan untuk menyukat ketebalan kulit badan dan mengira Index Jisim Badan. Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data. Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu cabang ilmu yang dipanggil biometrik. Kajian yang diasaskan oleh Sir Francis Galton dan Kar Pearson yang kemudiannya dimajukan pula oleh Fisher dari England ini merangkumi pengukuran antropometri somatotaip dan pengiraan peratusan lemak badan. Penyelidik-penyelidik biometrik menggunakan pelbagai kaedah khasnya dalam bidang statistik, nisbah, peratusan, purata, kekerapan dan korelasi dalam menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil dari faktor persekitaran dan baka. Kajian ini membawa kepada pengetahuan yang mendalam tentang variasi pertumbuhan manusia. Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut antropometri yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa Yunani. Menurut Barrow & McGee, (1989), antropometri merupakan satu kaedah pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri. Menurut Clarke (1976), pola bentuk badan adalah signifikan kepada pemahaman individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sukan, komposisi badan ataupun struktur tubuh badan merupakan satu aspek yang penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat membantu di dalam mengenal pasti jenis jenis latihan, norma norma ujian dan prestasi seseorang. 2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Suatu bentuk pengukuran bahagian badan manusia yang tertua yang juga dikenali sebagai antropometri dipercayai telah dimulakan di Mesir (Egypt) dan Greece (Johnson & Nelson 1986). Orang orang Mesir pada ketika itu dikatakan menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan satu bahagian atau komponen badan yang secara umumnya boleh digunakan untuk mengukur seluruh anggota badan. Mereka menggunakan jari hantu sebagai alat pengukur umum. Contohnya, jarak diantara permukaan lantai ke lutut ialah 5 jari hantu dan satu jangkauan lengan panjangnya 8 jari hantu. Orang orang Greek mempraktikkan antropometri dalam kajian mereka tentang perkadaran atau nisbah tubuh badan sementra golongan senilukis menggunakan kaedah ini untuk mengkaji kecantikan dan estitika tubuh badan. Dalam tahun 1861, Edward Hitchcock, (dikenali sebagai Bapa Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani) yang bertugas di Amherst mengambil inisiatif untuk membuat pengukuran terhadap semua pelajar. Matlamat pengukurannya adalah untuk mendapatkan data yang boleh digunakan untuk mendifinisikan perkadaran fizikal yang ideal untuk manusia. Pengukurannya meliputi ketinggian, berat, umur, jangkauan, lilitan, kapasiti vital dan ukuran kekuatan terpilih. Pada tahun 1878, Dudley Allen Sargent telah ditugaskan untuk meneliti dan mengawasi kesihatan

pelajar di Universiti Havard. Semasa berkhidmat di sini, beliau telah menghasilkan lebih 40 jenis pengukuran antropometri yang berlainan yang digunakan untuk menyediakan program senaman untuk setiap pelajar. Sistem beliau ini telah diadaptasi dan digunakan di sekolah- sekolah, kolej kolej serta YMCA di seluruh Amerika Syrikat. Manakala Jackson dan Pollock yang menjalankan kajian pada tahun 1977 hingga 1980 pula telah menghasilkan nomogram. Kaedah ini melibatkan pengukuran dan pengiraan dari aspek umur, nilai dan jumlah tiga lipatan kulit lelaki dan wanita. Penggunaan kaedah ini dikatakan lebih mudah kerana tidak melibatkan pengiraan yang rumit.

3.0 PERKAITAN KOMPOSISI LEMAK BADAN DENGAN KESIHATAN Komposisi lemak di dalam tubuh badan manusia merujuk kepada lemak, tisu lemak ataupun tisu adipoa yang terletak di bawah kulit hasil daripada aktiviti metabolisme sel di dalam sistem tubuh badan manusia. Komposisi lemak badan yang berlebihan telah diakui melalui kajian, boleh menyebabkan penyakit berkaitan arteri karonari, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, peningkatan risiko kanser, osteoarthritis, masalah sendi, profil lipid darah yang abnormal dan masalah haid (National Institute of Health, 1995).

Disebelah terdapat carta Body Mass Index(BMI). Apabila tubuh badan manusia bertambah dari segi komposisi lemak, tisu adiposa akan berkumpul pada sesetengah kawasan. Para penyelidik banyak melakukan kajian bagaimana serakan lemak badan (body fat distribution) ataupun paten lemak (fat pattering) dan kaitannya dengan kecergasan fizikal manusia. Walaupun kajian mengenai komposisi lemak yang berlebihan seringkali dikaitkan dengan masalah kesihtan dan kecergasan, komposisi lemak yang terlalu kurang juga menyebabkan masalah yang sama. Kehadiran lemak di dalam sel yang dikenali sebagai fospolipid (phospholipid) adalah penting bagi pergerakan sel manakala triglycerid yang terdapat pada tisu adiposa menyediakan tenaga, membantu dari segi regulasi haba dan menyimpan bahan metobolik (asid lemak). Lipid juga terlibat di dalam pengangkutan serta penyimpanan lelemak hancur vitamin A, D, E dan K (fat soluble vitamins). Ketidaksuburan, tekanan, regulasi haba yang tidak seimbang dan kematian adalah berkaitan kekurangan dan kehilangan lemak di dalam badan (Sizer & Whitney, 1994) dalam Health Fitness Instructors Handbook. 4.0 KAJIAN KAJIAN LAMPAU Piscopo ( 1962 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson And Nelson ( 1992 ) telah membentuk satu norma untuk komposisi lemak badan dan membanding ukuran lipatan kulit dengan jenis pengukuran yang lain ke atas 647 orang remaja lelaki yang berbangsa Itali, Yahudi dan Negro. Antara hasil hasil kajiannya ialah :-

i. Didapati bahawa kumpulan Yahudi mempunyai ukuran yang tertinggi bagi jenis pengukuran lipatan kulit dan pengukuran girth di bahagian lengan tangan, paha dan garis pusat bi-illiac, kemudian diikuti oleh kumpulan Itali dan Negro. ii. Ukuran girth pada paha didapati lebih kurang gandaan kepada ukuran girth pada lengan tangan bagi ketiga tiga kumpulan. iii. Korelasi adalah tinggi diantara lokasi lokasi lipatan kulit dalam ketiga ketiga kumpulan. iv. Korelasi yang tinggi juga didapati di antara ukuran lipatan kulit dengan ketinggian badan. Wilmore dan Behnke ( 1969 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) telah menghasilkan beberapa equations untuk menganggar tisu badan tanpa lemak dan kepadatan badan yang menggunakan pengukuran antropometrik seperti ketinggian, keberatan, ukuran garis pusat dan ukuran lilitan pada bahagian tubuh yang tertentu serta pengukuran lipatan kulit. Krzywici (1974) dan rakan rakan dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah membanding tiga teknik yang digunakan untuk menganggarkan lemak badan dan air telah dianggar melalui teknik pindahan air, anggaran potasium dan teknik deuterim dan teknik deuterium oxide ingestion. Anggaran yang dibuat melalui ketiga tiga teknik itu untuk menunjukkan perbezaan yang ketara. Welman dan Latch ( 1975 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah mengemukakan justifikasi teori bagi penggunaan ukuran lilitan badan untuk menganggar jumlah isipadu badan dan kepadatan badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa jumlah isipadu badan dapat menunjukkan anggaran yang tepat dengan jenis ukuran lilitan yang sesuai. Selain itu, equation yang digunakan itu tidak menonjolkan populasi spesifik apabila digunakan untuk mengira peratusan lemak badan. Namun Pullock ( 1977 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah dapat mengesan kesilapan dalam anggaran sistematik apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak, dan jumlah tisu badan diguna ke atas sample yang berbeza. Mereka membuat kesimpulan bahawa semua equation itu termasuklah jumlah isipadu badan adalah saintifik kepada populasi yang diukur. Mereka juga berpendapat apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak dan jumlah isipadu badan dipindah alih kepada peratusan lemak badan, semua equation tersebut adalah agak tepat. Montoye ( 1978 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) menyatakan bahawa pengukuran lipatan kulit pada beberapa lokasi badan adalah tinggi korelasinya ( 74 hingga 93 ). Selain itu, jumlah bagi empat lokasi lipatan kulit ( seperti triceps, subscapula, abdominal dan crest of iliac ) mempunyai kolerasi 0.90 dengan jumlah dua lokasi lipatan kulit ( seperti triceps dan subscapula ). Oleh yang demikian, tiada maklumat tambahan dapat diperolehi jika membuat pengukuran lipatan kulit yang melebihi tiga lokasi. Kajian yang dilakukan oleh Lohman dan Pollack ( 1981 ) dalam Measurement by the Physical Educator oleh Miller ( 1998 ) mendapati bahawa kaliper yang kurang mahal mungkin adalah sesuai untuk mass testing setting sekiranya juru pengukur adalah terlatih. Perbezaan skor antara penguji yang berpengalaman dan kurang berpengalaman kurang berlaku apabila kaliper besi yang mahal digunakan. Namun mereka juga mendapati bahawa apabila penguji yang kurang berpengalaman itu dilatih, skor yang sama diperolehi walaupun menggunakan kaliper plastik yang mempunyai spring dan kaliper yang mempunyai tension yang selaras tanpa dipengaruhi oleh ketebalan lipatan kulit.

Wilmore ( 1983 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johson ( 1987 ) berpendapat bahawa untuk populasi yang berada pada umur 8 hingga 12 tahun dan golongan senior, penggunaan equation secara anggaran berkecenderungan menghasilkan anggaran komposisi lemak yang terlampau apabila menggunakan teknik densiometrik. Kecenderungan ini berlaku kerana kandungan mineral dalam tulang adalah kurang padat bagi golongan muda disebabkan belum mencapai pertumbuhan yang sempurna. Manakala bagi golongan yang lebih senior kandungan mineral berkurangan disebabkan oleh perubahan hormonal yang berlaku pada usia yang semakin tinggi. Oleh itu berat badan mereka dalam air adalah lebih ringan tetapi bukan disebabkan penambahan lemak badan. Satu kajian dengan menggunakan teknik bioelectrical impedance (BIA) telah dilakukan oleh Lukaski, Johnson, Bolonchuk dan Lykken ( 1985 ) ke atas 37 orang lelaki dalam lingkungan umur 28.8 7.1 yr untuk menganggar komposisi badan mereka. Koefisyen korelasi bagi uji ulang uji adalah 0.99 bagi pengukuran R (resistive impedance) yang tunggal dan koefisyen kebolehpercayaan bagi pengukuran R yang tunggal selepas 5 hari adalah 0.99. Perhubungan linear didapati di antara nilai R dan tisu badan tanpa lemak ( FFM ) ( r = -0.86 ) dan jumlah potasium badan ( TBK ) ( r = 0.79 ). Apabila predictor Ht / R bersusut mengatasi FFM ( r = 0.95 ) jumlah air badan ( r= 0.95 ) dan TBK ( r = 0.96 ), nilai koefisyen kolerasi telah menunjukkan penambahan yang sinifikan (p < 0.01). Data ini telah menunjukkan bahawa teknik bioeletrical impedance mempunyai ciri ciri kesahan dan kebolehpercayaan dalam anggaran komposisi badan manusia. Pendekatan ini adalah selamat dan cepat serta tidak memerlukan kemahiran teknik yang tinggi dan tambahan lagi ia adalah mudah alih. Pengukuran komposisi badan dengan menggunakan pendekatan BIA juga telah dibukti oleh Kushner, Kunigk, Alspaugh, Andronis, Leitch dan Schoeller ( 1990 ) sebagai satu pendekatan klinikal yang tepat untuk mengukur perubahan komposisi badan seseorang individu. Mereka membuat perbandingan antara pendekatan deuterium oxide dilution ( D20 ), Bia dan skin fold anthropomerty ( SFA ) dan di dapati korelasi yang tinggi diperoleh antara D20 dan BIA ( r = 0.971). Pada keseluruhan, BIA dapat menganggar perubahan tisu badan tanpa lemak lebih tepat daripada pendekatan anthropometry. Di utara Glasgow, Lean, Han dan Morrison (1995) mendapati bahawa skor yang diperoleh melalui pengukuran lilitan bahagian pinggang seseorang individu boleh digunakan untuk menentukan sama ada individu itu memerlukan pengurusan berat badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa individu yang memperolehi skor lilitan pinggang >/ = 94 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 80 cm bagi kaum wanita, berat badan mereka seharusnya tidak ditambah lagi. Manakala individu yang memperolehi skor >/ = 102 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 88 cm bagi kaum wanita harus mengurangkan berat badan mereka. Selain itu, satu kajian lagi dijalankan oleh Han, Leer, Seideu, dan Lean ( 1995 ) untuk mengenalpasti kekerapan mengalami penyakit kardiovaskular di kalangan individu yang digolongkan sebagai action levels dalam pengukuran lilitan pinggang. Daripada hasil kajian, mereka membuat kesimpulan bahawa skor lilitan pinggang yang besar mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap penyakit kardiovaskular. 5.0 KAJIAN KAJIAN TERKINI Sekumpulan ahli pakar daripada Departmens of Exercise Science and Foods and Nutrition, University of Geogia, Athens ( 1997 ) telah melakukan satu kajian ke atas 172 lelaki dan perempuan muda. Kajian itu bertujuan untuk menguji kesahan pendekatan dual energy x ray absorptiometry ( DXA ) yang digunakan untuk mengukur komposisi badan. Pendekatan DXA dibandingkan dengan kaedah pengukuran 4 komponen badan untuk melihat sama ada skor akan dipengaruhi oleh gender, bangsa, status athlit atau perkembangan musculoskeletal bagi orang muda. Mereka mendapati bahawa pendekatan DXA adalah lebih tepat daripada kaedah pengukuran 4 komponen badan dan ia tidak dipengaruhi oleh faktor bangsa, status atlit atau perkembangan musculoskeletal.

Selain daripada kajian itu, Kohrt ( 1997 ) daripada Washington, University School of Medicine juga memperolehi bukti bahawa DXA dapat mengukur komposisi badan dengan tepat. Beliau telah menguji 10 subjek dengan pendekatan DXA dalam keadaan yang terkawal dengan meletakkan bungkusan lemak babi di atas paha atau bahagian truncal dan di dapati DXA dapat mengukur dengan tepat tanpa mengira faktor posisi. Dalam kajian yang dijalankan oleh Clasey, Kanaley, Wideman, Heymsfield, Teates, Gutgesell, Thorner, Hartman dan Weltman ( 1999 ), mereka menguji kesahan pengukuran lemak badan melalui two compartment hydrostatic weighing (siri 2 comp), 3- comp dual energy x-ray absorptiometry (DEXA 3- comp), 3- comp hydrostatic weighing (siri 3-comp) dan kaedah anthropometric bagi individu dalam lingkungan tua dan muda. Model 4- comp dijadikan sebagai batu ukuran ( criterion ) kepada pengukuran peratusan lemak. Daripada kajian itu mereka membuat kesimpulan bahawa model Siri 3comp memberi data komposisi badan yang sah dan tepat apabila dibandingkan dengan model 4comp. Fields dan Goran ( 2000 ) daripada Univesity of Alabama di Birmimgham menjalankan kajian ke atas 25 orang kanak kanak ( 11.4 1.4 yr ). Tujuan kajian mereka adalah untuk membanding ketepatan, ketelitian dan bias of tisu lemak ( FM ) yang diukur dengan teknik DEXA, hydrostatic weighing ( HW ), air-displacement plethysmography ( PM ) yang menggunakan sistem komposisi badan BOD-POD, dan jumlah air badan ( TBW ). Kesimpulan daripada dapatan mereka ialah DEXA, HW dan TBW menunjukkan bias dalam anggaran FM, akan tetapi tiada bias berlaku dalam teknik PM. Oleh itu mereka mengesahkan bahawa PM adalah teknik yang dapat menganggar FM bagi kanak kanak dalam lingkungan umur 9 hingga 14 secara tepat dan teliti serta tanpa bias. Taylor, Jones, Williams, and Goulding ( 2000 ) daripada University of Otago, Dunedin, New Zealand melakukan kajian untuk menguji kesahan pengukuran lilitan pinggang, waist to hip ratio ( WHR ) dan conicity index sebagai indikator kepada lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Subjek mereka terdiri daripada 278 perempuan dan 302 lelaki yang berumur antara 3 9 tahun. Komposisi lemak badan mereka diukur dengan kaedah dual-energy x ray absorptiometry. Daripada kajian itu mereka mendapati bahawa percentile bagi lilitan pinggang dapat mengenalpasti individu yang mempunyai lemak badan yang tinggi.Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa ukuran lilitan pinggang adalah cara yang berkesan dan mudah untuk mengukur lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja. 6.0 Kegunaan Ujian Data-data atau maklum balas dari pengukuran antropometri mempunyai banyak kegunaan dalam Sains Sukan, antaranya adalah seperti berikut: 1. Dapat digunakan sebagai panduan untuk menilai aras perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak. 2. Dapat digunakan untuk menilai taraf pemakanan dan status kesihatan individu. 3. Dapat digunakan untuk pengkelasan somatotaip iaitu pengkelasan bentuk badan manusia. 4. Dapat menilai komposisi tubuh dalam penjagaan dan menjadi panduan kepada kawalan berat badan. 5. Berguna bagi guru-guru Sains Sukan dalam membimbing pelajar dalam pemilihan acara sukan mengikut bentuk badan.

6. Berguna bagi guru-guru Sains Sukan membuat pengkelasan pelajar mengikut aras kematangan dan pertumbuhan pelajar dalam perolehan kemahiran psikomotor. 7. Dapat digunakan untuk menilai keberkesanan satu-satu sistem latihan terhadap pembesaran otot dan kekuatan otot. 8. Dapat digunakan dalam penyelidikan Sains Sukan.

7.0 Limitasi Kajian Pakar-pakar dalam pengukuran dan penilaian komposisi Sains Sukan mengenal pasti ujian komposisi lemak mempunyai limitasi-limitasinya. Antaranya ialah: 1. Pengukuran komposisi lemak badan mempunyai kesahan ramalan yang rendah dari segi Persamaan Jangkaan ( Perdictive Equations ) yang berdasarkan populasi spesifik, keputusan yang didapati biasanya hanya tepat jika sampel yang diukur itu bersifat homogen dengan sampel asal yang digunakan untuk membuat persamaan itu. 2. Teknik yang digunakan oleh pengukur-pengukur yang berlainan walaupun penggunaan kaedah yang sama mungkin mengganggu ketekalan keputusan. Begitu juga jika pengukur itu kurang berpengalaman dengan kaedah serta alat-alat pengukuran. Ada terdapat kes-kes dimana ralat pengukuran lemak badan melebihi dua ratus peratus. 3. Jadual umur tinggi yang digunakan untuk mengklasifikasi subjek tidak boleh memberi pandangan tepat tentang komposisi badan sebab seorang yang lebih berat badan ( over weight ) mungkin adalah kerana kandungan ototnya dan bukan kerana kandungan lemak walaupun kita ambil kira saiz rangka badannya. 4. Pada kebiasaannya, pengukuran lemak badan diukur secara tidak langsung di lapangan dan dilakukan dengan pelbagai cara. Dalam proses pengukuran tidak langsung ini, pelbagai faktor lain yang tidak diketahui mungkin mempengaruhi keputusan yang didapati. 5. Dalam pengukuran komposisi lemak badan dengan menggunakan teknik lipatan kulit dan pengukuran girth memerlukan pengesanan lokasi anatomi yang tepat dan tekal. Ini adalah sangat penting supaya mengurangkan julat ukuran pada sesuatu lokasi. 6. Pengukuran berat badan akan dipengaruhi oleh perkara-perkara lain, seperti waktu pengukuran ( sebelum atau selepas makan ), pakaian yang ada pada subjek dan ketepatan alat mesin ukur. 7. Alat-alat pengukuran yang diubahsuaikan dan digunakan sebagai ganti alat-alat yang lebih mahal akan mengurangkan ketepatan keputusan. 8. Penguji-penguji atau penilai-penilai yang tidak terlatih yang mengambil ukuran komposisi lemak badan, ini menyebabkan kebolehpercayaan dan kesahan keputusan yang boleh meragukan.

8.0 Matlamat Ujian Pada akhir sesi ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui dan memahami cara dan prosedur pengukuran lemak badan dan menggunakan peralatan-peralatan khas dan khusus. 2. Mengetahui tentang sejarah, perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian yang berkaitan dalam pengukuran antropometri dengan jelas. 3. Menambah pengetahuan tentang kepentingan antropometri dalam Sains Sukan secara amali. 4. Mengumpul data-data antropometri dengan menggunakan pelbagai kaedah dan alat pengukuran antropometri dengan betul dan tepat. 5. Menggunakan sesi ujian amali dengan betul dan tepat. 9.0 Objektif Ujian Pada akhir sesi ini, pelajar-pelajar dapat: 1. Menerangkan pengertian antropometri dan bidang-bidang yang berkaitan dengan terang dan jelas. 2. Menerangkan dengan jelas mengenai sejarah dan perkembangan penyelidikan antropometri serta berkaitannya dengan bidang Sains Sukan mengikut urutan masa. 3. Mengamalkan ukuran-ukuran antropometri dan somatotaip dalam Sains Sukan dengan cara yang betul. 4. Menganalisi data dan membuat pengkelasan somatotaip dan data-data antropometri dengan cara yang betul. 5. Mengelola dan mentadbir pengukuran antropometri dengan kaedah dan teknik yang betul dan tepat. 6. Menggunakan alat pengukuran antropometri dengan teknik yang betul dan tepat. 7. Mengetahui perkara-perkara yang boleh mengganggu ketepatan keputusan antropometri dari segi pengkaedahan yang diamalkan. 10. Aktiviti Ujian-ujian Pengukuran Komposisi Lemak Badan. 10.1 Pengukuran Lipatan Kulit PERKARA :____________________________________________ KETERANGAN :_____________________________________________________ Objektif :Pada akhir sesi pelaku akan dapat : 1. Menggunakan kaliper lipatan kulit Lange untuk mengambil ukuran lipatan kulit. 2. Menggunakan data yang diperolehi untuk menentukan jenis somatotaip berdasarkan kaedah Health-Carter.

Kesahan :Kesahan lahir. Kebolehpercayaan : r = 0.98 ( Mathew, 1978 ) Alatan :Kaliper lipatan kulit Lange. (Lampiran 1)

Kaedah 1. Kenal pasti kawasan yang hendak diukur. 2. Lapisan kulit ditarik dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Lapisan kulit yang diambil janganlah terlalu tebal hingga menyebabkan lebihan tegangan. 4. Bacaan diambil 1 cm daripada hujung ibu jari dan jari telunjuk. 5. Ambil bacaan pada 0.1 mm yang terdekat. 6. Ulangi lakuan sebanyak dua kali.

PERKARA :___________________________________________ KETERANGAN :_______________________________________________ Lokasi dan teknik pengukur Lelaki dan Perempuan. 1. Trisep Subjek berdiri dengan tangan disisi lurus dan siku dikunci. Lipatan kulit diambil pertengahan di antara akromion dan siku. Lipatan kulit yang diambil hendaklah melintang dengan paksi panjang lengan. Ukuran diambil pada lengan sebelah kanan. 2. Suprailiac Subjek berdiri dalam keadaan lurus secara normal. Subjek dikehendaki mengambil nafas secara sederhana dan tahan. Lipatan kulit diambil satu atau dua inci di bawah anterior superior unjuran iliac kanan. Lipatan tersebut akan menghala ke bawah dan ke hadapan.

10.2 Pengukuran Lilitan Kaedah Girth ke 2-3 / Naval Health Research Center

PERKARA:_____________________________________ KETERANGAN:______________________________________________ Objektif Pada akhir sesi pelaku akan dapat : 1. Mengetahui % kandungan lemak tubuh individu. 2. Menggunakan data bagi mengukur % komposisi lemak badan berdasarkan nomogram J.H. Wilmore (1988) Kesahan :Kesahan lahir. Kebolehpercayaan : r = 0.85 dan 0.90 Alatan :Pita ukur. Kaedah :1. Tentukan dan kenalpasti bahagian yang hendak diukur. 2. Subjek berdiri, tumit dirapatkan dan berdiri selesa. 3. Kedudukan pita hendaklah kemas dan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. 4. Bacaan diambil kepada 0.25 inci terdekad. 5. Semasa perlakuan jangan mengempiskan abdomen.

Lokasi dan teknik a)Pengukuran Lelaki 1. Neck (Tengkuk) i. Letakkan pita di bawah sedikit daripada halkum ii. Catatkan bacaan dalam inci

2. Lower abdominal i. Letakkan pita dibahagian pingang pada atas pusat (bahagian terbesar) ii. Catatkan bacaanb dalam inci Cara pengiraan: Ukurlilit abdomen bawah ukurlilit neck ( tengkuk )

b)Wanita. 1. Neck ( tengkuk ) i. Letakkan pita di bawah leher bawah sedikit daripada bahagian tengah ii. Catatkan bacaan dalam inci 2. Upper abdominal i. Letakkan pita di bahagian pinggang pada bahagian kecil. ii. Catatkan bacaan dalam inci. 3. Hip ( pinggul ) i. Letakkan pita di bahagian yang paling besar di pinggul ii. Catatkan bacaan dalam inci

Cara pengiraan : Ukurlilit upper abdominal + Hip ( pinggul ) Neck (tengkuk).

10.3 Pengukuran Lipatan Kulit Kaedah Jackson / Pollock (J-P) PERKARA:________________________________________ KETERANGAN:________________________________________________ Objektif Pada akhir sesi perlaku akan dapat : 1. Menggunakan kaliper lipatan kulit Lange untuk mengambil ukuran lipatan kulit. 2. Memproses data yang diperolehi dengan menggunakan Nomogram bagi anggaran peratus lemak oleh W.B Baun, M.R. Baun dan P.B. Raven. Kesahan :Kesahan lahir Kebolehpercayaan :r = 0.90 0.96 ( Mathews 1978 ). Alatan :Kaliper lipatan kulit Lange Kedah :1. Kenal pasti kawasan yang hendak diukur. 2. Liputan kulit ditarik dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Lapisan kulit yang diambil janganlah terlalu tebal hingga menyebabkan lebihan tegangan. 4. Bacaan diambil 1 cm daripada hujung ibu jari dan jari telunjuk. 5. Bacaan diambil pada 0.1 mm yang terdekat. 6. Ulangi lakuan sebanyak dua kali.

Lokasi dan teknik pengukuran a)LELAKI 1. Dada ( chest ) Pengukuran lipatan kulit diambil pada pertengahan jarak antara aksila dan puting dada setinggi yang boleh pada lipatan axillary interior. Ukuran diambil secara melintang sebanyak 1 cm dibawah tempat cubitan. 2. Abdomen Lipatan kulit diambil secara melintang 3 cm dari pusat 1 cm ke bawah ( umbilicus ). 3. Peha ( thigh ) Keadaan peha hendaklah relaks dan berat dipindsahkan ke kaki kiri . Pengukuran dibuat pada pertengahan jarak antara tulang pinggul (inguinal crease) dan permukaan patella sebanyak 1 cm dengan paksi memanjang peha. Cara pengiraan : BD = 1.10938 0.0008267(X1 ) + 0.0002574(X1) 0.0002574 ( X1)

BD = Body density X1 = Sum of chest, abdomen and thigh skinsfolds. X2 = Age To calculate percent body fat, plug into Siris equqtion 4.95 ( __________ - 4.5 ) X100 BD

b)Perempuan 1. Trisep ( triceps ). Tangan kanan di kendurkan. Lipatan kulit diukur pada belakang lengan, dipertengahan jarak antara proses akromion dan proses olecranon. Bacaan diambil 1 cm dibawah tempat cubitan.

2. Suprailium Mengukur lipatan di atas pelvic kanan (crest of ilium ) digariskan pertengahan axilary. Lipatan diukur melintang mengikut garisan matural iliac crest. Bacaan diambil 1 cm dibawah lipatan ini. 3. Peha ( thigh ) Keadaan peha hendaklah relaks dan berat dipindsahkan ke kaki kiri . Pengukuran dibuat pada pertengahan jarak antara tulang pinggul (inguinal crease) dan permukaan patella sebanyak 1 cm dengan paksi memanjang peha.

Cara pengiraan : BD = 1.0994921 0.000992(X) + 0.0000023 (X) - 0.0001392 (X2) BD = Body density. X1 = Sum of triceps, suprailium and thih skinfolds X2 = Age

Gambar Alatan.

Bibliografi Barrow, H.M., dan Mc Gee, R. (1979). A Practical Approach to Measurement in Physical Education. Philadelphia : Lea and Febiger. Clarke, H.H. (1976). Application of Measurement to Health and Physical Education. (5th ed). Eaglewood, New Jersey : Prentice Hall. Johnson, B. L. and Nelson, J.K. (1992). Practical Measurement and Evaluation in Physical Education. (4th ed). Edina, Minnesota : Burgess Publishing. Kirkendall, Don R., Gruber, Joseph J., Johnson, Robert E. (1987). Measurement and Evaluation for Physical Educators. (2nd ed). U.S.A. : Human Kinetics Publishers, Inc. Miller, David K. (1998). Measurement by the Physical Educator. U.S.A. : WCB McGraw-Hill. Verducci, F.M. (1980). Measurement Consepts in Physical Education. London : C.V. Mosby.

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN PENGUJIAN KECERGASAN FIZIKAL (QJU 3033) TAJUK TUGASAN : SKINFOLD CALIPER TUGASAN INDIVIDU

PENSYARAH EN. YUSOP BIN AHMAD

DISEDIAKAN OLEH NAZIFI BIN SHAMSUDIN D20111049236

TARIKH DIHANTAR 23 MEI 2013

Anda mungkin juga menyukai