Anda di halaman 1dari 69

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ini mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan kerja ini secara langsung atau pun tidak langsung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Rosli Mohd Yusoff selaku pensyarah mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Buat semua kawan-kawan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga dapat menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami berdua sendiri.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan Mata pelajaran sivik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri murid semenjak dari kecil lagi. Terdapat banyak kaedah, strategi, kemahiran pedagogi yang perlu dikuasai oleh murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas boleh berlaku secara lancar. Oleh itu, setiap guru pelatih perlu melalui proses pembelajaran contohnya pengajaran mikro agar kemahiran pedagogi dapat ditingkatkan dan isi pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Tugasan Pendidikan Sivik ini mengandungi 2 perkara. Yang pertama adalah membuat folio mengandungi 5 kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran, komponen utama pengajaran dan unsur-unsur pengajaran berkesan dan sebahagian lagi melakukan pengajaran mikro berdasarkan rancangan pengajaran yang dibuat.

KAEDAH PENGAJARAN

Koperatif

Kolaboratif

Kumpulan

Projek

Lawatan

KAEDAH KOPERATIF

Definisi

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Pembelajaran koperatif juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982)

Lima unsur asas:

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: a. Kebergantungan antara satu sama lain secara positif b. Interaksi secara bersemuka yang aktif c. Akauntabiliti individu atas pembelajaran dan pencapaian diri sendiri d. Berkemahiran koperatif e. Pengurusan kumpulan

Ciri-ciri penting

1. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan murid boleh diketuai oleh seorang ahli 2. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut 3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan murid

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Keadaan ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat 5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai 6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

Kelebihan Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran interaksi murid secara positif dalam kumpulan. Secara tidak langsung, perkongsian idea akan berlaku dan pemeriksaan idea secara individual dalam suasana yang tidak terancam dapat berlaku, selaras dengan falsafah konstruktivisme. Kaedah koperatif ini amat bersesuaian dengan pengajaran PSK kerana selain daripada percambahan dan perkongsian idea, kaedah ini mengaplikasikan hubungan 2 hala antara guru dengan murid.

Unsur asas kaedah koperatif

Kebergantungan

Pengurusan

Interaksi

Berkoperatif

Akauntibiliti

Ciri penting

Seorang ketua

Kerjasama

Tanggungjawab

Ganjaran

Sikap positif

Kemahiran sosial

PENDEKATAN KOLABORATIF

Definisi Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia

memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan

Ciri-ciri Penting 1. Dalam pembelajaran kolaboratif, murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama.

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif a) b) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

Kaedah Kolaboratif

Kebolehan bergaul

Kriteria asas
Saling bantu
Komitmen

10

PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan.

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu murid mencapai objektif spesifik 2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan 3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan 4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab 5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk 6. Kelebihan pengajaran secara berkumpulan ialah membolehkan murid mengenalpasti, koperatif menganalisis dan menyelesaikan masalah secara

11

Satu tujuan

Tanggungjawab

Penglibatan aktif

Bekerjasama

Penyelesaian bersama

12

KAEDAH PROJEK Definisi Projek adalah satu kaedah yang mana murid menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti di dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997) Kaedah ini merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh murid di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting 1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif murid dan meluaskan pengalaman murid semasa menjalankan projek 2. Projek ini turut membantu murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek 3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti 4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada murid 5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh 6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran 7. Kelebihan kaedah projek ialah murid memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. 8. Pengetahuan yang diperolehi kekal dan berkesan

13

Kaedah Projek Ciri penting

Kreativiti

Pengetahuan kekal

Bekerjasama

Sesuai Objektif

Pengalaman

Bahan mudah

14

Kaedah Lawatan Definisi Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Ciri-ciri Penting 1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung 2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran 3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada murid untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku 4. Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah 5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. 6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang murid mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar Kaedah ini sangat bersesuaian dengan PSK kerana kaedah ini menepati teori pembelajaran sosial dan PSK merupakan subjek yang perlu dipelajari melalui teori pembelajaran sosal.

15

Kaedah Lawatan Ciri penting

Pemahaman

Situasi baru

Multisensor

Eksperential

Pemerhatian

Perkaitan

16

17

Definisi teknik Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Teknik pengajaran merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah pelaksanaan dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada satu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat pengganggapan pelajar.

Tujuan teknik : 1. Menarik minat murid 2. Mengekalkan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

18

TEKNIK SIMULASI

Definisi Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1. Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Semasa simulasi, peranan murid agak luas kerana murid bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada murid-murid bagi membuat keputusan

3. Murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis
19

Belajar melalui kesilapan

Berfikir secara kreatif, analisis dan kritis

Perbincangan

Peluang interaksi

Interaksi DInamis

20

Teknik perbahasan Bahas merujuk kepada tindakan menyokong atau membangkang sesuatu fakta atau pendirian dengan alasan yang logik secara tersusun.

Kelebihan Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

21

Kecekapan komunikasi

memupuk sifat kepimpinan

Berfikir pantas

Perbahasan

Perkembangan mental positif

Kemahiran berbahasa

Kemahiran mendengar

22

Teknik Bercerita Teknik bercerita biasa digunakan oleh orang-orang kita pada waktu tertentu khususnya sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Situasi yang sama boleh berlaku di dalam kelas apabila guru-guru menyampaikan isi pengajaran kepada murid-murid dengan menggunakan teknik ini. Malah, murid-murid akan memberikan lebih tumpuan dan perhatian apabila suasana yang dapat diwujudkan lebih menyeronokkan dan berkesan. Di sekolah-sekolah rendah, murid-murid biasanya gemar mendengar cerita. Di samping itu, perkara yang diceritakan dapat segera difahami bahkan ada antara mereka yang mampu memahami maksud keseluruhan cerita tersebut. Sungguhpun demikian, guru-guru perlu sedia maklum bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Kerana terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang hendak disampaikan berkemungkinan menjadi kabur. Oleh itu, guru perlu sentiasa mengingati bahawa bercerita hanya berfungsi sebagai salah satu alat untuk menyalurkan isi pelajaran kerana aspek-aspek yang hendak disampaikan adalah lebih penting dan menjadi tumpuan utama. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil perhatian oleh guru sebagai persediaan teknik bercerita. Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah umur, kecerdasan dan minat murid-murid tersebut haruslah bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Cerita tersebut perlulah dikaji terlebih dahulu supaya aspekaspek bahasa tertentu dapat ditekankan. Bagi mewujudkan suasana yang lebih memberangsangkan, guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar dan bahan bantu mengajar yang lain sebagai tambahan. Sehubungan itu, guru juga harus menghafaz frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting dan lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan supaya objektif utama pengajaran tercapai. Paling utama, cerita tersebut perlu disampaikan dalam keadaan yang selesa dan penekanan harus diberikan

23

Umur, Kecerdasan dan minat

Keadaan selesa

Kaji cerita

Hafaz cerita

Gambar, objek

24

Teknik Bermain Pengenalan Teknik ini teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal Sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan Boleh dilaksanakan secara kelas, individu, berpasangan atau berkumpulan

Cara perlaksanaan Jill Hadfield (1984) ada menyatakan 1. Penerangan dan demonstrasi guru tentang cara permainan dijalankan 2. Sekumpulan kecil murid dipilih untuk membuat demonstrasi permainan yang diajar 3. Seterusnya, aktiviti permainan dijalankan 4. Di akhir permainan, murid harus merumus apa yang telah dipelajari.

25

Urutan teknik bermain

Penerangan guru

Demonstrasi murid

Main!!!

Rumusan murid

26

Teknik sumbangsaran Teknik sumbangsaran dikenal juga dengan brainstorming atau percambahan fikiran. Kaedah ini sesuai terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa yang singkat.

Faedah dan kekuatan kaedah sumbangsaran:

Sumbangsaran

atau

percambahan

fikiran

adalah

suatu

kaedah

untuk

mendapatkan seberapa banyak idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang singkat. Kaedah ini juga sering digunakan oleh beberapa organisasi pengurusan yang terkenal sebagai usaha untuk mencapai matlamat organisasi dalam

meningkatkan kualiti dan produk mereka. Semasa sesi sumbangsaran ini dijalankan, semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah. Semua murid bebas mengeluarkan idea. Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan. Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran. Manakala murid akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses P& P dijalankan. Bagi menjayakan proses sumbangsaran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar. Tujuannya untuk mencetuskan pemikiran dan idea yang kreatif. Sekiranya ditegur, nescaya mereka enggan lagi memberikan sumbangan. Walaupun kebiasaannya, kebanyakan dalam kalangan kita suka mengkritik pandangan
27

orang lain, tetapi dalam proses sumbangsaran ini semua peserta adalah dilarang menegur dan mengkritik idea orang lain. Satu lagi keistimewaan kaedah ini, murid boleh menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea itu untuk melahirkan satu idea yang baru. Secara tidak langsung kaedah ini dapat melahirkan pemikiran kreatif dan suatu penghasilan yang inovatif.

28

Idea baru

Pencetus idea kreatif

Semua idea diterima

Penglibatan aktif murid

Bebas beri idea

29

30

Set induksi

Penutup

Penyoalan

Papan tulis Komponen utama pengajaran

Pengukuhan

Penggunaan sumber pengajaran

Komunikasi

Penggunaan variasi rangsangan

Penyusunan langkah pengajaran

31

Set induksi set bagi memulakan sesuatu pengajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran

Prinsip
Menarik perhatian, minat pelajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan pelajar guru menggunakan suara dengan intonasi yang sesuai, gerak geri atau gerak isyarat terutamanya tangan dan kontak mata keadaan lebih menarik dengan penggunaan alat audio-visual

Sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar

Pendekatan, aktiviti, bahan dan idea yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan pengalaman pelajar perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar misalnya, dengan merujuk kepada peristiwaperistiwa semasa dan di sekeliling mereka dan isi pelajaran lepas pendekatan digunakan adalah diketahui kepada belum diketahui aktiviti dan isi kandungan yang disampaikan dan bahan yang digunakan perlu berkait rapat dengan objektif pelajaran yang ditetapkan isi pelajaran akan dibuat kemudian

Berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar

Berkait rapat dengan objektif pelajaran dan isi pelajaran

Jangka masa yang terhad

perlu terancang dan dalam tempoh masa antara 3-5 minit sahaja.

32

Komponen set induksi

Menarik perhatian

Guru menggunakan intonasi suara, gerak isyarat serta kontak mata bagi menarik dan mengekalkan minat pelajar menggunakan alat audio-visual menarik
Motivasi merangsang dan memotivasikan pelajar supaya belajar melalui teknik dan aktiviti pengajaran yang dipilih seperti soal jawab, bercerita ada unsur-unsur suspens dan menggunakan bahan yang menarik. guru perlu menunjukkan kemesraan dan dibuat bersahaja dengan penuh semangat. Menstrukturkan Guru menggunakan set induksi untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran berkesan

Membuat perkaitan Guru boleh memuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas bertujuan supaya pelajar lebih bersedia menerima isi pelajaran baru

33

Menarik perhatian pelajar kepada pelajaran baru

Mengaitkan isi pelajaran baru dengan isi pelajaran lepas dan pengetahuan sedia ada

Menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu di kalangan pelajar

Objektif set induksi

Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan

Mengubah dan membina aliran dan tumpuan fikiran pelajar daripada pelajaran sebelumnya kepada pelajaran baru

34

Kemahiran menyoal

Merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadan menjadi dominan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran

Tujuan menyoal menjadikan murid aktif membangkitkan minat dan tumpuan murid memperkembangkan isi pelajaran meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid

35

Prinsip menyoal

Soalan Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dalam bilik darjah betul dari segi tatabahasanya supaya maksudnya jelas Pendek, tidak berbelit-belit relevan dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan Dikhususkan supaya lebih jelas Pelbagaikan aras dan jenis soalan

Cara menyoal Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada soalan Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid Melayan jawapan yang salah dengan baik Elakkan dari mengulang-ulang soalan Elakkan dari menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan pelajar seolah-olah guru menjawab solan sendiri elakkan dari mengulang-ulang jawapan pelajar elakkan dari guru bercakap terlalu banyak

36

Peringkat Pengenalan

Penyampaian

Aplikasi

Penutup

Tujuan menyoal Membantu set induksi guru Mengetahui apa murid tahu Mengulang pelajaran lepas Mengemukakan masalah yang berkaitan dengan topik pelajaran Mengekalkan minat dan tumpuan murid Menggalakkan penaakulan dan pemikiran logik Mengetahui setakat mana kefahaman pelajar Fokus dan penjelasan Menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid Memimpin murid membuat pemerhatian dan inferens Mengulang isi utama Menguji kefahaman murid Mencadangkan masalah dan isu berkaitan

Tujuan guru menyoal murid berbeza mengikut langkahlangkah pengajaran

37

Pengukuhan

Didefinisikan sebagai penggunaan insentif oleh guru sebagai ganjaran kepada tingkah laku yang diingini Guru perlu melakukan pelbagai langkah dan aktiviti membuat pengukuhan semasa pengajaran dan pembelajaran bagi mengelak rasa bosan di kalangan murid.

Sebaik-baiknya, guru mengamalkan pengukuhan positif, meminimunkan pengukuhan negatif Bentuk dan cara pengukuhan perlu berbeza-beza dari semasa ke semasa Pengukuhan dibuat bertujuan merangsang tingkah laku murid yang positif terhadap pembelajaran

Prinsip pengukuhan

38

Komponen pengukuhan

Pengukuha lisan positif contohnya seperti "baik", "bagus" "betul" "idea yang menarik"

"Extra verbal cues" contohnya "ya..ya", aha, teruskan

Gerak isyarat positif contohnya mengangguk, senyuman, tepukan melihat dan mendengar

mendekati atau medampingi contohnya bergerak mendekati murid, berdiri hampir dengan murid, duduk hampir dengan murid

Sentuhan contohnya, menyentuh kepala, bahu atau belakang, berjabat tangan. dalam konteks budaya, terhad kepada guru lelaki dengan murid lelaki dan guru perempuan dan murid perempuan

menulis jawapan murid di papan tulis sebagai galakan kepada respons murid

Penandaan seperti menulis komen dalam tugasan, buku latihan atau kertas jawapan ujian, memberi markah dan membuat carta kemajuan pelajar

Lisan negatif contohnya tidak, salah, bukan, tidak masuk akal atau sindiran secara lisan

gerak isyarat negatif seperti mengelengkan kepala, bermuka masam, mengerut dahi, merenung muka pelajar, menghentak kaki, membaling buku, menjauhi murid atau membiarkan murid terus berdiri

39

Contoh : papan hitam atau papan hijau yang menggunakan kapur dan papan putih yang menggunakan pen marker

Digunakan secara meluas dalam bilik darjah

Kemahiran menggunakan papan tulis

Tidak terhad kepada aktiviti melukis dan menulis sahaja, tetapi juga melibatkan peletakan dan penyusunan bahan bantu lain

Guru perlu merancang dengan teliti agar hasil yang terpampang di papan tulis tersusun dan jelas

40

Komponen papan tulis

Kejelasan Butiran yang ditulis, dilukis atau dilekatkan di papan tulis (samada lukisan, tulisan, carta, rajah atau gambar) perlu terang dan jelas Saiz huruf jarak antara huruf, perkataan dan barisan perlu sesuai dibaca oleh semua murid terutama yang berada di barisan belakang kelas

Susunan papan hitam boleh dibahagi kepada 2 atau 3 bahagian dengan garisan sebagai pemisah ruang bahan bantu mengajar yang lain disusun di sekitar tajuk supaya nampak kemas dan teratur ayat yang ditulis perlu selari dengan sempadan bawah atau atas papan tulis guru hendaklah mengelak daripada menulis di atas huruf atau perkataan sedia ada

Penekanan Perkara yang hendak ditekankan guru dibezakan dengan menggunakan kapur berwarna, membuat garisan atau membuat bulatan kepada perkara tersebut. guru-guru hendaklah mengelak daripada menulis perkataan yang sama dan perkataan yang tidak berkaitan dengan topik dibincangkan

41

Guru sepatutnya menekankan peringkat ini dengan sekurangkurangya membuat rumusan atau ringkasan berkenaan isi-isi utama yang disampaikan sebagai peneguhan kepada murid

Kemahiran menutup

Psikologi Gestalt melihat pembelajaran yang kompleks seperti penyelesaian masalah atau pembentukan dan pemahaman konsep akan berjaya dengan menyusun semula bahagianbahagian maklumat dan menyemak semula secara keseluruhannya

42

Membuat rumusan atau ringkasan berkenaan perkara yang disampaikan

dapat menilai tahap kefahaman pelajar dan keberkesanan pengajaran guru

Prinsip kemahiran menutup

Menyediakan peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dalam pelbagai situasi

Membuat perkaitan antara pengetahuan dan kemahiran semasa dengan pembelajaran berikutnya

43

Perkaitan kognitif guru membuat rumusan dengan mengaitkan isu-isu penting atau idea-idea utama yang sudah dibincangkan dan juga pengalaman murid. Guru meminta murid melakukan aktiviti susulan

Motivasi guru mendorong murid supaya bersedia dengan topik atau tajuk baru yang akan disampaikan dalam pelajaran berikutnya. ini boleh dilakukan dengan memberi gambaran ringkas topik atau isi kandungan yang disampaikan

Komponen kemahiran menutup

Perkaitan sosial guru membangkitkan rasa puas dan gembira dengan pencapaian murid dengan memberi pujian kepada pelajar yang menjawab soalansoalan rumusan guru

44

45

Penyampaian isi pengajaran tersusun dan lancar

Penilaian proses pengajaranpembelajarab

Pertuturan dan gestur yang berkesan

Unsur pengajaran berkesan

Tercapainya objektif pengajaran

Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar

Penggunaan alat bantu mengajar

46

Tujuan objektif pengajaran adalah untuk menentukan skop dan had isi pengajaran

objektif pengajaran yang tidak mantap akan meyebabkan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran pengurusan masa tidak berkesan dan tidak cekap terlalu banyak objektif pengajaran menyebabkan pengajaran terpaksa dilaksanakan dengan cepat

merupakan komponen paling penting dalam sesuatu sesi pengajaran banyak mana isi pengajaran yang perlu disampaikan Pemilihan alat-alat bantu mengajar yang sesuai Strategi atau kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakan Soalan-soalan yang dikemukan

Pemilihan objektif pengajaran bergantung kepada beberapa faktor, antaranya penguasaan isi kandungan sesuatu topik, banyaknya pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, pengalaman guru, masa dan kesukaran konsep yang akan diajar

47

Penyampaian isi pengajaran tersusun dan lancar Perlu disampaikan secara jelas dan tersusun mengikut tertib iaitu bermula dari konsep yang mudah diterima pelajar Penggunaan contoh-contoh yang relevan dapat membantu pelajar memahami Penggunaan frasa yang sukar difahami perlu dielakkan Laras bahasa hendaklah sesuai dengan peingkat umur dan kebolehan pelajar

Peringkat permulaan pengajaran guru memperkenalkan tajuk dan skop pengajaran mewujudkan kesediaan para pelajar menerima isi pengajaran menilai pengetahuan sedia ada pelajar mewujudkan minat serta motivasi tinggi

Peringkat perkembangan Sebahagian waktu pengajaran terdapat dalam peringkat ini kebanyakkan aktiviti pengajaranpembelajaran, interaksi antara guru dengan pelajar, dan pelajar dengan pelajar serta penggunaan pelbagai alat bantu mengajar wujud pada peringkat ini.

Peringkat penutup guru membuat rumusan dan meneguhkan perkaraperkara penting isi pengajaran guru pelu memastikan isi pengajaran disampaikan dengan lancar nilai-nilai murni haruslah diterapkan dengan berkesan samada melalui tulisan, lisan atau isi pengajaran

3 peringkat penyampaian pelajaran

48

Punca penyampaian isi pelajaran tidak lancar

Guru tidak merancang dengan tepat dan teliti

Guru tidak menguasai isi pelajaran Akibatnya, pengajaran tidak lancar, malahan berkemungkinan besar kesalahan fakta Terdapat ofisialisme semasa guru bercakap guru kerap menggunakan perkataan "o.k, baiklah, hmm..err." seringkali perkataan ini wujud di akhir ayat menyebabkan percakapan guru terputus-putus dan seolah-olah guru tidak berkeyakinan guru terlalu kerap merujuk kepada buku atau nota semasa mengajar seringkali berlaku apabila guru menggunakan kaedah kuliah puncanya guru tidak ingat susunan idea atau istilah penting akibatnya pengajaran guru terputus-putus Teknik penyoalan tidak betul perkara ini dapat menjejaskan kelancaran pengajaran soalan yang dikemukan mungkin tidak jelas atau terlalu sukar guru terpaksa mengulangi soalan beberapa kali

49

Suara adalah aset terpenting yang dimiliki oleh guru.

Guru harus memastikan suaranya cukup supaya dapat didengari oleh seluruh kelas. Suara yang perlahan akan menimbulkan masalah

Guru perlu menyesuaikan kekuatan suaranya mengikut keadaan, misalnya bertutur dengan individu, kumpulan atau seluruh kelas

Pertuturan guru harus fasih dan jelas. Sebutan harus bahasa baku.

Pertuturan berkesan ditentukan intonasi atau penekanan suara secara betul. Intonasi suara memudahkan pelajar membezakan isi-isi penting dalam pelajaran dan memahami fungsi ayat yang dituturkan oleh guru.

Pertuturan tanpa intonasi yang betul menyebabkan pelajar sukar memahami maksud pertuturan guru, disamping menimbulkan kebosanan pelajar

Perubahan mimik muka serta gestur dapat memperkukuhkan mesej yang disampaikan guru

Pertuturan yang membawa maksud marah kurang berkesan jika muka guru tidak menunjukkan kemarahan. begitu juga jika guru melawak, guru harus menunjukkan gimik muka senyum bukan marah mahupun begitu, mimik muka atau gestur tidaklah boleh dilakukan secara keterlaluan kerana ini mungkin meyebabkan guru menjadi bahan lawak atau ejekan murid.

50

memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui pelbagai derai Contoh Deria penglihatan : carta, foto Derai sentuh : model, spesimen biologi Deria pendengaran dan penglihatan : radio, televisyen, pita rakaman

fungsi utama adalah untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran Penggunaan alat bantu mengajar

perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar

Penggunaan ABM seharusnya bersesuaian dengan teknik pengajaran

51

Pemilihan ABM Berapa dan apakah jenis AMB yang perlu disediakan ? Apakah matlamat dan tujuan ABM berkenaan ? Adakah ia benar-benar relevan ? adakah ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran ?

Penyediaan AMB Apakah dan banyak mana maklumat yang perlu dimuatkan ? Adakah maklumat itu tepat ? Adakah ABM cukup besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar ?

Penggunaan ABM Bilakah sesuatu ABM paling tepat dan berkesan digunakan ? Apakah langkah yang perlu diambil menggalakan penglibatan dan interaksi pelajar ? Keterangan tambahan yang sesuai ? Apakah perlu dilakukan untuk menjamin ABM dapat dilihat, didengari atau disentuh pelajar ? Di manakah posisi guru semasa menggunakan ABM ? Apakah keterangan tambhan yang relevan dan sesuai dikemukana kepada pelajar ? Berapakah ABM yang perlu digunakan pada satu-satu masa bagi mengelakkan gangguan dan kekeliruan pelajar ?

52

komponen penting proses pengajaran dan pembelajaran

Penilaian proses 2 hala, guru menilai pelajar dan pelajar menilai guru Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran

bertujuan bagi memastikan tercapainya semua objektif pengajaran yang dirancang

penilaian merupakan proses berterusan

pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar bergantung kepada kecekapan guru melaksanakan proses pengajaran

53

Merangkumi aspek persediaan dan perancangan pengajaran

Aspek yang difikirkan Skop topik atau tajuk Penentuan objektif pengajaran berterusan Penilaian kaedah pengajaran Contoh sesuai Peralatan (ABM) Teknik bagi mendapat maklum balas pelajar Saiz kelas Keadaan fizikal bilik darjah

faktor seperti kebersihan kelas, keadaan peralatan dan suhu perlu diberi perhatian

Guru harus menilai pelajaran dan keadaan bilik darjah supaya wujud suasana kondusif

Kesediaan dan keselesaan pelajar penting bagi memastikan mereka menerima pengajaran guru

54

Soalan lisan yang dikemukakan guru sepanjang pengajaran Penyoalan dapat membantu guru menilai sejauh mana konsepkonsep dan kemahirankemahiran yang disampaikan difahami pelajar Penilaian semasa mengajar Kefahaman taksonomi bloom diperlukan pengetahuan (tahap rendah) kefahaman aplikasi analisis sintesis penilaian (tahap tinggi)

merangkumi pengetahuan, kemahiran, aktiviti atau perilaku pelajar

setiap soalan harus dikemukan dengan jelas, laras bahasa sesuai

Soalan yang dikemukakan harus dirancang dan merangkumi pelbagai tahap pemikiran pelajar

55

Penilaian selepas mengajar melalui penilaian kendiri, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan keunggulan pengajarannya penilaian kendiri bermaksud guru mengkritik diri sendiri secara jujur bagi membaiki diri supaya pengajarannya menjadi lebih berkesan dapat melatih guru menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan tanggungjawab terhadap perancangan serta pelaksanaan pengajaran dalam kelas

Tercapainya objektif-objektif pengajaran

Kepuasan diri

Keberkesanan kaedah pengajaran serta alat bantu mengajar yang digunakan


Aspek penilaian guru

Suasana pembelajaran bilik darjah

Teknikteknik penyoalan yang diamalkan Tingkah laku pelajar

56

memperbanyak dan pelbagai contoh

Menambah atau mengurangkan objektif pengajaran

Menilai semula dan memperbaiki objektif pengajaran Menggunakan strategi pengajaran yang lebih sesuai

menguatkan suara

menggunakan laras bahasa mudah difahami

Langkah yang mungkin diambil selepas penilaian kendiri

Mengubahsuai strategi pengajaran

membahagikan masa secara lebih berkesan

Mempelbagaikan teknik pengajaran

teknik penyoalan lebih berkesan

Menyediakan peralatan mencukupi

Menggunakan alat bantu mengajar lebih baik

57

58

Mata pelajaran Kelas Murid Masa Tarikh Tema Tajuk Sub tajuk

: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : 4 Jaya : 30 ( 16 lelaki dan 14 perempuan ) : 8.45 pagi 9.45 pagi (1 JAM) : 8 Februari 2011 : Sayangi diri : Mengenali diri : Kekuatan dan kelemahan diri

Hasil pembelajaran : Di akhir, pembelajaran, murid dapat 1. Menyenaraikan tingkah laku positif dan negatif 2. menerangkan tingkah laku positif yang dapat dapat membentuk perwatakan mulia 3. membanding bezakan antara tingkah laku baik dengan yang tidak baik. 4. Mengamalkan tingkah laku positif Isi kandungan :

1. Menyenaraikan sifat-sifat positif yang boleh diamalkan oleh pelajar dalam kehidupan seharian. 2. Membezakan sifat negatif dan menukarkan kepada sifat yang positif. 3. Kepentingan mengamalkan sifat positf dan meninggalkan sifat negatif

Penerapan nilai

1. Tolong menolong 2. Menghargai dan menjaga harta awam 3. Bekerjasama


59

Unsur patriotism

1. Berbangga dengan nilai positif yang ada dalam diri dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. 2. Bersyukur dengan sifat positif yang ada adalah anugerah Allah s.w. Pengetahuan sedia ada Murid pernah mengamalkan sifat-sifat positif ini dalam amalan harian di mana sahaja berada

Bahan dan sumber LCD dan laptop Surat khabar Tong sampah Kertas mahjong Pen marker Video budi bahasa budaya kita Video Tabiat takpa Satu unit Senaskah Sebuah 5 keping Sekotak 1 video 1 video

60

Prosedur pelaksanaan

Elemen pengurusan, pembelajaran bestari, pengurusan generik

Catatan, penerapan nilai murni, nilai alam sekitar, sumber P & P Sumber P & P Lakonan 4 orang murid

Set induksi ( 5 minit ) 1. 2 orang murid diminta melakukan 2 aktiviti iaitu membuang sampah di merata-rata tempat dan menyepak tong sampah. 2. Kemudian, 2 orang murid lagi diminta menyapu sampah dan mengemas tong sampah. 3. Murid diminta memberi pendapat dan mengulas tentang perkara yang berlaku. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini. Langkah 1. ( 15 minit ) 1. Murid dikehendaki

KB : menghubungkait, membanding beza, mengklasifikasi

Nilai murni KBF : membuat keputusan, Menyelesai masalah Bantu-membantu

TKP Interpersonal Ruang / visual kinestetik

KB Memerhati

Sumber P & P Video berkaitan tajuk

menonton video berkaitan Menjana idea kebersihan alam sekitar. 2. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang video tersebut. 3. Guru bertanya kepada murid beberapa soalan. i) Apakah perasaan
61

Menghubungkait

Nilai murni Bertanggungjawab

TKP Interpersonal Ruang / visual

Bantu-membantu

murid jika berada di tandas yang kotor dan busuk. ii) Kesan buruk jika kita tidak mengamalkan kebersihan? iii) Kenapa kerajaan menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik? 4. Secara rawak, murid diminta bercerita tentang sikap dan amalan masyarakat terhadap benda awam.

Langkah 2. ( 20 minit ) 1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. 2. Guru mengedar kad kosong dan meminta murid untuk menulis perkataan yang menunjukkan amalan positif dan negatif. 3. Kumpulan A adalah sikap positif dan kumpulan B adalah negatif.

KBF Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Sumber Kad

Nilai Tolong-menolong

62

4. Murid kumpulan A akan melakonkan sifat positif tersebut dan kumpulan B perlu menekanya dan sebaliknya. 5. Murid diminta menyenaraikan sifat positif dari aktiviti tersebut. Langkah 3. ( 15 minit ) 1. Murid perlu membentuk 5 kumpulan dan guru mengedarkan kad arahan dan kertas mahjong 2. Murid diminta berbincang dan menyatakan kepentingan amalan positif dalam kehidupan harian. Kumpulan 1 : Penyayang Kumpulan 2 : bekerjasama Kumpulan 3 : sopan santun Kumpulan 4 : tolong menolong Kumpulan 5 : Jujur 3. Hasil kerja kumpulan dipamerkan. Wakil setiap kumpulan akan menjelaskan sifat tersebut.
63

KB Penyelesaian masalah Menjana idea Komunikasi Memerhati

Sumber Kertas mahjong Alat tulis

TKP Visual / ruang

Penutup ( 5 minit ) 1. Guru membuat rumusan dan kesimpulan. 2. Murid diminta menyanyi lagu Budi bahasa budaya kita dan menghayatinya serta mengikut rentak.

KB Memerhati Mendengar

Sumber Lagu Budi bahasa budaya kita

TKP Muzik Interpersonal Kinestetik

Nilai Budi bahasa Tolong menolong

64

65

Refleksi kendiri Mohd Muhaimin bin Nur Anuar Setelah menyiapkan tugasan kerja kursus pendek berasaskan ilmu bagi mata pelajaran sivik ini, banyak perkara yang telah saya perolehi. Antaranya, saya dapat mengingati semula kaedah dan teknik pengajaran yang telah saya pelajari di semestersemester lepas. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari komponen utama pengajaran dan unsur-unsur pengajaran. Melalui tugasan ini, saya juga telah mempelajari tentang cara-cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian sebetulnya. Semester inilah pertama kali saya mempelajari tentang cara dan format penulisan rancangan pengajaran bagi mata pelajaran sivik. Mahupun begitu, penulisan ini tidaklah berbeza dengan penulisan rancangan pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani. Selepas itu, saya dapat mempelajari cara pelaksanaan pengajaran mikro bagi subjek ini. Untuk melaksanakan pengajaran mikro ini, saya tidak berasa gementar kerana ini merupakan kali ketiga saya melakukan pengajaran mikro selepas 2 kali pada semester lepas. Mahupun begitu, tugasan ini turut mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, tugasan ini, masih lagi mengkehendaki guru pelatih untuk menyediakan nota berkaitan kaedah dan teknik sedangkan kedua-duanya telah kami pelajari pada semestersemester yang lepas. Ini akan menyebabkan guru pelatih kurang pendapat pengetahuan baru dan hanya menggunakan nota-nota semester lepas. Melalui tugasan ini, saya berpeluang merasai pengalaman menjadi seorang guru sewaktu sesi pengajaran mikro. Walaupun bukan guru sebenar, saya dapat merasakan bagaimana cara untuk memastikan aliran pengajaran bergerak secara teratur dan tersusun mengikut rancangan pengajaran. Tambahan pula, inilah kali pertama dalam pengajaran mikro saya diberi peluang mengendalikan set induksi. Ini merupakan pengalaman baru kepada saya.
66

Sewaktu penulisan rancangan pengajaran harian, penulisan saya mempunyai beberapa kesalahan dan saya sentiasa membaiki kesalahan tersebut sehingga betul kesemuanya. Ini bertujuan, belajar dari kesalahan lebih cepat dan mudah difahami. Saya mengalami beberapa masalah dalam melaksanakan tugasan ini. Antaranya, buku rujukan bagi subjek ini sukar didapati dan buku yang ada pun di perpustakaan telah dipinjam oleh guru pelatih yang lain. Saya juga mengalami kekangan masa walaupun tugasan ini telah diberi lebih kurang sebulan yang lalu. Ini disebabkan, saya perlu mengikuti 2 kali lawatan iaitu satu lawatan ke Kuala Terengganu bagi subjek bumi dan angkasa selama 2 hari dan ke Perak bagi subjek Pentadbiran dan Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani selama 3 hari. Tambahan pula, pada bulan ini, semester 5 perlu menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2011. Tambahan pula, saya perlu menyiapkan beberapa lagi tugasan kerja kursus yang perlu dihantar sebelum cuti pertengahan semester. Ini akan membantutkan perancangan saya dalam menyiapkan tugasan ini.

67

REFLEKSI KENDIRI NOR AZLAN BIN AHMAD @ ISMAIL Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan elektif kedua saya. Subjeknya pada kali ini adalah Kaedah Pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan - PSK 3103 merupakan subjek PISMP Sains pelajari ketika berada di semester 5 kali ini. Subjek ini mengehendaki kami menjelaskan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Subjek ini diajar dalam bahasa Melayu, dan diuruskan oleh Jabatan Kajian Sosial. Subjek ini mempersiap guru pelatih kepada konsep pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tugasan kali ini mengehendaki saya menerangkan kaedah, teknik dan stratregi, komponen pengajaran berkesan dan pengenalan kepada Rancangan Pengajaran Harian PSK. Saya juga perlu menjalani sesi pengajaran mikro. Saya yang sudah didedahkan kepada cirri-ciri umum Rancangan Pengajaran Harian dan pengajaran mikro sudah masak dan boleh menanganinya dengan baik. Alhamdulillah saya berjaya menjalankan sesi pengajaran mikro dengan baik dan menulis racangan pengajaran dengan baik Akan tetapi, pada hari sesi pengajaran mikro, saya tidak berapa sihat dan tidak mampu menjalankan sesi pengajaran mikro yang terbaik. Saya sudah cuba yang terbaik akan tetapi Dia yang menentukan segalanya. Komen yang diberikan oleh pensyarah dan oebserver juga sangat memberi keyakinan kepada saya untuk meneruskan sesi pengajaran mikro saya InsyaAllah saya akan mencuba untuk meneruskan yang terbaik dalam pratikum saya kelak. Cuma saya perlu mengenali terlebih dahulu anak murid saya agar pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan bersesuaian dengan tahap meraka.

68

Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia(2001),Falsafah Pendidikan Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan Kurikulum. Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4. Ampang : Dawama Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum(1992), Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur, DBP. Rashidi Azizan, Abdul Razak Habib (1998) Pengajaran Dalam bilik darjah, kaedah dan strategi. Kajang : Masa Enterprise. Shahabuddin Hasihm, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zobir Ahmad.(2003). Pedagogi Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang :PTS Publication and distributor

69

Anda mungkin juga menyukai