Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

TARIKH : 7 JANUARI 2011 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN DARUL MAKMUR TETAMU KEHORMAT: YANG DIRAIKAN DATO HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD PENGACARA : SAUDARA MOHD. AINUL FIKRI B. SUFIAN SAUDARI NUR IZZATI BINTI ISMAIL Assalamualaikum dan salam sejahtera Sidang hadirin yang dimuliakan.. Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Perpisahan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pahanh Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis berikut: Hadirin diminta untuk : 1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad dibuat oleh Pengacara Majlis. 2. Diminta semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk berada di pintu masuk dewan 3. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap. 4. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis 5. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan. 6. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan. 7. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin hadirat sidang dewan sekalian untuk menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat. 8. Para pelajar di minta untuk tidak menggunakan telefon bimbit serta membaca buku semasa majlis berlangsung. Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan Puan-puan. 1. Mengumumkan Ketibaan Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang bersama isteri Datin datin

Shaharom binti Haji saad, diiringi Timbalan Pengarah, Yang Berusaha En. Roselan B. Ahmad, pensyarah-pensyarah kanan dan Ketua-ketua Jabatan masuk ke dalam dewan. -Lagu Negeri Pahang, Lagu IPG dan Lagu IPG TAAHadirin dipersilakan duduk. 2. Bissmillahhirrahmanirrahim.... Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Serta sahabat dan keluarga baginda. a) Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad ,Pengarah Pelajaran Negeri Pahang mantan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dan isteri Yang Dihormati Datin Shaharom binti Haji Saad b) Yang Berusaha Encik Roselan B. Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis c) Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hadi bin Mohamad, Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis d) Yang Dihormati pensyarah-pensyarah kanan , e) Ketua-ketua Jabatan f) Ketua-ketua unit g) Para Pensyarah h) Staf-staf bukan akademik i) Barisan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar j) Barisan Ahli jawatankuasa kerja Perhimpunan dan Upacara Khas k) Serta guru-guru pelatih sekalian

Rendang subur pohon setanggi, Baik tumbuhnya piggiran laman; Budi ditabur menggunung tinggi, Mekar harumnya sepanjang zaman. 3. Bersyukur kita ke hadrat illahi Kerana dengan limpah kurnia-Nya Diberi-Nya kita peluang Untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Perpisahan Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.

4. Sidang hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan dialunkan oleh saudara Ahmad Naqiudin bin Abdul Wahid dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Agama Islam semester 3 bermula daripada ayat 1 hingga ayat 14 dari Surah al Mukminun. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. -BACAAN AL-QURANMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Naqiudin atas bacaan Al-Quran sebentar tadi. Semoga majlis kita diberi limpah rahmat dari Ilahi. 5. Seterusnya adalah persembahan multimedia dengan segala hormatnya mempersilakan. -PERSEMBAHAN MULTIMEDIAMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Abdul Shukor di atas persembahan multimedia itu tadi. yang telah disediakan oleh

Encik Abdul Shukor bin Ahmed dari Jabatan Teknologi Pendidikan. Majlis

6. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari saudara Muhammad Nasrul bin Abu Bakar , Naib Yang Dipertua 1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -UCAPAN NYDPTerima Kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Nasrul bin Abu Bakar atas ucapan sebentar tadi. 7. Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Roselan bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Ampuan Afzan bagi menyampaikan ucapan . Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan. -UCAPAN TIMBALAN PENGARAHTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Roselan bin Ahmad atas ucapan sebentar tadi. 8. Majlis di teruskan dengan ucapan dari Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. segala hormatnya mempersilakan. -UCAPAN PENGARAHBegitulah tadi ucapan dan amanat terakhir daripada Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad untuk seluruh warga institut. Semoga ucapan tadi dapat di jadikan pembakar semangat dan azimat kita semua untuk meneruskan perjuangan dalam profesion perguruan. Bagi pihak majlis, kami warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan mengucapkan tahniah kepada yang Hormat Dato Haji Mazlan bin Mohamad atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang baru. Majlis dengan

Hadirin hadirat yang dimuliakan, 9.Majlis di teruskan lagi dengan persembahan daripada pelajar dan pensyarah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. -PERSEMBAHAN PELAJAR DAN PENSYARAH10. Majlis diteruskan dengan persembahan dari pasukan koir IPGkTAA yang akan menyanyikan 2 buah lagu iaitu Pendidik Sejati yang dicipta khas oleh Encik Arif Fadhilah bin Khalil khusus buat Yang Diraikan Yang Hormat Dato Pengarah sempena majlis perpisahan ini dan juga lagu Dimanakan Ku Cari Ganti. -NYANYIAN KOIRPersembahan-persembahan itu tadi ditujukan khas buat Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan bin Mohamad sebagai tanda kasih dan penghargaan kami, seluruh warga IPG kampus Tengku Ampuan Afzan. 11. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Seterusnya majlis penyampaian cenderamata kepada yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad. Majlis menjemput En. Roselan B. Ahmad untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Diraikan Dato Pengarah naik ke pentas. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

a) Dipersilakan saudara Muhammad Nasrul bin Abu Bakar, Naib Yang Dipertua 1 JPP sesi 2010/2011 bagi menyampaikan cenderamata bagi pihak JPP dan juga pelajar IPGkTAA b) Dipersilakan Encik Zulkarnain bin Mat, Ketua Unit Khidmat Pengurusan untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak staff bukan akademik. c) Dipersilakan Puan razimah binti binti Mohd, Pengerusi Kelab Staf Akademik untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak pensyarah

d) Dipersilakan Encik Mohd Nordin bin Abdullah untuk menyampaikan cenderamata dari bagi pihak staff di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sri Tualang e) Dipersilakan Dr. Abdul Shatar bin Che Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pembangunan Inovasi dan Profesionalisma Keguruan untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak Pedagogi Peribumi f) Dipersilakn Encik Murugan ................. , Penolong Kanan SMK Benta mewakili Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Pahang Puan Yoke Yin Peng untuk menyampaikan cenderamata g) Dipersilakan Encik Roselan bin Ahmad, Tuan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyampaikan cenderamata dari pihak IPGkTAA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Yang Hormat Dato Haji Mazlan bin Mohamad atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

12. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Dr. Khairudin bin Said dari Jabatan Pembangunan Inovasi dan Profesionalisma Keguruan . Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. -BACAAN DOAMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Khairudin bin Said atas pimpinan doa sebentar tadi. Puspa selasih ditiup gemawan, Cantas serumat tepian lurah; Terima kasih padamu tuan, Atas khidmat bakti dicurah.

13. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu IPTAA Dalam Kenangan serta lagu Negaraku bersama kumpulan koir di bawah pimpinan Encik Arif Fadillah bin Khalil dari Jabatan Sains Sosial.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Para hadirin diminta berdiri. - NYANYIAN LAGU 14. Majlis mempersilakan Tuan Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan , Ketua-ketua Unit,para pensyarah dan staff sokongan mengiringi yang Diraikan Dato Haji Mazlan Bin Mohamad untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan dianjung selera. Para pelajar dipohon untuk membuat barisan dari dewan ke pejabat pentadbiran untuk bersalaman dengan Yang Hormat Dato. SEKIAN... Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh.