Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1. PENGENALAN 2. SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA 3. SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA 4. KESIMPULAN

2 4 7 9

1. PENGENALAN 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan .

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.

Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan
2

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.

Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak kalangan penduduk Greek Kuno. zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di

2. SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA


3

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh pesertapeserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

Malaya mula melibatkan diri dalam perjumpaan olahraga antarabangsa pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, Malaya mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada kali pertama di Melbourne. Pencapaian terbaik negara dalam sukan olahraga ialah selepas tahun 1960-an.

Pada tahun 1962 satu kejayaan besar tercatat di dalam sejarah sukan olahraga di Malaysia apabila M.Jegathesan buat pertama kalinya telah memenangi pingat emas dalam acara 200 meter di Sukan Asia keempat yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. M.Jegathesan, ketika itu seorang penuntut perubatan yang berumur 19 tahun telah dapat memecahkan rekod Sukan Asia di dalam acara tersebut dengan masa 21.3 saat.

Majlis Olimpik Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1953 demi usaha meninggikan mutu sukan negara telah mendedahkan ahli-ahli sukan negara terutamanya dalam lapangan olahraga dengan menyertai kejohanankejohanan dan sukan-sukan yang dianjurkan oleh badan-badan Sukan Antarabangsa.

Sejak dari tahun 1945 Tanah Melayu telahpun menyertai kejohanankejohanan seperti Sukan Asia Kedua di Manila 1954, Sukan Olimpik di Melbourne 1956, Sukan Asia Ketiga di Tokyo 1958, Sukan Commonwealth di Cardiff 1959 dan Sukan Olimpik di Rome 1962 tetapi di dalam kejohanankejohanan tersebut ahli sukan olahraga Tanah Melayu telah mendapatkan pingat emas. Walaupun ahli sukan olahraga telah berjaya mengondol beberapa pingat emas di sukan SEAP 1959 dan 1961, tetapi pencapaian ini belum lagi merupakan satu kejayaan besar.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

Akhirnya dengan kegiatan-kegiatan yang dijalankan selama ini oleh Kesatuan Olahraga Amator Tanah Melayu, pada tahun 1962, M. Jegathesan telah berjaya mengondol pingat emas yang pertama dalam acara 200 meter - di Sukan Asia Keempat di Jakarta, Indonesia dengan mencipta rekod baru dengan masa 21.3 saat.

Kejayaan ini juga merupakan detik permulaan kemunculan dan kemajuan yang pesat dalam lapangan sukan olahraga Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Kesatuan Olahraga Amator Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Mac 1964 dan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Ghazali bin Shafie di dalam kegiatannya telah merancang Rancangan Lima Tahun untuk Sukan Olahraga negara. Hasil dari rancangan ini sukan olahraga dapat menaikkan dan mengharumkan nama negara kita pada tahun-tahun 1960an.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

3. SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakan di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut: Sukan Panhellenic

Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

4. KESIMPULAN Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka. Sebagai sukan yang dipertandingkan, sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang daripada olahraga juga turut dicipta dan diperbaiki untuk lebih menarik dan sesuai dipertandingkan. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhi riadah atau rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadi bidang pertandingan yang menarik walaupun sengit.Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan orang ramai berlumba-lumba menceburi sukan ini, dari peringkat yang paling rendah seperti di sekolah rendah, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah laku manusiaserta peribadi seseorang.Sifat-sifat seperti bersemangat kental, keazaman yang kuat, berdisiplin tinggi,keinginan untuk berjaya, semangat berpasukan, bertimbangrasa dan bertolak ansur, tolongmenolong, menenangkan fikiran, bersaingan dan sebagainya adalah antara ciri-ciri yang

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

membantu perkembangan mental, fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang melibatkan diri dalam sukan ini. Ini diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta, tetapi merangkumi pegawai, jurulatih, pengajar, pembantu, malahan penonton amnya. Sebagai sukan, olahraga mempunyai sejarah yang paling tua. Manusia sudah mula melakukan aktiviti berlari, melompat dan melontar sejak zaman kuno lagi. Sukan Olimpik Kuno yang membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu kemudiannya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehingga menjadi persaingan menarik dan diminati ramai. Kini ramai anak muda dan remaja yang telah menceburkan diri dalam olahraga. Terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri, agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan, atau acara padang. Umpamanya, acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan cara tersebut, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki. Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal

penglibatan dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan, wanita pada mulanya dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepada mereka. Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno. Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia itu telah disambut dengan gembira oleh atlit pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah diketepikan. Di samping berjaya
10

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

OLAHRAGA WAJ3112-ROSZITA BT TAMYIZ(710219-01-5984)

mempamerkan persembahan dan prestasi yang bermutu tinggi. mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminat sukan dunia. Secara tidak langsung penyertaan mereka memeriahkan lagi temasya sukan itu.

RUJUKAN
Olahraga Amatur Malaysia.

____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. Kesatuan

Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown. Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai