Anda di halaman 1dari 15

Jadikan Ujian

Jadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid-murid

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | Markah: 0% | Progres: 0/40 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | Masa: 00:00:01/00:50:00 | End 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Tuan pengerusi majlis yang dihormati, yang berusaha tuan guru besar, barisan guru yang sentiasa disanjung tinggi dan rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan pada pagi yang indah berseri ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Generasi Muda Berilmu, Negara Bergerak Maju." Rakan-rakan yang dikasihi,

Kita merupakan generasi muda di tanah air ini pada masa kini. Kita ialah pelapis kepada generasi tua yang ada sekarang. Pada masa akan datang, kitalah yang akan mewarisi tanah air yang menjadi bumi tercinta ini. Di tangan kitalah terletak tanggungjawab besar untuk terus memajukan negara ini. Negara kita ini pada masa kini sudah semakin pesat membangun. Pada masa akan datang, sanggupkah kita melihat negara tercinta ini kembali mundur? Sudah tentulah tidak. Kita akan malu kepada nenek moyang kita, jika kita tidak berupaya memajukan negara yang menjadi warisan kita ini. Rakan-rakan yang dikasihi,

Kita tidak akan dapat menyumbang apa-apa ke arah memajukan negara, jika kita tidak menjadi generasi berilmu. Pembangunan dan kemajuan negara hanya dapat dicapai jika generasi di dalam sesebuah negara itu merupakan generasi berilmu. Oleh yang demikian, kita sebagai generasi muda pada masa kini haruslah gigih belajar untuk menjadi generasi berilmu. Kelak, kita akan dapat memberikan sumbangan untuk memajukan negara ini. Sekiranya negara kita mundur, generasi di belakang kita kelak akan ketinggalan dalam serba-serbi. Rakan-rakan yang dikasihi,

Kita harus sabar menyahut seruan dan cabaran untuk menjadi generasi muda berilmu. Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita hanyut dengan pelbagai gejala buruk yang tidak berguna. Marilah kita bersama-sama menanam azam untuk menjadi generasi muda berilmu. Kelak kita akan dapat bersama-sama menggerakkan kemajuan negara. Kita tidak rela membiarkan negara tercinta ini ketinggalan di belakang. Ayuh, penuhkan ilmu di dada untuk masa depan kita dan masa depan negara yang cemerlang dan gemilang. Sekian terima kasih.

Mengapakah dikatakan generasi muda sebagai pelapis kepada generasi tua?


(ID:1111236525252)

A B C D

Generasi muda menerima pembelaan daripada lapisan generasi tua Generasi muda selapis lebih muda daripada generasi tua Generasi muda sebagai pewaris pemerintahan negara Generasi muda lebih bertanggungjawab [Atas]
Jaw ab

Bagaimanakah keadaan negara Malaysia sekarang?(ID:1111236529041) A B C D Membangun dengan kuat Membangun dengan banyak Membangun dengan cepat Membangun dengan bersungguh-sungguh [Atas]
Jaw ab

Pembangunan dalam sesebuah negara dapat dicapai jika(ID:1111236533031) A B C D rakyatnya berilmu pengetahuan. rakyatnya mempunyai sumbangan. rakyatnya mempunyai kesanggupan. rakyatnya mempunyai keseimbangan. [Atas]
Jaw ab

Untuk menjadi generasi yang berilmu seseorang itu mesti(ID:1111236536551) A B C D berupaya menerimanya. sanggup menerima halangan. berani menghadapi rintangan. mampu menempuhi segala ujian dengan tabah. [Atas]
Jaw ab

Rangkai kata menggerakkan kemajuan negara bermaksud(ID:1111236540081) A B C D menggoncang kemajuan negara. menggegarkan kemajuan negara. membangunkan kemajuan negara. menggoyangkan kemajuan negara.
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, barisan hakim, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan. Selamat pagi saya ucapkan. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-Cara Memupuk Budaya Membaca".Hadirin sekalian, Membaca merupakan satu amalan yang baik. Amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat banyak cara untuk merangsangkan minat suka membaca. Salah satu daripadanya ialah ibu bapa mestilah menunjukkan minat membaca yang mendalam. Anak-anak dengan sendirinya akan mengikut contoh daripada ibu bapa mereka. Minat membaca juga dapat disemai dengan memberi hadiah berbentuk buku-buku yang sesuai dengan umur atau kemampuan mereka sebagai galakan bagi kejayaan yang dicapai. Ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak itu suka membaca dan mencintai buku.Pelajar-pelajar yang dikasihi, Ibu bapa juga harus menyediakan sebuah perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini haruslah dilengkapi dengan bahan-bahan bacaan. Dengan cara ini juga, budaya membaca dapat dipupuk di kalangan pelajar. Pihak sekolah juga turut berperanan untuk menyemai budaya membaca di kalangan pelajar. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan bercerita, pertandingan berpidato dan lain-lain. Selain itu, program NILAM yang diadakan di sekolah-sekolah juga dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Dengan menyediakan tempat-tempat membaca seperti perpustakaan, pondok-pondok ilmu dan laluan ilmu juga dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dapat mengunjungi tempat-tempat tersebut pada waktu rehat atau waktu yang ditetapkan. Penerbit buku juga turut memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Ini dapat dilakukan dengan mengenakan hargaharga yang berpatutan dan menerbitkan buku-buku yang menarik. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa terdapat banyak cara untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Sekian, terima kasih. 6 Di peringkat manakah pertandingan syarahan diadakan?(ID:1090585432804) A B C D Kelas Negeri Daerah Sekolah [Atas]
Jaw ab

Bilakah budaya membaca dapat dipupuk?(ID:1090586131021) A B C D Semasa pelajar kecil Semasa berada di rumah Semasa di sekolah rendah Semasa di sekolah menengah [Atas]
Jaw ab

Maksud perkataan memupuk dalam petikan ialah(ID:1090586296471) A B C D galakan. menabur. meminati. menyemai. [Atas]
Jaw ab

Siapakah yang berperanan mencetus minat membaca di kalangan pelajar?


(ID:1090586942451)

A B C D

Pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa Ibu bapa, pihak sekolah dan penerbit buku Sekolah, ibu bapa, guru-guru dan penerbit buku Pegawai pendidikan daerah, ibu bapa dan penerbit buku [Atas]
Jaw ab

10

Bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar?


(ID:1090587091961)

A B C D

Menyertai program NILAM Mengadakan pertandingan bercerita Mengunjungi perpustakaan di sekolah Menunjukkan minat membaca yang mendalam
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, para hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Membasmi Penyalahgunaan Dadah Tanggungjawab Kita".Hadirin yang dihormati, Dadah adalah musuh utama negara. Begitulah kata-kata yang sering kita dengar di mana-mana sahaja. Mereka yang menagih dadah akan menjadi sampah masyarakat. Hidup mereka menjadi sengsara dan tidak berguna. Dadah juga menjadi punca manusia hilang kewarasan diri, hidup merempat serta disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Oleh itu, bersama-samalah kita bersatu tenaga untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dan negara kita sekarang ini. Jauhkan diri kita serta keluarga kita daripada terjebak dalam penagihan dadah. Padah akibat penyalahgunaan dadah teramatlah dahsyat. Tubuh akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Badan yang sihat menjadi sebaliknya. Hidup menjadi sia-sia dan tidak berguna. Ajaran Islam juga turut mengharamkan penyalahgunaan dadah.Hadirin yang dihormati, Di sini saya menyeru kepada rakan-rakan supaya tidak mencuba atau ingin berjinak-jinak dengan dadah. Jauhilah diri daripada najis ini. Sekiranya rakan-rakan berjumpa atau mengetahui adanya aktiviti penyalahgunaan dadah di tempat anda, segeralah melaporkannya kepada pihak berkuasa. Dengan ini, diharap agar gejala ini dapat dihapuskan. Sekian, terima kasih. 11 Apakah tindakan yang harus diambil jika mengetahui adanya penyalahgunaan dadah?(ID:1111235979892) A B C D Sisihkan mereka Menasihati mereka Beritahu kepada masyarakat Laporkan kepada pihak berkuasa [Atas] 12 Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap anak-anak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah?(ID:1111235983591) A B C D Keluarga memulaunya Keluarga menghapuskannya Melaporkan kepada pihak polis Keluarga menganggapnya sebagai musuh [Atas] 13 Antara berikut yang manakah bukan kesan penyalahgunaan dadah?(ID:1111235987061)
Jaw ab Jaw ab Jaw ab

A B

Dipulau Bertenaga

C D

Hilang akal Tidak bermaya [Atas]

14

Mengapakah dadah dikatakan musuh utama negara?(ID:1111235990301) A B C D Penagih dadah ibarat sampah Kesan penyalahgunaan dadah amat dahsyat Dadah membuatkan penagih hidup merempat Agama mengharamkan penyalahgunaan dadah [Atas]
Jaw ab

15

Berdasarkan petikan terjebak bermaksud(ID:1111235994151) A B C D terlibat. terpikat. terpedaya. terperangkap.


Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang menyertai pertandingan syarahan ini. Tajuk syarahan saya hari ini ialah 'Pentingnya Menjaga Harta Benda Awam'.Hadirin sekalian, Harta benda awam ialah benda atau peralatan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan harian. Contohnya ialah telefon awam, lampu-lampu jalan, tanda arah jalan, tandas awam dan banyak lagi. Kita sepatutnya menjaga segala harta benda awam ini dengan sebaikbaiknya, jangan kita merosakkan harta benda awam ini. Jika segala harta benda awam ini dirosakkan, maka, kita jugalah yang akan rugi.Hadirin sekalian, Sekarang ini banyak kita dapati telefon awam dimusnahkan, hanya tinggal pondoknya sahaja. Papan-papan tanda jalan raya juga turut dirosakkan, hurufnya didapati hilang. Begitu juga dengan tandas awam, dindingnya diconteng-conteng serta mangkuk tandasnya tersumbat. Ini adalah gejala perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga segala harta benda awam ini, janganlah dirosakkan atau dimusnahkan harta ini, fikirlah kepentingannya kepada orang lain. Sekian, terima kasih. 16 Apakah jenis petikan di atas?(ID:1092620306457)

A B C D

Ucapan Ceramah Syarahan Perbahasan [Atas]


Jaw ab

17

Antara berikut yang manakah bukan harta benda awam?(ID:1092620522247) A B C D Tandas Lampu jalan Telefon awam Tanda arah jalan [Atas]
Jaw ab

18

Yang manakah bukan gejala perbuatan yang tidak bertanggungjawab?(ID:1092620627787) A B C D Merosakkan telefon awam Menyumbat mangkuk tandas Menconteng dinding tandas awam Melanggar isyarat yang tertera di papan tanda [Atas]
Jaw ab

19

Mengapakah kita perlu menjaga harta benda awam?(ID:1092620714857) A B C D Ia merugikan kerajaan Ia adalah harta kerajaan Ia merupakan tanggungjawab kita Ianya amat berguna kepada orang ramai [Atas]
Jaw ab

20

Berdasarkan teks, apakah yang dimaksudkan dengan gejala?(ID:1092620778267)


Jaw ab

Punca

B C D

Kesan Petanda Masalah

[Atas] Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.Hadirin yang dihormati, Bergotong-royong membawa erti melakukan sesuatu kerja secara beramai-ramai atau bersama-sama tanpa menerima upah. Contohnya apabila membersihkan kawasan perumahan, perkuburan, sekolah, membina titi, dan sebagainya. Bekerja secara bergotong-royong masih menjadi amalan dalam kalangan masyarakat desa terutamanya dalam masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Banyak faedah yang boleh didapati daripada amalan bergotong-royong. Antara faedahnya yang diperoleh ialah pekerjaan berat akan menjadi ringan. Oleh itu, kita kurang berasa penat atau bosan malah berasa seronok pula apabila bekerja beramai-ramai. Hadirin yang dihormati, Faedah yang paling penting ialah amalan ini dapat memupuk perpaduan dan semangat bekerjasama. Hidup kita lebih seronok dan aman. Ini adalah kerana perasaan persefahaman dan tolong-menolong dapat diwujudkan dalam kalangan kita. Ini amat penting kerana masyarakat di negara kita terdiri daripada berbilang kaum. Di samping itu juga, amalan ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tenaga malah juga wang. Ini kerana kegiatan ini tidak melibatkan upah. Apatah lagi apabila dilakukan secara sukarela, akan memberi kepuasan dalam diri kita. Amalan ini juga dapat menimbulkan perasaan kasih sayang dan rasa bertanggungjawab untuk menjaga harta, terutama harta benda awam. Dengan ini, perbuatan golongan remaja yang merosakkan kemudahan awam dapat dielakkan. Seterusnya, amalan ini dapat memupuk kemesraan dalam kalangan anggota masyarakat yang kini lebih bersifat individualistik. Perpaduan dan kemesraan amat penting dalam masyarakat majmuk di negara kita. Untuk mengakhiri syarahan saya ini, saya tegaskan sekali lagi bahawa amalan bergotong-royong ini wajar dihidupkan dan dipupuk dalam masyarakat moden sekarang.Sekian, terima kasih. 21 Apakah tajuk syarahan di atas?(ID:1111236242852) A B C D Masyarakat Majmuk Jangan Membazir Masa Amalan Bergotong-royong Kepentingan Bergotong-royong [Atas] 22 Di manakah amalan bergotong-royong masih diamalkan?(ID:1111236246541) A Di kota
Jaw ab Jaw ab

B C D

Di bandar Di kampung Di bandar raya [Atas]

23

Faedah utama amalan bergotong-royong ialah dapat memupuk(ID:1111236249701) A B C D semangat bergotong-royong. semangat cintakan kawasan sekitar. semangat menjaga kemudahan awam. semangat perpaduan dan berganding bahu. [Atas]
Jaw ab

24

Mengapakah kita perlu kepada perpaduan?(ID:1111236253391) A B C D Rakyat di Malaysia ramai yang miskin Mempunyai rakyat yang suka bermusuhan Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa [Atas]
Jaw ab

25

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang faedah bergotong-royong.(ID:1111236257461) A B C D Kerja susah jadi senang Bekerja dalam situasi keriangan Dapat menjimatkan perbelanjaan Masyarakat mementingkan diri sendiri
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi arif, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya berdiri di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Membazir adalah Amalan Yang Tidak Baik." Membazir bermaksud menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan sehingga ada yang terbuang . Perbuatan ini banyak mendatangkan keburukan. Masyarakat

memandang rendah orang yang suka membazir. Saudara-saudari sekalian, Perbuatan membazir boleh berlaku dalam banyak perkara. Misalnya, jika kita terlalu boros berbelanja, kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukan. Makanan yang kita beli secara berlebihan, mungkin terpaksa dibuang kerana tiada lagi orang yang ingin makan. Selain itu, membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah juga dianggap perbuatan membazir. Sepatutnya masa yang ada digunakan untuk mengulang kaji pelajaran, menolong ibu bapa atau melakukan perkaraperkara yang mendatangkan manfaat. Kita juga perlu menggunakan air dan tenaga elektrik secara berhemat. Sekiranya digunakan dengan sewenang-wenangnya, menyebabkan kita terpaksa membayar bil yang tinggi. Pada musim kemarau pula, mungkin kita akan kekurangan air dan terpaksa dicatu. Setakat ini sahaja syarahan saya pada kali ini. Saya memohon maaf seandainya ada salah silap dalam masa saya menyampaikan syarahan tadi.Sekian, terima kasih. 26 Apakah pandangan masyarakat kepada orang yang suka membazir?(ID:1111317606712) A B C D Masyarakat tidak ambil peduli Masyarakat memandang rendah Masyarakat akan memulaukannya Masyarakat tidak akan membantunya [Atas] 27 Manakah antara berikut yang dianggap bukan perbuatan membazir?(ID:1111317606981) A B C D Mencatu air Boros berbelanja Membuang masa Membeli makanan berlebihan [Atas] 28 Makanan yang dibeli secara berlebihan boleh mengakibatkan makanan itu(ID:1111317608541) A B C D terpaksa dibuang. makan terlalu banyak. bertabiat buruk makan. mendatangkan penyakit. [Atas]
Jaw ab Jaw ab Jaw ab

29

Mengapakah kita perlu menggunakan air dan tenaga elektrik secara berhemat?
(ID:1111317609631)

A B C D

Supaya air tidak perlu dicatu Mengelakkan membayar bil yang tinggi Agar tidak dikatakan seorang yang boros Supaya barangan elektrik tidak mudah rosak [Atas]
Jaw ab

30

Perkataan berhemat dalam petikan bermaksud(ID:1111317610352) A B C D berjimat. berhati-hati. berwaspada. beringat-ingat.


Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guruguru, dan rakan-rakan yang disayangi. Pada pagi yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Mewujudkan Sekolah Penyayang". Sejak kebelakangan ini, kita didedahkan tentang salah laku murid-murid. Kesalahan yang sering kali dilakukan adalah merosakkan harta benda sekolah, melawan guru, memeras ugut, dan ponteng sekolah. Bagaimanapun, keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Muridmurid yang mempunyai masalah disiplin ini hendaklah dipulihkan. Mereka perlu ditanam sikap berbudi bahasa yang tinggi agar dengan nilai ini murid-murid akan mempunyai perasaan saling menghormati.Hadirin sekalian, Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang paling disukai oleh murid-murid. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan "Sekolah Penyayang". Murid-murid hendaklah dianggap sebagai anak dan bukannya musuh. Tindakan mendenda dan merotan murid bukanlah satu langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Murid-murid hendaklah diberi kesedaran dengan penjelasan yang secukupnya mengenai disiplin yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Guru-guru mestilah meluangkan masa untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Hubungan yang erat ini memungkinkan guru-guru dapat mengenal anak murid mereka dengan lebih dekat. Bagi murid-murid pula, perhatian yang diberikan itu akan menyebabkan mereka berasa malu untuk melanggar peraturanperaturan sekolah, malah mereka akan berasa sikap bekerjasama antara rakan-rakan sesuatu yang amat berharga.Rakan pelajar yang disayangi, Budaya berbudi bahasa perlu juga diwujudkan di sekolah. Murid-murid perlu dibimbing untuk menghormati guru, rakan dan kakitangan sekolah. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Jika tindakan sebegini dapat dilaksanakan, sudah tentu akan melahirkan budaya penyayang. Dengan itu, murid-murid

akan sentiasa menghormati gurunya, bukan sahaja di kawasan sekolah, malah di manamana dan sampai bila-bila. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjayakan konsep "Sekolah Penyayang" demi kebaikan semua pihak. Sekian, terima kasih. 31 Mengapakah perlu ditanam sikap berbudi bahasa di setiap sekolah?(ID:1088646398760) A B C D Murid-murid sentiasa rajin ke sekolah Guru-guru dapat menyayangi murid-murid Membina sikap saling menghormati Melatih sikap bekerjasama antara rakan sekelas [Atas] 32 Bagaimanakah guru-guru dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku murid?(ID:1088709661521) A B C D Mendenda murid-murid yang gemar berbuat kesalahan Mengadakan hubungan yang baik dengan murid Mengenakan hukuman rotan terhadap muridnya Mengetatkan peraturan sekolah [Atas] 33 Pernyataan berikut benar tentang petikan.(ID:1088710229171) A B C D Murid-murid bermasalah mesti dikenakan tindakan disiplin Guru-guru yang bersikap mendenda dihormati oleh murid-murid Murid-murid hanya menghormati guru-guru semasa di sekolah Amalan berbudi bahasa dapat melahirkan sikap penyayang antara warga sekolah [Atas] 34 Kebelakangan ini, masalah yang sering diperkatakan mengenai murid-murid adalah(ID:1088710370231)
Jaw ab Jaw ab Jaw ab Jaw ab

A B C D

kes salah laku. sikap berbudi bahasa. sikap bekerjasama antara murid. perasaan saling menghormati.

[Atas] 35 Pada pendapat kamu, mengapakah guru-guru perlu mengenali murid-murid dengan lebih erat?(ID:1088710466461) A B C D Guru-guru dapat berkenalan dengan keluarga murid Memudahkan guru mengenal pasti masalah murid Guru-guru mudah meminta bantuan murid Murid-murid dapat belajar dengan selesa
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, dan rakan-rakan disayangi. Selamat pagi saya ucapkan. Pada pagi yang bahagia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Menabung Amalan yang Mulia." Menabung merupakan satu amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sifat suka menabung ini mendatangkan banyak faedah. Salah satu daripadanya ialah amalan ini dapat menanam sikap suka berjimat-cermat. Ini bermakna wang dibelanjakan hanya untuk barang yang diperlukan sahaja.Hadirin sekalian, Sikap suka menabung juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada sifat boros. Sifat boros adalah amalan syaitan. Jika kita boros dalam membelanjakan wang, kita akan menghadapi masalah kewangan dan mungkin terpaksa berhutang. Kita juga dapat menggunakan tabungan kita untuk masamasa kecemasan. Contohnya, jika berlaku kebakaran, banjir, kematian, dan juga kemalangan. Ini dapat meringankan beban yang kita hadapi pada masa itu. Untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang banyak tetapi ini tidak akan mematahkan semangat seseorang pelajar untuk ke menara gading jika telah menabung. Oleh itu, seseorang perlu menabung.Hadirin sekalian, Kita juga dapat menjadikan wang tabungan kita itu sebagai sebagai bekal hari tua. Semasa tua, seseorang itu sudah tidak larat lagi untuk melakukan kerja. Jadi, wang yang disimpan boleh digunakan dan kita boleh berehat. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa menabung memang merupakan amalan yang mulia. Oleh itu, semua peringkat masyarakat digalakkan menabung. Sekian, terima kasih. 36 Di manakah pertandingan syarahan diadakan?(ID:1090511911967) A B C D Kelas Sekolah Pusat pengajian tinggi Pejabat pendidikan daerah [Atas]
Jaw ab

37

Pernyataan berikut bukan faedah menabung.(ID:1090512345371) A B C D Bekalan hari tua Mengikut amalan syaitan Berhemah semasa berbelanja Mencapai cita-cita untuk ke universiti [Atas]
Jaw ab

38

Apakah akibatnya jika kita tidak menabung?(ID:1090512610951) A B C D Tidak perlu bekerja pada usia tua Menghadapi masalah kewangan Berpeluang melanjutkan pelajaran Dapat meringankan beban semasa kecemasan [Atas]
Jaw ab

39

Mengapakah dikatakan menabung merupakan amalan yang mulia?(ID:1090512790771) A B C D Dipupuk sejak kecil lagi Membantu mangsa banjir Menyemai sikap berjimat cermat Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi [Atas]
Jaw ab

40

Bagaimanakah kita boleh berjimat cermat?(ID:1090512926941) A B C D Membeli perabot baru Membelanjakan semua tabungan kita Tidak membelanjakan semua wang yang kita ada Membelanjakan wang untuk barang yang betul-betul diperlukan [Atas]
Jaw ab

Anda mungkin juga menyukai