Anda di halaman 1dari 38

Bab 3

Daripada, Cheng Leh Seng Chew Sheau Pey Chhan Wei Yin Chin Kiu Yien

1. Kesantunan Guru
Kesantunan ialah perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan berada dalam keadaan harmoni. Kesantunan selalu bipolar iaitu memiliki hubungan dua hala.

Guru mempunyai peranan besar dalam pembinaan modal insan. Setiap guru perlu mempamerkan perlakuan yang santun menerusi katakatanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya.

Kesantunan berbahasa:
Tatacara berkomunikasi secara lisan.

Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya dalam masyarakat setempat.
Jika tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka situasi itu akan mengundang nilai negatif.

Tatacara berbahasa penting untuk tujuan kelancaran berkomunikasi. Tatacara berbahasa diberi perhatian terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pnp) supaya tidak menimbulkan sebarang masalah. Diharapkan memahami apa jua yang disampaikan dalam komunikasi.

Tatacara bertindak dan berbahasa harus dilakukan oleh guru mengikut normanorma setempat. Keadaan ini membantu guru dalam pelaksanaan tugas hariannya dengan berkesan dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Kesantunan yang perlu dipatuhi:


I. Kata-katanya mempunyai maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan benar. II.Menggunakan intonasi yang sesuai dengan ujaran dan menjauhi intonasi yang meninggi. III.Menggunakan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta sapaan yang tepat.

IV. Tidak membolot perbualan, tidak mencelah perbualan orang lain dan mementingkan diri.

V. Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi mengelakkan pihak yang mendengar tersinggung. VI. Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana guru itu berada.

Kesantunan nonverbal melibatkan perlakuan lain seperti gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain seperti senyum, salam dan beramah tamah. Guru perlu bijak memilih gaya berpakaian. Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya.

Sikap lemah lembut dan penyayang ialah sikap yang patut ada di dalam guru.

Terdapat guru yang tidak berjaya mempamerkan keluhuran budi pekertinya sehingga murid tidak dapat mencontohinya malah masyarakat setempat hilang kepercayaan dan hormat kepada guru.

Ciri kesantunan guru


a. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban. b. Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan yang diperolehi c. Berani dan tegas serta mampu membetulkan perkara-perkara yang tidak baik.

d) Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas. e) Menggunakan kata-kata untuk perkara yang baik. f) Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri.

2. Kepedulian (Keprihatinan) guru


Kepedulian guru merujuk kepada perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu atau tugasnya. Guru yang prihatin akan menumpukan perhatian mereka terhadap pelajarnya dengan mementingkan perkembangan JERIS.

Tiga peringkat kepihatinan guru:

Kajian Fuller, Parsons dan Watkins (1974)


I. Keprihatinan terhadap diri Mempunyai pengaruh terhadap kebolehan guru mengajar dan keberkesanan dalam bilik darjah. II.Keprihatinan terhadap tugas Guru mengambil peduli bahan pengajaran/ kaedah efektif dan beban tugas spesifik.

III.Impak pengajaran Tumpuan kepada murid secara menyeluruh. Guru lebih berfokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan pendidikan. Tumpuan terhadap peningkatan profesional diri dan isu-isu etika dalam sistem pendidikan

Secara rumusanya, isu keprihatinan guru merupakan suatu aspek yang sering dialami oleh guru apabila menjejak kaki ke alam pengajaran.

Salah satu guru boleh menangani masalah adalah membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas guru lain serta mentor mengenai masalah yang dihadapi.

3. Penampilan guru
Merujuk kepada ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah sikap, kepercayaan, minat, aspresiasi dan nilai-nilai.
Adalah penting bagi pendidik mengetahui dan memahami penampilan efektif supaya mereka dapat mencipta pengalaman yang akan membantu membentuk ciri-ciri pelajar.

Howard (2007) menghuraikan 4 ciri utama yang merangkumi penampilan guru serta sahsiah secara signifikannya dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih baik.

(I) Penampilan untuk Perbezaan


Bermaksud guru mempunyai tahap keterampilan yang berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk mengenalpasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang diwujudkan dalam bilik darjah.

Guru mempunyai minat dan keinginan tahu terhadap orang lain dan hal ini menunjukkan kerelaan untuk meneroka persamaan dan perbezaan yang berada antara individu. Dua jenis dialog profesion keguruan
Dialog profesional antara rakan sejawat Dialog di dalam bilik darjah antara guru dan murid

(II) Penampilan untuk Berdialog

(III) Disilusi
Bersifat terbuka untuk melihat budaya, kepercayaan dan pandangan luar. Berupaya untuk menerokai mengetepikan ilusi(khayalan) dan

Berani menghadapi kekecewaan.

(IV) Demokrasi
Menyedari kepentingan demokrasi dalam kalangan murid. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid dalam semua aktiviti.

4. Berniaga di Sekolah
Terdapat guru yang ghairah untuk berniaga sehingga terlupa terhadap tanggungjawabnya. Peranan guru ialah sebagai seorang pendidik dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.

Guru yang berniaga di sekolah sebenarnya telah melanggar etika perkhidmatan awam. Oleh itu, pihak pentadbir perlulah memberikan teguran dan mengambilkan tindakan yang sewajarnya atas perkara ini.

5. Kerjaya Sambilan
Kakitangan awam perlu memohon kelulusan sekiranya ingin melakukan kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan sekiranya kerja sambilan tersebut tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan. Mengikut pekeliling, guru perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Pendidikan untuk mengajar tuisyen.(Kelas tuisyen < 6 jam)

Merujuk kepada Kod Etika Guru, guru tidak seharusnya menerima wang bayaran kelas tuisyen murid. Namun, terdapat guru yang mengutamakan kegiatan mencari pendapatan tambahan daripada tanggungjawab mereka di sekolah. Oleh itu, pihak tertentu perlu memantau prestasi guru di sekolah. sentiasa

6. Pengurusan Masa
Sebagai satu disiplin diri bagi guru. Guru yang berkualiti berupaya merancang waktu yang bersistem serta melaksanakan tugas mengikuti jadual yang ditetapkan.
Pengurusan Masa

Pengurusan masa untuk diri guru

Pengurusan masa kendiri

(i) Pengurusan Masa untuk Diri Guru


Merancang P&P mengikut tempoh masa dengan baik. Menepati masa apabila memasuki kelas Produktiviti dapat ditingkatkan. Murid dapat memperoleh ilmu dan kemahiran dengan sepenuhnya. Murid lebih menghormati guru.

(ii) Pengurusan Masa Kendiri


Dicadangkan untuk menggunakan aktiviti log.
Masa Huraian Aktiviti Tempoh Nilai (Tinggi, Sederhana, Rendah)

Membantu anda untuk memahami kegunaan masa anda dalam kehidupan seharian. Sebagai alat untuk mengaudit cara anda menggunakan masa.

Boleh digunakan untuk mengenal pasti dan mengurangkan pembaziran masa untuk menghasilkan sesuatu yang tidak bermanfaat.

Dapat menggariskan masa yang paling berkesan untuk melakukan tugas yang penting pada masa itu.

7. Pengurusan Kewangan
Guru sering menghadapi masalah pengeluaran resit yang berasingan bagi setiap item yuran yang ada. Kadang-kala, guru memerlukan masa untuk mengesan ahli keluarga pelajar bagi yuranyuran yang mengenakan terhadap sebuah keluarga sahaja. Guru juga mengambil masa yang lama untuk menguruskan kewangan pelajar kerana terdapat pelajar yang lewat membayar yuran dan sebagainya.

Masalah utama dalam pengurusan kewangan sekolah ialah guru melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian. Keadaan ini adalah melanggar tatacara kewangan dan pengetua berhak untuk menolak pembayaran.

Selain itu, kes-kes seperti : (i)Guru membelanjakan wang kutipan daripada murid; (ii)Guru hanya menghantarkan kutipan yuran khas beberapa minggu ataupun sebulan kemudian telahpun merumitkan pengurusan kewangan di sekolah.

Namun, sebagai seorang guru perlulah mempunyai akauntabiliti terhadap wang yang dikutip dan dalam jagaanya. Guru harus mengamalkan sifat kemuliaan, berwaspada ketika berbelanja, kesederhanaan serta kebijaksaan berhemat dalam pengurusan kewangan diri dan keluarga.

Rumusan
Guru perlu patuh kepada Kod Etika Keguruan demi menjaga imej profesion.

Guru perlu mempamerkan kesantunan dari segi cara berpakaian, cara bertindak, cara bertutur dan cara berbahasa.

Sentiasa membuat refleksi kendiri.


Mempamerkan penampilan yang sesuai untuk dijadikan sebagai rol model. Dalam bidang keguruan, guru harus bertanggunjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya.